omniture

Yili Group Tersenarai Antara Jenama 30 Teratas Pemilihan Penginovasi Globalisasi Forbes China 2023

Yili Group
2024-01-31 11:40 32

SHANGHAI, 31 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 26 Januari 2024, majlis penyampaian anugerah 30&30 Pemilihan Penginovasi Globalisasi Forbes China pertama telahpun diadakan di Shanghai. Semasa berlangsungnya majlis tersebut, Jenama-jenama 30 Teratas Pemilihan Penginovasi Globalisasi Forbes China 2023 telah diumumkan, termasuk Jenama-jenama Terkemuka dan Jenama-jenama Perintis yang dipilih berdasarkan kepada analisis komprehensif terhadap pertumbuhan global mereka, pengaruh jenama, kekuatan inovasi dan prestasi kewangan. Yili Group merupakan satu-satunya syarikat tenusu yang dinamakan sebagai Jenama Terkemuka, yang merupakan satu pengiktirafan kepada strategi global Kumpulan ini yang menetapkan penanda aras untuk globalisasi perusahaan tenusu Cina.

Yili Group listed among the 2023 Forbes China Globalization Innovators Selection Top 30 Brands
Yili Group listed among the 2023 Forbes China Globalization Innovators Selection Top 30 Brands

Tersenarai antara 5 Tenusu Global Teratas dan diiktiraf sebagai jenama tenusu No. 1 di Asia, Yili berpegang kepada prinsip "penetapan minda global dan operasi tempatan", dengan mengejar inovasi dan pengantarabangsaan sebagai dua pemacu untuk pengembangan globalnya.

Dengan fokus berpusatkan pelanggan, kini Yili melaksanakan rangkaian yang terdiri daripada sistem sumber global, sistem inovasi global dan sistem pasaran global di wilayah-wilayah di mana industri tenusu berkembang maju, meliputi Asia, Eropah, benua Amerika dan Oceania. Ia komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti lebih tinggi melalui rangkaian ini. Pada masa ini, beberapa produk Yili yang paling laris terjual, termasuk AMBPOMIAL, Youngfun, ais krim Cremo, ais krim Joyday dan mentega Westgold, menjadi semakin popular di seluruh dunia.

Dipacu oleh usaha mengejar inovasi dan transformasi, Yili menubuhkan 15 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dikendalikan bersama-sama Wageningen University, Lincoln University dan banyak universiti, institut penyelidikan dan organisasi lain yang terkenal di peringkat global. Setakat Disember 2022, Yili menduduki tempat kedua antara 10 pengeluar tenusu global terunggul dari segi jumlah permohonan paten dan permohonan ciptaan.

Yili juga merupakan pemenang pelbagai anugerah inovasi global. Di Sidang Kemuncak Tenusu Dunia IDF 2023, Yili merupakan satu-satunya pengeluar tenusu Cina yang diberi penghormatan dengan dua Anugerah Inovasi Tenusu IDF – anugerah yang paling berprestij dalam industri ini. Di Kongres Tenusu Global ke-16, Yili dicalonkan untuk 18 Anugerah Inovasi Tenusu Dunia, memimpin industri ini di seluruh dunia.

Disokong oleh strategi pengantarabangsaannya, Yili telah mencipta kejayaan bersejarah daripada menjadi syarikat tenusu No. 1 di China kepada menjadi 5 Teratas dalam industri tenusu global. Pada tahun 2023, Yili Group melaporkan hasil paras tertinggi sebanyak 97.404 bilion yuan (kira-kira USD 13.32 bilion) dan pertumbuhan sebanyak 16.36% dalam keuntungan bersih kepada 9.380 bilion yuan (kira-kira USD 1.28 bilion) dalam tiga suku pertama. Dalam tahun yang sama, Brand Finance mendedahkan senarai liga Diary 10 2023, yang mana Yili mencatatkan lonjakan nilai sebanyak 17% berbanding tahun sebelumnya dan mengungguli senarai tersebut untuk tahun keempat berturut-turut.

Sebagai peneraju dalam industri tenusu Cina, Yili akan berusaha secara berterusan untuk mengukuhkan daya saing globalnya dan mencapai visi korporatnya bagi menjadi penyedia makanan berkhasiat global yang paling dipercayai. Yili akan tetap komited untuk mencipta dunia yang berkongsi kesihatan secara bersepadu.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards