omniture

Huawei Menang Energy Globe World Award untuk Projek Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih, Dibina Bersama Yancheng Power Supply Company of State Grid Jiangsu

Huawei
2024-02-02 16:04 36

TRONDHEIM, Norway, 2 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Projek Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih Huawei telah dianugerahkan dengan Energy Globe World Award 2023. Projek ini yang turut dikenali sebagai Taman Industri Rendah Karbon & Tenaga Pintar Yancheng merupakan usaha kolaboratif oleh Yancheng Power Supply Company of State Grid Jiangsu dan Huawei. Projek inovatif ini diiktiraf atas penyepaduan tenaga bersihnya yang luar biasa, yang merangkumi 85% daripada penggunaan tenaga keseluruhan, dengan 100% penggunaan tenaga terminalnya merupakan tenaga elektrik. Ia mencapai penjimatan tahunan sebanyak 3 juta kWj elektrik dan pengurangan kira-kira 5600 tan emisi karbon setiap tahun. Anugerah-anugerah selanjutnya termasuk Hadiah Juara Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2022.  Dr. Anthony Hu Hao, Ketua Pakar daripada Unit Perniagaan Pendigitalan Kuasa Elektrik Huawei, dipuji atas kepimpinan beliau yang patut dicontohi dalam projek ini dan menyampaikan ucapan di majlis penyampaian anugerah.

Dr. Anthony Hu Hao is presented with the Energy Globe World Award trophy and certificate
Dr. Anthony Hu Hao is presented with the Energy Globe World Award trophy and certificate

Energy Globe World Award disampaikan oleh panel organisasi termasuk Energy Globe Foundation, Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Dewan Ekonomi Persekutuan Austria. Pada tahun 2023, Projek Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih ini dipilih daripada lebih 2000 projek terbaik dari lebih 180 negara dan wilayah, menjadi satu-satunya pemenang China yang menerima anugerah ini. Juri antarabangsa berkata, "projek ini menerima lima nilai teras - bekalan tenaga karbon sifar bersih, penyelarasan berbilang tenaga, kecekapan tenaga optimum, pemerkasaan digital dan inovasi rentas sempadan. Ia mengintegrasikan sistem tenaga boleh baharu, terpusat dan teragih, hidrogen serta storan tenaga. Cabaran dalam penyepaduan tenaga, karbon dan digital ditangani melalui pendekatan tiga dimensi, yang menggabungkan Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan pengkomputeran awan untuk operasi mampan dan pintar. Projek ini menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai model untuk keneutralan karbon global dan pembangunan mampan."

Diketuai oleh Dr. Anthony Hu Hao, projek yang memenangi anugerah ini adalah berdasarkan kepada sistem tenaga pintar karbon sifar dan Model Transformasi T³ beliau yang mencakupi tenaga, karbon sifar dan transformasi digital. Projek ini memfokuskan kepada senario karbon sifar pintar, tenaga dan scenario pintar bagi mencapai perancangan, pembinaan dan operasi bersepadu. Ia menjadi contoh untuk membina sistem tenaga hijau, rendah karbon, selamat dan cekap dalam senario kampus. Ia turut membantu bandar-bandar dan negara-negara mencapai objektif neutral-karbon mereka.

Di samping itu, projek dan penyelesaian ini memenangi Hadiah Juara di Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2022 dalam bulan Jun 2022 dan dianugerahkan sebagai salah satu daripada 10 Projek Global Terunggul bagi Hadiah Paulson untuk Kelestarian 2022. Teori, seni bina dan model teras dalam projek ini telah memenangi dua anugerah bagi Kertas Kajian Terbaik dan Laporan Terbaik di Persidangan Antarabangsa IEEE mengenai Penyepaduan Internet Tenaga dan Sistem Tenaga serta Forum Pembangunan Kuasa dan Tenaga Antarabangsa 2023.

Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi peralihan terbaik untuk industri kuasa elektrik global. Ia menyampaikan penyelesaian berasaskan senario untuk penjanaan, penghantaran dan transformasi, pengagihan serta penggunaan kuasa. Penyelesaian dan kisah kejayaan ini memainkan peranan penting dalam membantu syarikat-syarikat kuasa global mencapai transformasi yang terjamin, cekap, hijau dan inovatif. Dengan berbuat demikian, Huawei akan membuka jalan digital untuk peralian tenaga global dan mencapai matlamat keneutralan karbon.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Awards Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things