Penemuan menunjukkan keperluan terhadap Pengesanan dan Respons Sistem Siber-Fizikal bagi memerangi kedua-dua ancaman diketahui dan tidak diketahui
TAIPEI, 30 Januari 2024 31 Januari 2024 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan Sistem Fizikal-Siber (CPS), menerbitkan laporan tahunan 2023 yang memperincikan pelbagai isu keselamatan siber yang semakin meningkat yang dihadapi oleh industri-industri global. The Crisis of Convergence: OT/ICS Cybersecurity 2023 (Krisis Penumpuan: Keselamatan Siber OT/ICS 2023), yang tersedia secara umum untuk dimuat turun secara percuma, memperincikan pelbagai cabaran yang semakin sengit, termasuk pertumbuhan serangan melalui model Perisian-tebusan-sebagai-satu-Perkhidmatan (RaaS), eksploitasi kerentanan rantaian-bekalan dan prevalens penggodam tajaan kerajaan serta pelaku bermotifkan politik lain ekoran isu-isu geopolitik.
Dalam bulan September 2023 TXOne Networks menyoal selidik 405 pembuat keputusan keselamatan IT dan OT yang penting dalam pelbagai pasaran dan sektor global termasuk automotif, farmaseutikal dan bioteknologi, bahan kimia, pembuatan am, minyak dan gas serta pengangkutan. The Crisis of Convergence: OT/ICS Cybersecurity 2023 menyaring penemuan tinjauan tersebut, berserta kajian ancaman TXOne Networks yang meluas daripada 545 insiden keselamatan siber di seluruh dunia pada tahun 2023.
"Landskap ancaman telah bertambah hebat dengan ketara dalam sektor pembuatan industri dan infrastruktur kritikal, menjurus kepada kejadian yang membinasakan, kerugian ekonomi dan risiko yang berpotensi terhadap keselamatan manusia...," seperti yang dinyatakan dalam laporan TXOne Networks yang dihasilkan melalui kolaborasi bersama Frost & Sullivan. "Organisasi-organisasi menekankan perlindungan aset-aset OT (Teknologi Operasi) yang kritikal sebagai keutamaan tertinggi, dengan keselamatan data menjadi bidang pelaburan utama dalam peruntukan belanjawan keselamatan OT mereka … Organisasi-organisasi juga ingin melabur bagi mengukuhkan kebingkasan infrastruktur teknologi mereka dan beralih kepada pendekatan yang inovatif seperti Pengesanan dan Respons Sistem Fizikal-Siber (CPSDR) yang mengintegrasikan kepakaran OT dalam pelbagai domain. Ini dapat meningkatkan postur keselamatan OT dan kebingkasan terhadap ancaman yang semakin berkembang, lalu membolehkan organisasi-organisasi melindungi operasi mereka dengan lebih baik dan memastikan kebingkasan dalam menghadapi persekitaran ancaman yang sentiasa berubah-ubah."
The Crisis of Convergence: OT/ICS Cybersecurity 2023 meninjau pelbagai topik yang berkaitan dengan keselamatan siber OT/ICS kontemporari:
"The Crisis of Convergence: OT/ICS Cybersecurity 2023 merupakan hasil daripada kajian yang menyeluruh dan analisis teknikal yang bertujuan untuk menyampaikan pandangan terkini mengenai landskap ancaman global dan taktik yang digunakan oleh pelaku berniat jahat untuk melancarkan serangan," kata Terence Liu, ketua pegawai eksekutif (CEO) TXOne Networks. "Penemuan ini jelas. Organisasi-organisasi perlu bertindak melangkaui pematuhan kawal selia dalam strategi keselamatan siber OT/ICS mereka sekiranya mereka ingin beradaptasi dengan jayanya terhadap ancaman yang sentiasa berkembang. Melindungi ketersediaan, keandalan dan keselamatan operasi menjana hasil akan bergantung pada struktur tadbir urus baharu, peningkatan keupayaan pasukan dan teknologi, penyepaduan pengesanan dan respons ancaman termaju terhadap rangka kerja keselamatan siber dan pengurusan risiko dalam seluruh rantaian bekalan."
Muat turun The Crisis of Convergence: OT/ICS Cybersecurity 2023 TXOne Networks.
Ikuti TXOne Networks di Blog, Twitter dan LinkedIn.
Latar Belakang TXOne Networks
TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri serta persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks bekerjasama dengan kedua-dua pengeluar terkemuka dan pengendali infrastruktur kritikal bagi membangunkan pendekatan praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan kedua-dua produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir demi menjamin rangkaian OT dan peranti misi kritikal menggunakan pendekatan pertahanan mendalam pada masa sebenar. www.txone.com