BATU KAWAN, Malaysia, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Pusat Beli-belah Klippa berbesar hati mengumumkan pengembangan selanjutnya dengan bermulanya pembinaan untuk kedai Flagship Decathlon dan pengenalan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA, sekali gus menandakan satu lagi peristiwa penting untuk destinasi komuniti sehenti Ikano Centres di bahagian Utara Malaysia.
From left to right: Anthony Thanasegaram – Commercial Manager at Klippa Shopping Centre, Atul Gupta – Head of Business Development of Decathlon Malaysia, Jiao Li – Chief Executive Officer of Decathlon Malaysia, Takeshi Murai – Store Manager at IKEA Batu Kawan, Arnoud Bakker – Commercial Director at Ikano Centres.
Pada tahun 2023, Ikano Centers memaklumkan penambahan butik Decathlon ketiga mereka kepada portfolionya selepas Pusat Beli-belah MyTOWN dan Pusat Beli-belah Toppen. Majlis pecah tanah yang diadakan pada dua minggu lalu menandakan bermulanya pembinaan butik Decathlon seluas 20,000 kaki persegi di Pusat Beli-belah Klippa, dengan Ikano Centres melabur sebanyak RM20 juta dalam pembangunannya. Butik ini merupakan kedai kedua Decathlon di negeri Pulau Pinang dan usaha niaga pertamanya di tanah besar Pulau Pinang di utara Malaysia.
Selain itu, Klippa juga memperkenalkan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA, iaitu sebuah projek yang dipacu oleh komuniti dengan kerjasama Soccer Experience. Sama seperti Decathlon, inisiatif ini didedikasikan khusus untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam komuniti utara Malaysia dan memupuk hubungan dalam kalangan peminat bola sepak daripada semua peringkat umur. Merentasi tanah seluas kira-kira 170,000 kaki persegi, ruang itu merangkumi dua buah padang dengan lapangan padang terbuka 11 tepi dan padang berbumbung 7 tepi, dilengkapi rumah kelab dengan kemudahan yang lebih daripada mencukupi. Kedua-dua Decathlon dan Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA adalah sejajar dengan strategi Ikano Centres dalam membangunkan destinasi yang banyak memberikan tumpuan pada keluarga dan gaya hidup sihat.
Arnoud Bakker, Pengarah Komersial Ikano Centres berkata, "Kami sangat teruja untuk memulakan fasa pembangunan kami dengan bermulanya pembinaan Decathlon dan pengenalan tambahan terbaharu kami, Soccer Experience @ Klippa Batu Kawan, Powered by IKEA, kepada destinasi kami. Rangkuman ini mempelbagaikan tawaran runcit kami, khususnya dalam menyesuaikan tawaran kami untuk memenuhi keperluan komuniti Batu Kawan yang pesat berkembang. Majlis pecah tanah menandakan bermulanya satu lagi episod dalam pembangunan Klippa, seterusnya menyumbang kepada matlamat kami untuk menjadi nadi dan hab komuniti perbandaran Batu Kawan, terletak di Aspen Vision City, yang bersedia untuk menjadi bandar pintar pertama di utara Malaysia dan antara kawasan perkembangan paling menarik di Malaysia. Komitmen kami untuk mengembangkan portfolio kami dan Klippa sendiri terus kukuh dan tidak pernah berbelah bahagi. Kami sedang melalui perjalanan pertumbuhan yang berterusan, sambil menambah dimensi baharu kepada pusat beli-belah kami untuk memperkayakan pengalaman untuk komuniti kami."
Jiao Li, Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia menjelaskan, "Pecah tanah ini melambangkan dedikasi bersama kami untuk menyediakan pengalaman yang memperkaya bagi komuniti Batu Kawan dan seterusnya. Di Decathlon, kami menyasarkan matlamat untuk menggerakkan orang ramai melalui keajaiban sukan. Kami percaya dalam usaha mewujudkan ruang yang boleh membawa keseronokan dan manfaat sukan kepada seramai mungkin warga tempatan, dan perkongsian kami dengan Klippa menunjukkan komitmen ini. Kami benar-benar berbesar hati untuk menyumbang kepada kegembiraan dan kesihatan komuniti Batu Kawan yang semakin berkembang dan berharap untuk menjadi bahagian penting dalam perjalanan komuniti ini."
