BEIJING, 15 September 2014 /PRNewswire/ -- Perfect World, pembangun dan pengendali permainan dalam talian terkemuka yang berpusat di China, mengumumkan baru-baru ini permainan aksi 3D MMORPG bebas latch-up Legend of the Condor Heroes ZERO akan menjalani ujian beta rasmi pada 25 September 2014.
Legend of the Condor Heroes ZERO diadaptasi daripada novel klasik dengan judul yang sama dengan kebenaran penulisnya Jin Yong. Ini merupakan permainan aksi dalam talian bebas latch-up pertama ciptaan Perfect World, dan juga merupakan permainan aksi dalam talian pertama di dunia berdasarkan novel klasik. Permainan tersebut menggunakan enjin permainan ARK bebas oleh Perfect World dan dipenuhi dengan pertempuran aksi yang mengagumkan, senario 3D berskrin besar yang amat realistik, jalan cerita tersendiri dan kreatif yang diadaptasi daripada novel klasik, selain rekaan permainan yang terbuka dan komprehensif, digabungkan untuk menghasilkan pengalaman permainan aksi dalam talian serba baharu untuk para pemain. Pada masa yang sama, Legend of the Condor Heroes memperlihatkan peralihan yang besar hasil daripada pelancaran konsep "HiFuture!" oleh Perfect World.
Di ChinaJoy 2014, Perfect World memperkenalkan secara besar-besaran konsep "HiFuture!, sebagai langkah untuk mengalihkan usaha pengeluar permainan tersebut ke arah pembangunan yang sihat dan mampan dalam industri permainan dalam talian. Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong berkata pada masa hadapan, industri permainan akan mengintegrasikan dan menembusi sektor barangan pengguna, pendidikan, komunikasi, IT serta kewangan yang berkembang pantas, sebagai langkah untuk meningkatkan kehidupan seharian kepada segmen populasi yang jauh lebih besar, memandangkan permainan menjadi simbol dan menggambarkan pandangan yang baik terhadap kehidupan.
Legend of the Condor Heroes ZERO merupakan MMOACT (Permainan Aksi Dalam Talian Berbilang Pemain Secara Besar-besaran) dibangunkan untuk memperlihatkan bentuk permainan seperti ini. Perfect World telah mencipta peranti interaktif boleh pakai yang eksklusif untuk permainan tersebut - ZERO Shoes, sebagai usaha untuk menyediakan pengalaman permainan sihat dan tanpa kekangan ruang untuk para pemain. ZERO Shoes, penyatuan sempurna antara permainan maya dan kehidupan sebenar, hadir dengan beberapa ciri eksklusif yang mengagumkan: penyimpanan rekod data pergerakan pemain, jumlah kalori yang digunakan, lokasi geografi yang tepat serta aktiviti rangkaian sosial. Data pergerakan yang disimpan oleh peranti akan disuap balik dan menentukan aksi permainan seterusnya, lalu meningkatkan kuasa pertempuran keseluruhan pemain secara berperingkat. Di samping itu, ZERO Shoes melibatkan permainan kecil yang eksklusif dan kebolehan perkongsian interaktif, dengan beberapa ciri yang dijangka akan memberikan pengalaman yang mengejutkan dan belum pernah dialami sebelum ini kepada pemain.
Peranti boleh pakai eksklusif melanjutkan permainan yang dimainkan daripada alam maya kepada dunia sebenar, tanpa kekangan ruang atau batasan yang dikenakan oleh platform tertentu, di samping menggalakkan para pemain untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan. Tujuan di sebalik penciptaan ZERO Shoes bukan sekadar untuk permainan ini tetapi adalah sebahagian daripada hala tuju keseluruhan usaha jangka panjang pihak pembangun permainan ini.
Revolusi yang dibawakan oleh pendekatan baharu ini untuk pengalaman interaktif mewujudkan cabaran baharu kepada pembangunan keseluruhan permainan, di samping menggalakkan orang awam untuk menjalani kehidupan yang lebih beraneka dan sihat. Selari dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong baru-baru ini, melalui integrasi dan pembangunan, permainan tidak lama lagi dapat menyampaikan bukan sekadar pengalaman hiburan yang kian berubah seperti yang sering berlaku, malahan turut menjadi model bagi gaya hidup sihat yang tersedia untuk semua.
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140912/0861406574