omniture

XCMG Machinery Raih Kedudukan dalam 30&30 Pemilihan Penginovasi Globalisasi Forbes China bagi Pertumbuhan Global yang Besar

XCMG Machinery
2024-02-04 08:53 3

XUZHOU, China, 4 Februari 2024 /PRNewswire/ -- 30&30 Pemilihan Penginovasi Globalisasi Forbes China 2023 mengiktiraf XCMG Machinery (SHE: 000425, "XCMG") sebagai Jenama Terkemuka atas kejayaannya yang besar dalam pasaran antarabangsa serta mempelopori inovasi yang memajukan pembangunan industri global.

XCMG Machinery Earns Spot on Forbes China’s Globalization Innovators Selection 30&30 for Substantial Global Growth.
XCMG Machinery Earns Spot on Forbes China’s Globalization Innovators Selection 30&30 for Substantial Global Growth.

Pemilihan 30&30 Forbes China meraikan jenama-jenama Cina yang mencapai pertumbuhan kukuh di seluruh dunia dan mengejar inovasi termaju. Dalam tempoh 80 tahun, XCMG berkembang menjadi sebuah perusahaan jentera pembinaan yang terkemuka dengan daya saing global, pengaruh dan jenama yang ikonik dalam industri pembuatan peralatan China, meliputi 95 peratus negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan".

"Kami amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai salah satu jenama yang terkemuka untuk globalisasi dan inovasi yang berjaya. XCMG komited untuk membawakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia dan akami akan terus memajukan inovasi teknologi serta pembangunan perniagaan bersepadu sebagai peneraju dalam industri jentera pembinaan global," kata Yang Dongsheng, pengerusi XCMG

Hasil antarabangsanya menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah hasil XCMG mulai Januari hingga Oktober 2023.

Pembangunan berkualiti tinggi membawa kepada kejayaan global 

Pada 23 Disember 2023, XCMG menubuhkan secara rasmi pusat perolehan globalnya untuk memecahkan halangan model organisasi dan operasi tradisional serta proses, sistem dan mekanisme untuk mencapai pembangunan yang menyeluruh dan bersinergi, mengintegrasikan semua sumber yang tersedia serta mencipta nilai yang lebih besar melalui transformasi pembelian nilai.

Dalam pada itu, XCMG turut merasmikan bahagian perniagaan antarabangsa dan mengumumkan 14 wilayah operasi global bagi menyokong pengurusan perniagaan luar negara yang terperinci, yang juga merupakan sebahagian daripada strategi operasi antarabangsa "1+14+N" kumpulan ini untuk menyahut cabaran, mempercepatkan transformasi dan mencapai kejayaan yang berterusan.

The World Brand Lab menerbitkan senarai 500 Jenama Paling Berpengaruh Dunia 2023 pada 13 Disember di Bandar Raya New York dan XCMG diiktiraf sebagai salah satu jenama dengan kedudukan ke-382, kedudukan tertinggi antara semua syarikat jentera pembinaan Cina. Kini, jenama XCMG bernilai 113.619 bilion yuan (USD 15.94 bilion). 

"Sebagai salah satu pengeluar jentera pembinaan yang terbesar di China, XCMG sentiasa komited dengan teguh kepada matlamat untuk membina rantaian industri yang bertaraf dunia dan menyumbang kepada pembinaan masa depan yang lebih baik dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi," kata Yang.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Awards General Manufacturing