omniture

Tookitaki Mengumumkan Penjenamaan Semula Suit AML syarikat itu kepada FinCense bertujuan menunjukkan keupayaan platform yang ditingkatkan

Tookitaki
2024-02-05 09:00 30

SINGAPURA, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Tookitaki, peneraju dalam ruang jenayah kewangan yang dipercayai, mengumumkan penjenamaan semula Suit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLS) utama syarikat itu kepada FinCense. Langkah strategik ini menyasarkan keupayaan platform pematuhan syarikat yang lebih baik, yang pada masa ini menangani risiko penipuan dan AML dengan lancar.

Penumpuan cabaran penipuan dan AML telah membentuk semula landskap pematuhan, menyebabkan institusi kewangan mencari penyelesaian yang disatukan. Pada masa ini, silo operasi membahagikan pasukan antipenipuan dan AML. Memandangkan kos terus meningkat, penyelesaian lengkap untuk menguruskan kedua-duanya diperlukan.

Ini amat kritikal dalam pembayaran rentas sempadan, apabila perlindungan daripada risiko Jenayah Kewangan adalah penting. FinCense merapatkan jurang antara penipuan dan AML dengan penyelesaian FRAML.

Abhishek Chatterjee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tookitaki, menekankan kepentingan penjenamaan semula ini, dengan menyatakan, "Mengapakah FinCense? Ini kerana suit tersebut boleh mengesan kewangan juga dikenali sebagai corak yang mencurigakan. Peralihan kami daripada AMLS kepada FinCense bukan sekadar menunjukkan perubahan nama; malah ini juga menandakan kemajuan penting dalam penyelesaian pematuhan yang tersedia di pasaran. Melalui penggabungan pencegahan Penipuan dan AML kepada penyelesaian tunggal yang cukup berkuasa, kami membolehkan institusi kewangan memanfaatkan sinergi untuk menambah baik kadar pengesanan, mengurangkan kos operasi dan mencegah penipuan dalam masa nyata."

FinCense memupuk kerjasama antara pencegahan penipuan dan AML, dengan platform menyeluruh yang mahir dalam mengendalikan kerumitan kedua-dua domain.

Menyedari kerumitan pembayaran rentas sempadan yang unik dan kerentanan terhadap kedua-dua risiko Penipuan dan AML, FinCense telah direka bentuk dengan teliti bagi menyediakan perlindungan masa nyata untuk syarikat pembayaran domestik dan rentas sempadan. FinCense dibina untuk terus berkembang dengan memproses berbilion transaksi dengan daya pemprosesan tinggi pada 200 TPS bagi pencegahan penipuan masa nyata. 

Maklumat Tentang Tookitaki

Tookitaki ialah nama global dalam dunia antijenayah kewangan. Produk utama syarikat ini, FinCense menyediakan perkhidmatan kepada institusi kewangan terkemuka dunia di 11 negara di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika untuk mengesan dan mencegah jenayah kewangan. FinCense ialah platform pencegahan penipuan paling pintar dalam industri dan menyediakan institusi kewangan dengan perlindungan risiko yang tiada tandingannya untuk program AML dan Antipenipuan. Di tengah-tengah inovasi ini ialah Ekosistem Antijenayah Kewangan (Anti-Financial Crime Ecosystem - AFC), repositori digital berteraskan komuniti pertama bagi corak FinCrime global. FinCense menawarkan pematuhan menyeluruh, daripada suai tugas kepada usaha wajar yang berterusan. Tindanan kejuruteraan data moden FinCense menjamin tahap responsif masa nyata dan prestasi teknikal yang unggul, memastikan daya pemprosesan, keselamatan dan ketersediaan yang lebih tinggi.

Butiran Hubungan: marketing@tookitaki.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2169721/Tookitaki_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tookitaki
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements Financial Technology STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)