omniture

Sushui Tech bakal Pamer Sel Bahan Api Metanol Langsung di Minggu Tenaga Pintar Antarabangsa Jepun

Sushui Energy Technology
2024-02-01 10:05 17

TOKYO, 1 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Minggu Tenaga Pintar Antarabangsa Jepun dengan Pameran Hidrogen dan Sel Bahan Api Antarabangsa Jepun akan diadakan di Pusat Konvensyen Tokyo Big Sight pada 28 Februari 2024. Sushui Energy Technology (Suzhou) Co., Ltd. (kemudian daripada ini "Sushui Tech"), ialah sebuah syarikat pemula sel bahan api dari China, akan membawakan teknologi Sel Bahan Api Metanol Langsung yang dorman selama bertahun-tahun ke acara tersebut. Sushui Tech akan turut melancarkan produk siri MOC dan KH terkininya pada hari kedua pameran berkenaan. Difahamkan bahawa produk siri ini menyediakan alternatif yang andal kepada pelanggan bagi siri EFOY terkenal yang dibuat oleh SFC AG dari Jerman.

DMFC-KH-50R powering up a portable satellite ground receiver
DMFC-KH-50R powering up a portable satellite ground receiver

Tatkala dunia menyeru terhadap penyelesaian tenaga boleh baharu terpelbagai dan cara yang lebih menjimatkan untuk menyimpan tenaga, metanol menjadi calon yang berpotensi yang dikenali sebagai "Liquid Sunlight" ("Cahaya Matahari Cecair"). Sel bahan api metanol langsung dengan kelebihannya dari segi kemudahalihan, pelayaran yang panjang dan kebolehsesuaian dengan keadaan persekitaran yang melampau terbukti tidak dapat digantikan dalam komunikasi kritikal, pertahanan & keselamatan, pemantauan persekitaran dan sebagainya sejak pengkomersialannya.

"Produk DMFC daripada Sushui Tech telahpun disahkan dan diterima dalam misi kritikal di laut dan darat dalam pasaran Cina dan kami berhasrat untuk mengembangkan pasaran kami di Jepun, Asia Tenggara dan Timur Tengah pada tahun 2024," kata Lou Ziyi, Pengarah Pemasaran & Jualan Sushui Tech.

Sel Bahan Api Metanol Langsung ialah sejenis sel bahan api membran pertukaran proton suhu rendah. Ia menjana kuasa elektrik melalui tindak balas langsung antara metanol serta oksigen dan hanya membebaskan wap air dan sedikit CO2 yang boleh dikitar semula menjadi metanol.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah penghantaran global bagi produk DMFC meningkat dengan pesat kerana didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap bekalan kuasa yang andal di kawasan krisis dan kesulitan dalam mengendalikan hidrogen bergas. Memandangkan membran pertukaran proton baharu dan pemangkinan membuka hala tuju peningkatan ketumpatan tenaga baharu untuk DMFC, teknologi ini dijangka tersedia secara komersial untuk rangkaian pasaran tenaga yang lebih luas.

Minggu Tenaga Pintar Antarabangsa Jepun ialah sebuah pameran yang terkenal di peringkat antarabangsa yang memfokuskan kepada sel bahan api. Ia menonjolkan trend yang paling unggul dalam pasaran tenaga global.

Latar Belakang Sushui Energy Technology 

Sushui Tech, beribu pejabat di Shanghai, ialah sebuah syarikat pemula sel bahan api persendirian yang memfokuskan kepada teknologi Sel Bahan Api Metanol Langsung. Melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama bertahun-tahun, kini syarikat ini memiliki harta intelek yang lengkap ke atas produknya daripada DMFC MEA, susunan, sistem dan penyelesaian akhir yang disesuaikan untuk pelanggannya.

Hubungan Media: Daniel Lou
lzy@sushui.tech

 

 

 

 

Source: Sushui Energy Technology
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news