Envision Energy dianugerahkan kontrak pertama seumpamanya untuk membekalkan turbin angin 162 MW kepada Projek Angin Alabat dan Tanay Alternergy, membawakan kombinasi kapasiti terkadar 6.5 MW dan 8 MW. Projek ini akan menjadi turbin angin terbesar di Filipina setelah dipasang.
MANILA, Filipina, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global dalam teknologi hijau, mencapai kejayaan penting dengan memperoleh pesanan turbin angin sulungnya di Filipina. Kontrak perintis ini, dianugerahkan oleh pelopor tenaga boleh baharu Alternergy Holdings Corporation (Alternergy), menawarkan turbin angin 162 MW untuk Projek Angin Alabat dan Tanay, menandakan penerokaan pertama ke dalam pasaran Filipina untuk Envision Energy, yang menekankan komitmennya untuk memajukan penyelesaian tenaga mampan di seluruh dunia.
Kontrak Bekalan Turbin ini mencakupi reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan dan penghantaran penjana turbin angin (WTGs), membawakan kombinasi kapasiti terkadar 6.5 MW dan 8 MW. Di samping itu, penjanjian ini melibatkan komitmen servis dan penyelenggaraan 10 tahun yang komprehensif, bagi menjamin prestasi optimum dan keandalan turbin.
Projek Angin Tanay ialah projek angin ketiga Alternergy di Wilayah Rizal, manakala Projek Angin Alabat ialah projek angin pertama di Wilayah Quezon. Kedua-dua projek dijangka sedia beroperasi menjelang akhir tahun 2025, sebagai sebahagian daripada rancangan projek dipercepatkan oleh Alternergy. Envision Energy akan membawakan inovasi termaju dengan kepakarannya dan mengaplikasikan penyelesaian terkini bagi mencapai prestasi dan keandalan tinggi pada turbin angin. Projek ini akan menjadi turbin angin terbesar di Filipina setelah dipasang.
John Lee, Pengurus Besar Pasaran Asia & Afrika di Envision Energy, menyatakan keterujaan untuk perkongsian bersama Alternergy ini: "Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Alternergy, perintis angin di Filipina, untuk Projek Kuasa Angin Alabat dan Tanay mereka yang seterusnya. Ini merupakan projek perintis yang baharu buat kami dalam pasaran Filipina. Kami menggunakan teknologi yang inovatif untuk WTG bagi projek angin Alabat dan Tanay yang dipilih dan direka bentuk khusus untuk disesuaikan dengan keadaan iklim angin di kawasan-kawasan ini dan telah menerima pensijilan daripada badan-badan akreditasi antarabangsa dan bereputasi baik. Perkongsian ini bertujuan unutk memberi impak positif dan menyumbang kepada matlamat Filipina bagi peralihan tenaga yang dipercepatkan dan untuk mencapai misi Envision bagi membantu mengatasi cabaran demi masa depan yang lestari di seluruh dunia."
"Envision Energy dipilih setelah menjalani proses tender yang sangat teliti dan ketat serta usaha wajar. Perkongsian kami bersama Envision, peneraju dalam teknologi angin, akan membawakan inovasi termaju bagi menjamin penjanaan tenaga optimum dalam projek-projek angin Alternergy yang seterusnya," kata Knud Hedeager, presiden Alternergy Wind Holdings Corporation, syarikat sub-pemegangan Alternergy untuk portfolio anginnya.
"Usaha perintis oleh Alternergy sekali lagi akan diperlihatkan tatkala kami berganding bahu dengan Envision untuk menggunakan penyelesaian terkini bagi mencapai prestasi dan keandalan tinggi untuk turbin angin dan setelah dipasang, akan menjadi turbin angin yang terbesar di negara ini," kata Gerry Magbanua, presiden Alternergy Holdings Corporation.
Envision ialah peneraju global bagi pembekalan turbin angin, memacu inovasi dan kemajuan dalam peralihan kepada tenaga boleh baharu. Turbin angin Envision merupakan antara turbin "pintar" pertama dan dilengkapi dengan penderia untuk memantau dan mengoptimumkan prestasi, keandalan dan kecekapannya. Menerusi inovasi teknologi yang konsisten, Envision terus meningkatkan kecekapan penggunaan kuasa angin dan mengurangkan kos elektrik yang dijana setiap kilowatt jam yang dijana oleh WTGS. Ini menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon global dan menyampaikan penyelesaian tenaga yang berpatutan, bersih kepada masyarakat di seluruh dunia.
Penembusan Envision Energy ke pasaran Filipina menekankan dedikasinya untuk memacu peralihan global kepada tenaga mampan. Turbin terkininya akan memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempelopori penyelesaian tenaga mampan di Filipina, lalu menyumbang kepada kecepatan penerimaan tenaga boleh baharu di negara ini. Pencapaian ini menandakan permulaan kepada perjalanan yang transformatif menuju masa depan yang lebih bersih, lebih hijau.