BARCELONA, Sepanyol, 1 Februari 2024 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama televisyen dua terunggul di dunia, hari ini mempamerkan pelbagai produk dan penyelesaian pintarnya yang direka bentuk untuk Pejabat Pintar, Runcit Pintar dan Hotel Pintar di Integrated Systems Europe (ISE 2024). Inovasi yang terkini, termasuk paparan panel rata QD-Mini LED 115-inci yang terbesar di dunia, paparan penunjuk digital dan sistem TV hotel yang interaktif, memberikan contoh kuasa rantaian bekalan bersepadu secara vertikal daripada TCL.
Paparan Panel Rata QD-Mini LED 115-inci Terbesar Dunia
Sebagai sebahagian daripada tawaran yang dipamerkan, TCL mendedahkan paparan panel rata QD-Mini LED 115-inci yang terbesar di dunia yang disesuaikan untuk persekitaran pejabat. Mempunyai teknologi QD-Mini LED yang terkemuka di dunia, paparan panel rata QD-Mini LED 115-inci TCL memiliki lebih 20,000 zon pemalapan setempat dan meliputi 97% gamut warna DCI-P3, menyampaikan warna seperti kehidupan sebenar dan perincian yang lebih besar. Keseragaman kecerahan skrin yang cemerlang menghapuskan tompok skrin atau kawasan gelap serta menjamin keterlihatan bahan persembahan yang lebih baik, termasuk imej dan teks.
Khususnya, paparan ini dilengkapi dengan algoritma proprietari TCL dan pemproses M2 kuad-teras berprestasi tinggi bagi mengoptimumkan kualiti imej pada tahap piksel merentas pelbagai dimensi, termasuk ketepatan warna, ketepuan serta kejelasan dan ketajaman teks. Ia membawakan kecerahan cahaya adaptif bagi memenuhi pelbagai keperluan di tempat kerja dalam sebarang keadaan pencahayaan. Di samping itu, ia telahpun diperakui oleh TÜV Rheinland untuk pengalaman visual cahaya biru rendah dan tanpa kerlipan, yang membantu mengelakkan ketegangan mata akibat tontonan dalam tempoh yang panjang.
Produk ini dioptimumkan secara meluas untuk perkongsian skrin dan mesyuarat maya. Skrin 4K Type-C generasi seterusnya mengupayakan sambungan yang lebih pantas dan lebih teguh. Ia juga menyokong sambungan titik panas serentak untuk perkongsian skrin dan sambungan rangkaian WiFi melalui rangkaian dwi-WiFi, bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih boleh dipercayai dan pantas.
Pemproses M2 kuad-teras berprestasi tinggi, digabungkan dengan sistem tersuai untuk mesyuarat perniagaan, menjanjikan kecekapan dan keandalan untuk sidang video serta kestabilan apabila mengendalikan sejumlah besar aplikasi. Reka bentuk UI yang intuitif, aplikasi sidang video terbina-dalam dan pembesar suara fideliti-tinggi menyediakan pengalaman persidangan yang sangat mudah dengan audio yang bersih dan jelas walaupun di dewan persidangan yang besar.
Siri paparan ini, turut tersedia dalam saiz 98, 75 dan 55 inci, membawakan teknologi NXTPAPER daripada syarikat ini untuk memudahkan kesihatan visual yang lebih baik dan peningkatan pengalaman tontonan digital secara keseluruhan.
Paparan Penunjuk Digital untuk Kegunaan Komersial
Tambahan pula, TCL mempersembahkan penunjuk digital menerusi pelbagai saiz dan untuk senario yang berbeza, terutamanya tanda digital 98-inci dan TCL Eshow, Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini. Penunjuk digital daripada TCL membawakan resolusi berdefinisi tinggi, panel tanpa silau, sudut tontonan 178°, reka bentuk nipis serta operasi 24/7. Ia boleh dipasang pada dinding dalam kedua-dua orientasi portret dan landskap. Di samping itu, TCL Eshow terbina dalam penunjuk ini menawarkan penciptaan kandungan, penerbitan dan pemantuan untuk pengguna mengurus kandungan dan peranti dengan mudah pada platform disatukan.
Sistem TV Hotel Bersepadu dengan Baik
TCL turut mendemonstrasikan AOSP Hotel TV System proprietarinya, penyelesaian TV hotel bersepadu dengan baik. Dengan mod kawalan hotel khasnya, sistem profesional ini menjadikannya lebih mudah untuk pentadbiran hotel menyenggara dan mengemas kini kandungan pada CMS dan operasi televisyen pratetapnya. Bagi meningkatkan kempen pemasaran hotel dan pameran jenama, sistem ini memudahkan penciptaan paparan foto yang diperibadikan pada papan kandungan mengikut keperluan mereka. Dari sudut yang lain, ia membolehkan tetamu hotel menonton program dan kandungan televisyen secara langsung daripada aplikasi IPTV pihak ketiga, serta menikmati pencerminan skrin satu-ke-satu peribadi dan selamat.
Di samping itu, TCL mempamerkan pelbagai produk IFPD untuk ODM, termasuk siri unggulannya yang berdasarkan kepada teknologi QD-Mini LED dan siri ultra-luas 105-inci. Ketika ini, syarikat ini mempunyai beberapa pusat pembuatan di seluruh dunia, berupaya untuk mengeluarkan produk paparan bersaiz penuh bermula daripada 23 hingga 115 inci. Dengan sokongan daripada kilang pintar digital TCL, TCL bersedia unutk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global.
Reruai ISE 2024 TCL
Tarikh: 30 Januari-2 Februari 2024
Lokasi: Fira Barcelona Gran Via, Dewan 2, 2C100 & 2D200
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi dalam lebih daripada 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.