omniture

Infinix Ganding Bahu dengan "CHUANG ASIA" Dekati Khalayak Muda Seluruh Asia

Infinix
2024-02-04 10:42 63

SHANGHAI, 4 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Infinix, jenama teknologi yang mengikuti perkembangan terbaru dan dicipta untuk pengguna muda, mengumumkan perkongsiannya dengan "CHUANG ASIA," sebuah rancangan ikhtiar hidup idola yang popular oleh WeTV yang dijadualkan untuk ditayangkan buat julung kalinya di Thailand pada 3 Februari 2024. Kolaborasi ini, bertepatan dengan pelancaran HOT 40 SERIES yang terkini daripada Infinix, menandakan penembusan strategik jenama ini ke dalam industri hiburan, menyasarkan khalayak muda celik teknologi di seluruh Asia.

Infinix announced as the main sponsor for CHUANG ASIA.
Infinix announced as the main sponsor for CHUANG ASIA.

Ketua Pegawai Pemasaran Infinix, Lake Hu menyatakan, "Perkongsian kami dengan 'CHUANG ASIA' merupakan langkah yang strategik untuk menyelaraskan jenama kami dengan platform yang penting untuk khalayak utama kami. Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran jenama kami, tetapi turut memperkasa pengguna muda untuk merealisasikan impian mereka, memberi inspirasi dan peluang kepada mereka untuk meneroka potensi mereka. Rancangan ini, sebagai pentas yang sempurna, membolehkan kami mempersembahkan Infinix HOT 40 SERIES yang direka bentuk untuk pengguna muda dan dinamik yang inginkan prestasi dan gaya."

Daripada 9,000 Peserta Bercita-cita Tinggi kepada 70 Finalis: Mendedahkan Bintang Semakin Bersinar

Membangun berasaskan kepada popularitinya yang sudahpun mantap, 'CHUANG ASIA' memberi impak penting dengan edisi sulungnya di Thailand. Rancangan realiti idola popular yang unik di Asia ini memaparkan bakat yang luar biasa dari seluruh rantau ini, menarik minat berjuta-juta penonton setiap minggu. Musim ini menandakan evolusi yang luar biasa dalam siri oleh WeTV ini, berkembang kepada khalayak pan-Asia. Daripada lebih 9,000 peserta yang bercita-cita tinggi, 70 finalis dari negara-negara termasuk Thailand, Malaysia, India, Indonesia dan AS telah dipilih dengan teliti. Individu-individu yang berbakat ini bersedia untuk bersaing bagi mendapat tempat dalam kumpulan wanita antarabangsa baharu, mempersembahkan pelbagai kemahiran dan latar belakang budaya.

Musim 'CHUANG ASIA' ini membezakannya menerusi fokus pan-Asia yang khusus, mempersembahkan ramai peserta dari pelosok rantau ini yang berbeza, seterusnya menekankan peranan penting interaksi antara budaya dalam sektor hiburan Asia. Dengan sistem pengundian penonton dan pementoran yang tersendiri, rancangan ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Dibimbing oleh Mentor Utama Jackson Wang, penerbit bersama CHUANG ASIA dan sebuah pasukan yang terdiri daripada mentor terkenal seperti Mike Angelo, Jeff Satur, TEN dan Nene Pornnappan, rancangan ini bersedia untuk menyampaikan gabungan unik bakat, gaya dan persembahan yang memikat.

Apabila Teknologi Canggih Bertemu Hiburan

Selaras dengan perkongsiannya yang dinamik bersama 'CHUANG ASIA,' Infinix memperkenalkan HOT 40 SERIES baharu, menampilkan Pemproses Ultra-Laju Helio G99 untuk prestasi yang pantas dan cekap, disesuaikan mengikut permintaan pengguna moden. Siri ini mempunyai persediaan yang mengagumkan dengan sehingga 16GB RAM tambahan dan 256GB ROM yang besar, memastikan berbilang tugas yang lancar dan storan yang mencukupi untuk pelbagai jenis aplikasi, media serta permainan.

Di samping itu, paparan sentuhan super 120Hz meningkatkan penglibatan pengguna dengan interaksinya yang responsif dan lancar, amat sesuai untuk kedua-dua peminat permainan dan pengguna multimedia. Infinix HOT 40 series, dengan ciri-ciri yang sofistikated ini, benar-benar merangkumkan pergabungan antara teknologi canggih dan hiburan, mencerminkan intipati 'CHUANG ASIA' yang bertenaga dan inovatif.

Nantikan tayangan perdana CHUANG ASIA di WeTV (https://wetv.vip/ atau cari WeTV melalui Google Play atau App Store) dan temui lebih banyak tentang Infinix HOT 40 SERIES yang terkini di www.infinixmobility.com.

Berhubung dengan Infinix Global di Facebook, Instagram, YouTube dan X untuk perkembangan terkini, berita dan pengumuman.

Latar Belakang Infinix 

Infinix Mobility ialah jenama teknologi baru muncul dengan pesat yang mereka bentuk, mengilangkan dan memasarkan portfolio peranti pintar yang semakin berkembang di seluruh dunia di bawah jenama Infinix, yang ditubuhkan pada tahun 2013. Menyasarkan belia hari ini dengan teknologi berkualiti terbaik, Infinix mencipta peranti pintar yang mengikuti perkembangan terkini, berkuasa dan dengan harga berpatutan yang membawakan teknologi terkini dalam pasaran kepada pengguna di seluruh dunia bilamana mereka memerlukan pada harga yang mereka inginkan.

Latar Belakang CHUANG ASIA

Chuang Asia, Rancangan Realiti Idola Popular Asia unik yang mempersembahkan bakat terbaik dan paling cemerlang di rantau ini. Dengan berjuta-juta penonton menonton setiap minggu, persaingannya sengit dan pertaruhannya tinggi. Seramai 70 pelatih wanita dari pelosok Asia yang berbeza akan menjalani latihan intensif dan bimbingan daripada beberapa mentor selebriti terkenal dalam industri ini, mengasah kemahiran mereka dan menyempurnakan bakat mereka. Rancangan ini menampilkan format unik yang mencabar pelatih di kem latihan, memaparkan keserbabolehan dan kebolehsuaian mereka, mendorong mereka hingga batas kemampuan mereka dan selanjutnya. Penglibatan penonton (pengundian) dan bimbingan Mentor merupakan antara beberapa sorotan dalam rancangan ini.

Source: Infinix
Keywords: Entertainment Internet Technology Mining/Metals Mobile Entertainment Telecommunications Television Licensing/marketing agreements New products/services General Manufacturing