KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- EdgePoint Infrastructure ("EdgePoint") – sebuah Syarikat telekomunikasi dan infrastruktur bebas yang berpusat di Asia Tenggara, telah melancarkan program 'Connectivity for Communities' – sebuah inisiatif tanggungjawab korporat serantau yang bertujuan untuk memberikan akses internet kepada pelajar yang tinggal di kawasan yang kurang mendapat perhatian.
Program ini, yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia dan Filipina, adalah sebahagian dari komitmen EdgePoint untuk menaiktaraf akses sambungan internet ke taraf yang lebih saksama, terutamanya di komuniti-komuniti yang kurang mendapat perhatian. Untuk memastikan komuniti-komuniti yang betul mendapat faedah inisiatif ini, EdgePoint telah bekerjasama dengan organisasi-organisasi tempatan yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai keperluan komuniti akar umbi di setiap lokasi, yang membolehkan mereka untuk membina program yang tepat untuk menaiktaraf ketersambungan dan mempromosikan literasi digital.
Suresh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas EdgePoint Infrastructure berkata, "Kami ingin memastikan bahawa kanak-kanak dalam komuniti-komuniti ini mendapat semua peluang yang boleh memanfaatkan potensi mereka. Langkah pertama ialah untuk memastikan mereka mempunyai sambungan yang berkualiti dan boleh dipercayai, akan tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Program yang berkesan juga perlu direka untuk memastikan kanak-kanak ini boleh meningkatkan kadar literasi digital mereka dengan lebih pantas. EdgePoint ialah pakar dalam perhubungan dan kerjasama kami dengan organisasi-organisasi sosial yang betul dapat membantu untuk mencapai matlamat kami. Kami akan terus bekerjasama dengan organisasi-organisasi tempatan yang komited untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua."
Di Malaysia, EdgePoint telah bekerjasama dengan Impact Malaysia, sebuah inisiatif sosial yang bergerak di bawah nama Impact Intergated, yang merupakan badan bukan kerajaan yang bersekutu dengan Kementerian Belia dan Sukan, memanfaatkan kepakaran mereka dalam menyediakan sambungan jalur lebar dan program-program literasi digital di sekolah luar bandar. Bermula di Pahang dan Sarawak, EdgePoint akan membina pusat sumber di sekolah-sekolah terpilih yang akan dilengkapi dengan peranti digital yang diperlukan, serta mengubahsuai kawasan umum untuk pelajar. Di samping itu, EdgePoint juga akan bekerjasama untuk memacu program literasi digital jangka panjang untuk para pelajar di sekolah-sekolah tersebut.
Untuk Indonesia dan Filipina pula, EdgePoint bekerjasama dengan Habitat for Humanity, organisasi antarabangsa terkemuka yang menyediakan penyelesaian perumahan untuk penduduk-penduduk yang memerlukan di negara masing-masing. Setakat ini, EdgePoint dan Habitat for Humanity Indonesia telah melancarkan inisiatif ini di Sekolah Menengah Pertama di Sentolo, Jawa Tengah dan juga Sekolah Menengah Pertama (MTS) Maulana Ibrahim di Gresik, Jawa Timur dengan menyediakan sambungan internet yang lancar dan perpustakaan digital yang lengkap.
Di Filipina, EdgePoint dan Habitat for Humanity Philippines bekerjasama untuk menubuhkan hab pendidikan digital di dua sekolah, menyediakan sambungan internet yang lebih lancar dan juga menyediakan peranti ke Southville 88 National High School di Rodriguez, Rizal, dan Teresa National High School di Teresa, Rizal.
Sehingga hari ini, 'Connectivity for Communities' telah memudahkan ketersambungan untuk 6 sekolah, dan telah memberi kesan kepada lebih 5000 pelajar. Program ini menyasarkan untuk memberi manfaat untuk 10 sekolah lagi untuk tahun 2024.
Untuk informasi lanjut EdgePoint, sila lawati https://edgepointinfra.com/
MENEGNAI EDGEPOINT INFRASTRUCTURE
EdgePoint Infrastructure ialah sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi yang berhasrat untuk memperkasakan Digital ASEAN melalui Infrastruktur Generasi Baharu. Beribu pejabat di Singapura dengan operasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina, melalui EdgePoint Towers Sdn Bhd, PT Centratama Telekomunikasi Indonesia, Tbk dan EdgePoints Towers Inc., kami memberi fokus untuk menyediakan struktur telekom yang terbaharu dan boleh dikongsi, sel-sel kecil dan sistem di dalam bangunan. EdgePoint menyasarkan untuk menjadi peneraju industri melalui skala dan inovasi, memacu kecekapan operasi melalui penggunaan analitik dan teknologi digital.