KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Februari 2024 /PRNewswire/ -- FBS, broker global yang terkemuka, menaja sukatan pelajaran tahun akademik 2024 untuk enam buah prasekolah di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada program Empowered2Teach oleh SUKA Society. FBS dan SUKA Society membekalkan sumber pengajaran untuk memudahkan perjalanan pendidikan anak-anak orang asli di kampung terpencil dan mempersiapkan mereka untuk pendidikan sekolah rendah formal.
Sekurang-kurangnya 7,000 anak orang asli di Semenanjung Malaysia tidak mendapat akses kepada pendidikan sekolah, menurut laporan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Bagi menyumbang kepada pemecahan halangan pendidikan di wilayah ini, FBS menyokong program Empowered2Teach dan membeli sumber pengajaran untuk enam buah sekolah di Slim River, Gopeng, Tapah, Gua Musang dan Kuala Rompin. Bahan-bahan ini bertujuan untuk memastikan pembangunan yang holistik dan meningkatkan kemahiran bahasa, celik angka, motor serta kesejahteraan emosi dan interaksi sosial pelajar muda.
Aizzat Arfa, Wakil FBS di Malaysia, menyatakan semangat terhadap kolaborasi ini, dengan menyatakan, "Kami di FBS berbesar hati untuk meneruskan kolaborasi kami bersama SUKA Society dan menyumbang kepada program Empowered2Teach. Projek ini bukan sahaja sejajar dengan misi jenama kami untuk meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti, bahkan ia turut memberi impak positif kepada masyarakat tempatan yang memerlukan. Kami percaya bahawa dengan sokongan kami terhadap sukatan pelajaran prasekolah, anak-anak Orang Asli akan mendapat asas yang lebih kukuh dan persediaan yang lebih baik untuk memasuki Tahun Satu."
Program Empowered2Teach, diterajui oleh SUKA Society, mengkhusus untuk memecahkan halangan dan memberi akses kepada pendidikan bagi anak-anak orang asli di kampung terpencil. Anderson Selvasegaram, Pengarah Eksekutif SUKA Society, mengetengahkan kepentingan kolaborasi ini, dengan menyatakan, "Kami berasa teruja untuk berganding bahu bersama FBS dalam misi kami untuk memperkasa anak-anak Orang Asli melalui pendidikan. Penajaan mereka terhadap sukatan pelajaran prasekolah untuk enam buah sekolah di Semenanjung Malaysia merupakan bukti komitmen mereka untuk membawa perubahan yang berkekalan dalam kehidupan pelajar muda ini. Dengan mengumpul sumber dan kepakaran kami, kami yakin bahawa perkongsian ini akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah buat masyarakat ini."
Usaha bersama antara FBS dan SUKA Society merupakan bukti komitmen bersama mereka untuk memperkasa masyarakat melalui pendidikan, terutamanya untuk membuka jalan demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai FBS dan inisiatif CSRnya, sila kunjungi www.ms-brokerfbs.com/news.
Latar Belakang FBS
FBS ialah broker global berlesen dengan pengalaman selama lebih 14 tahun dan lebih daripada 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran, dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27,000,000 dan rakan kongsinya melebihi 500,000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion. FBS juga merupakan Rakan Kongsi Rasmi Leicester City Football Club.
Latar Belakang SUKA Society
SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan berdaftar (ROS: PPM-001-10-22102010) yang ditubuhkan untuk melindungi dan memelihara kepentingan kanak-kanak.