Pembangunan bercampur Klippa meliputi 51 ekar tanah, dengan Jumlah Keluasan Binaan Kasar (GBA) sebanyak 6.5 juta kaki persegi dan Jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM3.5 bilion. Perancangan masa depan pembangunan bercampur sedang dilaksanakan dan akan merangkumi 800,000 kaki persegi pusat beli-belah, memberikan tambahan kepada 660,000 kaki persegi ruang runcit semasa.
Dengan anggaran sebanyak RM1 bilion dalam Nilai Pembangunan Kasar, komponen runcit pembangunan itu dijangka menampilkan kira-kira 300 penyewa, selain penyewa sedia ada. Hal ini mencerminkan langkah penting ke arah mempertingkatkan Pusat Beli-belah Klippa sebagai destinasi komuniti sehenti untuk mewujudkan hubungan yang bermakna.
Bakker berkata, "Di Klippa, kami telah membuka pelbagai tawaran, termasuk pasar raya yang lengkap, dan tidak lama lagi stesen minyak dengan konsep pandu lalu F&B, lebih banyak tawaran F&B dan kemudahan lain yang telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Selaras dengan pendekatan pembangunan berperingkat Klippa, pengembangan ini memberikan tumpuan pada usaha mewujudkan tawaran yang relevan kepada komuniti yang semakin berkembang, dan bukannya membina ruang semata-mata untuk mengisi kekosongan. Dengan kadar penghunian sebanyak 99% dalam fasa awal Klippa, kami yakin untuk bergerak ke hadapan dengan fasa pembangunan seterusnya. Ini hanyalah permulaan, dan kami sangat teruja untuk memperkenalkan tawaran yang lebih pelbagai dan inovatif pada masa hadapan untuk mewujudkan sebuah destinasi untuk ramai orang."
Selain itu, di samping elemen komersial kegunaan bercampur, pembangunan pelan induk Klippa juga merangkumi komponen yang terdiri daripada unit kediaman, dengan rancangan untuk kira-kira 4,000 hingga 4,500 unit untuk dibangunkan. Pembangunan keseluruhan dijangka siap dalam tempoh 6 hingga 9 tahun. Nilai Pembangunan Kasar bagi komponen kegunaan bercampur diunjurkan antara kira-kira RM2 hingga RM2.5 bilion.
Pusat Beli-belah Klippa menjemput orang ramai untuk turut sama meraikan pencapaian penting ini dan sangat teruja untuk mengumumkan lebih banyak perkembangan yang menarik tidak lama lagi. Kekal berhubung dengan kami di @klippashoppingcentre di Instagram dan nantikan rancangan pengembangan kami ke negara Asia Tenggara yang lain sepanjang tahun 2024, sambil kami terus memperkukuh portfolio kami yang semakin berkembang.
Mengenai Ikano Centres
Portfolio pusat beli-belah ialah nadi dan hab komuniti kami, sekali gus mewujudkan kehidupan seharian yang lebih berkualiti untuk 100 juta pelawat yang mengunjungi kami pada setiap tahun. Bersama-sama IKEA, kami mencipta tempat pertemuan untuk rakan dan keluarga bagi menikmati pengalaman yang selamat dan menyeronokkan. Kami juga membangunkan tanah dan melabur dalam perumahan, pejabat dan hartanah lain untuk mewujudkan destinasi yang dinamik, yang membolehkan orang ramai tinggal, bekerja dan bermain. Dengan cita-cita yang tinggi untuk mengembangkan portfolio kami pada masa ini mengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah kami di Batu Kawan, Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami merupakan sebahagian daripada Ikano Retail, iaitu satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad yang mengasaskan IKEA. Untuk maklumat lanjut, sila layari LAMAN SESAWANG atau laman LINKEDIN Ikano Centres.