Platform VAM Montran akan meningkatkan penawaran pengurusan dan kecairan tunai dalam pelbagai mata wang untuk Intesa Sanpaolo, ini akan memberikan nilai segera kepada pelanggan bank daripada pelbagai segmen.
MILANO, Itali, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Montran telah mengumumkan pelancaran platform pengurusan akaun maya berbilang mata wang yang inovatif untuk Intesa Sanpaolo. Organisasi ini merupakan institusi perbankan utama Itali yang mempunyai perkhidmatan kewangan global. Platform ini bakal menandakan peningkatan strategik dalam keupayaan bank tersebut untuk mengurus dan kecairan tunai berbilang mata wang untuk pelbagai pelanggan, menawarkan kecekapan dan fleksibiliti yang tiada tandingan.
"Platform yang berbilang mata wang baharu kami ini merevolusikan cara pelanggan kami mengurus dana, membolehkan pengendalian berbilang mata wang yang cekap melalui akaun maya. Ini bakal meningkatkan perdagangan antarabangsa dengan ketara dengan memperkemaskan kecairan dan menambah baik aliran tunai," kata Giancarlo Esposito, Ketua Pembayaran, Pengurusan Tunai dan Perbankan Terbuka di Intesa Sanpaolo.
Selain itu, Sergio Dalla Riva, Ketua Perbankan Transaksi Pembangunan Produk di Intesa Sanpaolo, berkata, "Dalam pasaran digital dan tidak menentu yang berkembang pesat hari ini, teknologi Montran menyediakan cerapan kewangan masa nyata yang penting yang pelanggan kami perlukan untuk kekal berada di hadapan."
"Platform ini digunakan dalam beberapa bulan untuk pengenalan pasaran yang pantas, penyelesaian Pengurusan Akaun Maya berbilang mata wang dan masa nyata Montran memperkayakan Intesa Sanpaolo dan pelanggannya dengan alat pengurusan dan kecairan tunai yang termaju," kata Raegan Esca, Pengurus Besar Montran Europe. "Platform ini diintergrasi secara lancar dengan infrastruktur sedia ada bank, penyelesaian kami akan meningkatkan operasi kewangan melalui pengasingan akaun yang dipertingkatkan, POBO, COBO, penyesuaian automatik dan keterlihatan kecairan yang lebih baik."
"Montran dan Intesa Sanpaolo bersama-sama bersedia untuk mengubah kecairan untuk pelanggan di mana-mana sahaja," tambah Ms. Esca. "Kami komited untuk kerjasama yang panjang dan membuahkan hasil dengan rakan kongsi strategik di Intesa Sanpaolo."
Perihal Montran
Montran ialah pembekal untuk penyelesaian Infrastruktur Pasaran Pembayaran dan Sekuriti yang terkemuka, memberikan perkhidmatan kepada institusi kewangan terulung dunia dengan pemasangan dan operasi kritikal misi di lebih 80 buah negara. Ketahui selanjutnya di www.montran.com.