omniture

Modul Dwi Kaca Jenis-N Shanghai Electric Terima Pensijilan TÜV Süd

Shanghai Electric
2024-02-01 14:29 54

SHANGHAI, 1 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat", SEHK:2727, SSE:601727) mengumumkan bahawa Nency Solar Technology (Nantong) Co., Ltd. ("Nency Solar"), cabang solar Shanghai Electric telahpun diberikan pensijilan IEC 61215:2021 dan IEC 61730:2023 untuk modul fotovolta (PV) dwi-kaca jenis-n. Pensijilan ini dianugerahkan oleh badan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan global TÜV SÜD, susulan penilaian ekstensif yang dirancang untuk menguji dan mengesahkan prestasi, keselamatan, tempoh guna dan keandalan modul solar, yang melaluinya produk ini mendapat keputusan yang luar biasa.

 
Shanghai Electric’s N-Type Double Glass Module Receives TÜV Süd Certification.

Pencapaian baharu ini, yang mengesahkan lagi kehebatan Shanghai Electric dalam teknologi solar, menambah kelayakan Syarikat ini dari segi kualiti produk dan fungsian tatkala ia terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mendorong inovasi teknologi dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri tenaga boleh baharu, seterusnya membuka jalan untuk pembangunan produk solar yang lebih cekap, andal dan berprestasi tinggi yang dapat membantu dunia mempercepatkan langkah menuju masa depan yang lebih hijau.

Dilancarkan pada tahun 2023, modul solar dwi-kaca jenis-n Nency Solar ialah produk pertama yang dibuat oleh syarikat ini dalam pacuan terkininya untuk membangunkan modul solar berkecekapan tinggi, menandakan langkah ke hadapan yang penting dalam perjalanannya ke arah memajukan teknologi solar. Modul ini mempunyai output kuasa sehingga 630W, kadar kecekapan 3% dan kedwimukaan tinggi, dengan kelebihan termasuk pekali suhu rendah, degradasi teraruh-cahaya (LID) rendah dan degradasi teraruh-berpotensi (PID) rendah, seterusnya meningkatkan keserbagunaannya dan masa servis yang panjang, serta ketahanan dalam keadaan cuaca melampau.

Menandakan pencapaian penting dalam hala tuju Shanghai Electric untuk produk tenaga baharu, keluaran modul solar ini menegaskan autonomi Syarikat ini dalam pengeluaran dan pembangunan PV, satu langkah penting yang merangsang dorongannya ke arah pembangunan hijau, rendah karbon dan berkualiti tinggi serta menyediakan asas penting untuk pengembangan globalnya.

Nency Solar, subsidiari milik penuh Shanghai Electric, ditubuhkan pada Jun 2023, susulan perjanjian antara Shanghai Electric dan Kerajaan Daerah Haimen, Bandar Nantong, yang membenarkan Syarikat ini menubuhkan pangkalan pengeluaran dan R&D solarnya di bandar berkenaan. Projek ini membawa kepada perkongsian antara Bandar Nantong dan syarikat ini, bertujuan untuk meneroka model pembangunan baharu yang mempercepatkan pertumbuhan sektor solar. Dengan matlamat untuk mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 4.8GW untuk modul solar heterosimpang (HJT) berkecekapan tinggi, penubuhan Nency Solar bersedia untuk mentransformasikan Nantong menjadi sebuah hab PV, yang memainkan peranan penting dalam memperkasa bandar tersebut untuk mencapai penaiktarafan industri.

Dalam bulan Ogos 2023, Nency Solar dan TÜV SÜD memulakan satu perkongsian strategik yang memfokuskan kepada inovasi PV, meliputi projek-projek termasuk pengujian produk, pensijilan, perkhidmatan ilmu dan latihan. Gandingan ini akan berganding bahu untuk turut meneroka teknologi neutral-karbon dan memanfaatkan sumber dan kepakaran masing-masing untuk berkolaborasi dalam bidang-bidang seperti rantaian industri, sistem piawaian serta penyepaduan antara industri dan kewangan.

Pakatan perniagaan ini akan bersama-sama membolehkan mereka membangunkan standard industri untuk teknologi modul berkecekapan tinggi jenis-N yang membantu menilai dan mengesahkan keandalan modul dalam persekitaran dunia sebenar. Mereka juga akan melaksanakan projek-projek yang menilai aplikasi dan emisi karbon modul jenis-N di stesen janakuasa solar luar. Memandang ke hadapan, Shanghai Electric bermatlamat untuk membangun berdasarkan kepada pencapaian teknikalnya untuk memangkinkan inovasinya dalam produk tenaga baharu. Bertujuan untuk meningkatkan jejak globalnya dengan memperluaskan perkongsian dalam sektor tenaga, Syarikat ini bersedia untuk melabur lebih banyak sumber bagi meneroka teknologi baharu demi membantu mendorong kemajuan sektor ini, memperkasa negara-negara di seluruh dunia memacu ke arah sasaran karbon mereka dengan penyelesaiannya yang terkini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Corporate Expansion