omniture

Lanson Place Hospitality Management Melantik Benson Soo sebagai Ketua Pengalaman Tetamu

Lanson Place Hospitality Management Limited
2014-09-15 14:55 334

HONG KONG, 15 September 2014 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited (Lanson Place) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan En. Benson Soo sebagai Ketua Pengalaman Tetamu, berkuat kuasa mulai 2 September 2014.

Lanson Place Hospitality Management appoints Benson Soo as Head of Guest Experience
Lanson Place Hospitality Management appoints Benson Soo as Head of Guest Experience

Peranan utama Benson ialah mempelopori tanda ciri Lanson Place daripada segi perkhidmatan cemerlang buat tetamu. Beliau akan merumus dan menganalisis strategi penambahbaikan perkhidmatan tetamu serta menyediakan panduan serta inisiatif kepada semua pengendalian perkhidmatan tetamu Lanson Place, lalu memastikan semua ini disepadukan dengan baik dan disediakan dengan lancar oleh pasukan perkhidmatan tetamu Lanson Place.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman memegang jawatan perkhidmatan tetamu, Benson pernah bekerja di W Hong Kong, di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Aluan - Divisyen Bilik. Sebelum itu, beliau juga telah bekerja untuk pelbagai kumpulan hotel mewah terkemuka seperti Ritz Carlton, Mandarin Oriental, InterContinental Hong Kong serta Swire Hotels Group.

Sebagai seorang 'Concierge' yang berpengalaman, Benson diiktiraf sebagai ahli penuh Persatuan Kunci Emas Hong Kong sejak tahun 2003. Tambahan lagi, beliau telah dipilih sebagai "Wira Hong Kong" oleh majalah Conde Nast Traveller berdasarkan penilaian pengetahuan beliau yang mendalam tentang kawasan tempatan.

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place berkata, "Saya dengan gembiranya mengalu-alukan Benson kepada keluarga Lanson Place. Dengan pengalaman beliau yang meluas dalam perkhidmatan tetamu, Benson akan memainkan peranan yang penting bagi membawakan Program Pengalaman Lanson Place ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi."

Latar belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah syarikat subsidiari milikan penuh Wing Tai Properties Limited, syarikat tersenarai awam di Hong Kong (Kod saham HKEx: 369), yang kini mengurus sembilan harta tanah (empat daripadanya dipunyai ekuiti oleh Wing Tai) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri khidmat mewah dan hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur serta Singapura.

Harta tanah Lanson Place biasanya terletak berhampiran dengan wilayah perniagaan pusat serta kawasan tumpuan membeli-belah dan juga hiburan. Lanson Place menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan tersuai khusus dan rapi dengan kemudahan hotel mewah tetapi dengan privasi tempat kediaman.

Kumpulan itu akan terus memajukan jenama "Lanson Place" sebagai jenama yang meliputi seluruh Asia dan akan terus menerokai peluang pelaburan dan juga pengurusan khususnya di bandar gerbang di rantau Asia Pasifik. Aroma Garden Serviced Suites oleh Lanson Place di Shanghai dijadualkan akan dibuka pada penghujung tahun 2014.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140912/8521405206

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:0369
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements