omniture

Xinhua Silk Road: Pien Tze Huang, Beijing Tong Ren Tang bersetuju tingkatkan kerjasama dua hala, galakkan pembangunan berkualiti tinggi TCM

Xinhua Silk Road
2024-02-04 12:08 61

BEIJING, 4 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Zhangzhou Pien Tze Huang Pharmaceutical Co., Ltd. (Pien Tze Huang) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Beijing Tong Ren Tang (TRT) Group semasa Persidangan Rakan Kongsi Tong Ren Tang Pertama yang diadakan di Beijing mulai 17 hingga 19 Januari.

The photo shows Pien Tze Huang Pharmaceutical and Beijing Tong Ren Tang Group signing a cooperation agreement
The photo shows Pien Tze Huang Pharmaceutical and Beijing Tong Ren Tang Group signing a cooperation agreement

Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama bagi menyumbang kepada komuniti pembangunan yang berkualiti tinggi untuk perubatan tradisional Cina (TCM). Pada masa akan datang, mereka akan bersama-sama meninjau pasaran luar negara dan menggalakkan pembangunan TCM di dunia. Sementara itu, mereka akan membantu satu sama lain dalam jualan, memanfaatkan kekuatan mereka sendiri bagi mempromosikan jualan kesemua produk dan menyediakan rak eksklusif untuk Pien Tze Huang di beberapa kedai TRT utama di Beijing.

Persidangan ini berperanan sebagai platform inovatif yang meningkatkan pembangunan industri farmaseutikal China yang berkualiti tinggi, mempermudah Inisiatif China Sihat dan menampilkan sumbangan bersama serta penyepaduan mendalam. "Kedua-dua Beijing Tong Ren Tang dan Pien Tze Huang Pharmaceutical merupakan pelopor dalam TCM," kata Lin Zhihui, pengerusi Pien Tze Huang Pharmaceutical, di persidangan berkenaan pada 18 Januari.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan TCM telah mencapai kemajuan yang pantas. Sebagai sebuah perusahaan TCM di China, Pien Tze Huang Pharmaceutical komited terhadap inovasi teknologi dan transformasi industri. Dengan mengembangkan perniagaannya dalam pembuatan farmaseutikal, perdagangan farmaseutikal dan bidang-bidang lain, syarikat ini mewujudkan portfolio produk yang pelbagai dan merentas sektor dengan Pien Tze Huang sebagai terasnya.

Sementara itu, dengan mengambil peluang yang dibawa oleh Inisiatif Jalur dan Jalan, Pien Tze Huang Pharmaceutical mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negara, serta menggalakkan pertukaran dan kerjasama berhubung TCM. Lebih daripada 30 projek antarabangsa berkaitan kerjasama teknologi telahpun dilancarkan, seterusnya membolehkan produk Pien Tze Huang Pharmaceutical berkembang ke peringkat global dengan lebih baik.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/338599.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Contracts Licensing/marketing agreements