omniture

Tam Jai International Buat Penampilan Sulung di Australia

Tam Jai International Co. Limited
2024-11-29 08:57

Dengan Kejayaan Pelancaran Kedai Francais Luar Negara Pertama

HONG KONG, 29 November 2024 /PRNewswire/ -- Tam Jai International Co. Limited ("TJI", "Tam Jai International", "TamJai" atau "Syarikat" dan bersama-sama dengan subsidiarinya, "Kumpulan"; Kod saham HKEX: 2217), salah satu kumpulan restoran yang terkemuka dan ternama di Hong Kong, bersama-sama dengan rakan kongsi usaha sama ("JV") ST Group Food Industries Holdings Limited ("ST Group"; SGX:DRX), membuka restoran Australia pertamanya dan outlet francais luar negara di Swanston Street, Melbourne hari ini. Ini menandakan penembusan Kumpulan ini ke dalam pasaran barat dan pengembangan pasaran luar negara melalui model perkongsian.

Terletak di daerah pusat perniagaan Melbourne dan berhampiran dengan Chinatown, kedai baharu ini berkeluasan kira-kira 123 meter persegi dan boleh memuatkan sehingga 42 pelanggan. Ia dijangka mendapat manfaat daripada bilangan pejalan kaki yang tinggi dan komuniti Cina yang besar di kawasan berkenaan, menarik kumpulan pelanggan yang pelbagai.

Kedai baharu ini dibuka di bawah nama jenama, "TamJai Mixian", yang merangkumkan intipati jenama-jenama unggulan Kumpulan ini di Hong Kong – "TamJai Yunnan Mixian" dan "TamJai SamGor Mixian" – dan direka untuk pasaran antarabangsa. "TamJai Mixian" ingin merancakkan dunia dengan rasa dan keseronokan, menyemarakkan deria orang ramai dengan cita rasa Hong Kong.

Dengan memanfaatkan rangkaian tempatan luas rakan kongsi JV TJI, kedai baharu ini dikendalikan oleh rakan kongsi sub-francais yang dijamin oleh ST Group. Dua lagi restoran dijadualkan dibuka di Melbourne menjelang penghujung suku pertama tahun 2025 dan restoran-restoran ini akan dikendalikan secara langsung oleh JV Kumpulan bersama ST Group. Sydney menjadi destinasi seterusnya dalam rancangan pembangunan.

En. TG Saw, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Group, berkata, "Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan untuk membawa jenama 'TamJai' yang hebat ke Australia melalui perkongsian kami dengan TJI. Dengan kepakarannya yang luas dalam operasi restoran, termasuk penjenamaan, latihan kakitangan, reka bentuk kedai dan menu makanan, sistem IT dan infrastruktur, TJI memberikan sokongan besar yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penampilan sulung kedai ini. Dengan memanfaatkan kelebihan pelengkap kami dalam kecemerlangan operasi dan rangkaian tempatan, kami yakin dengan pengembangan berterusan kami di seluruh Australia."

En. Daren Lau, Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TJI, berkata, "Kedai baharu di Australia ini bukan sahaja merangkumi usaha tanpa henti kami dalam menerobos sempadan, tetapi turut menandakan beberapa pencapaian pertama yang penting buat kami – meneroka pasaran barat, melancarkan jenama antarabangsa yang baharu dan melaksanakan model JV dan francais untuk memperluas jejak global kami. Kami teruja dan berbangga untuk membawa pengalaman kulinari kami yang tersendiri yang telah menawan hati dan selera penduduk Hong Kong selama hampir 30 tahun ke Australia. Kami akan memanfaatkan pengalaman kami untuk berkembang ke pasaran Australia melalui perkongsian tempatan bagi meneruskan misi kami untuk 'Membawa Cita Rasa Tam Jai kepada Dunia'."

Cik Roshena Campbell (2 Kiri), Timbalan Datuk Bandar Melbourne; En. Daren Lau (2 Kanan), Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TJI; En. TG Saw (3 Kanan), Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Group; perwakilan rakan kongsi subfrancais; dan pelakon Philip Ng (tengah) mengambil bahagian dalam majlis pemotongan reben untuk restoran “TamJai Mixian” di Melbourne, Australia.
Cik Roshena Campbell (2 Kiri), Timbalan Datuk Bandar Melbourne; En. Daren Lau (2 Kanan), Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TJI; En. TG Saw (3 Kanan), Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Group; perwakilan rakan kongsi subfrancais; dan pelakon Philip Ng (tengah) mengambil bahagian dalam majlis pemotongan reben untuk restoran “TamJai Mixian” di Melbourne, Australia.

Latar Belakang Tam Jai International Co. Limited (HKEX: 2217)

Sebagai salah satu kumpulan restoran terkemuka di Hong Kong, TJI meluaskan rangkaiannya dengan pantas kepada lebih 240 kedai merentas pelbagai pasaran, termasuk Tanah Besar China, Singapura, Jepun dan Australia, dengan rancangan untuk menembusi Filipina dan Malaysia. Selain daripada restoran kendalian sendiri, Kumpulan ini juga mengguna pakai model alternatif seperti usaha sama, francais atau perkongsian strategik untuk pasaran luar negara. Portfolio jenama terkemuka daripada Kumpulan ini termasuk TamJai Yunnan Mixian (譚仔雲南米線), TamJai SamGor Mixian (譚仔三哥米線) dan jenama-jenama tempat menjamu selera Jepun, Marugame Seimen dan Yakiniku Yamagyu, melalui francais dan pelesenan di Hong Kong. Kumpulan ini disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited (kod saham: 02217.HK) sejak Oktober 2021.

HUBUNGI: Jabatan Komunikasi Korporat
cc.dept@tamjai-intl.com, +852 3952 2988

Source: Tam Jai International Co. Limited
Related Stocks:
Australia:DRX HongKong:2217 LSE:DRX OTC:DRXGY Singapore:DRX
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion