omniture

Meraikan Warisan Penjagaan Kesihatan - Pantai Hospital Kuala Lumpur Sambut 50 Tahun Kecemerlangan dalam Khidmat penyujagaan Kesihatan dan Lancarkan Wawasan Masa Depan di Majlis Makan Malam Gala

Pantai Hospital Kuala Lumpur
2024-02-05 17:02 19

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) meraikan mercu jaya penting hari ini dengan mengadakan Majlis Makan Malam Gala sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 yang memaparkan warisan kecemerlangan hospital dan cita-cita masa depannya dalam sektor penjagaan kesihatan.

[Dari kiri ke kanan] Kwan Choong Yoong, COO of PHKL; Cammie Mok, IHH Board Director; ⁠Dato’ Sri Muthanna bin Abdullah, IHH Board Director; Mr Jean Francois Naa, CEO of IHH Healthcare Malaysia; Erica Lam, CEO of PHKL; Dr Prem Kumar Nair, Group CEO of IHH Healthcare; Dr M. Narayanan, Medical Director cum PIC of PHKL; Ong Ai Lin, IHH Board Director; ⁠Bryan Lim, IHH Board Director
[Dari kiri ke kanan] Kwan Choong Yoong, COO of PHKL; Cammie Mok, IHH Board Director; ⁠Dato’ Sri Muthanna bin Abdullah, IHH Board Director; Mr Jean Francois Naa, CEO of IHH Healthcare Malaysia; Erica Lam, CEO of PHKL; Dr Prem Kumar Nair, Group CEO of IHH Healthcare; Dr M. Narayanan, Medical Director cum PIC of PHKL; Ong Ai Lin, IHH Board Director; ⁠Bryan Lim, IHH Board Director

Selama lima dekad, Pantai Hospital Kuala Lumpur telah berkembang maju daripada sebuah kemudahan swasta kecil menjadi sebuah hospital peringkat tertier (hospital pakar) yang menyediakan 380 katil, 8 bilik pembedahan, dan lebih daripada 120 klinik. PHKL sentiasa berusaha mempelopori inovasi perubatan, dengan mencapai pentauliahan antarabangsa berprestij dan menerajui pelbagai kemajuan perubatan.  Hospital ini mempunyai lebih daripada 200 doktor pakar dalam pelbagai bidang kepakaran dan subkepakaran, mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat komprehensif bagi kes perubatan rumit.

Majlis Makan Malam Gala, yang dihadiri oleh profesional penjagaan kesihatan, dan rakan niaga PHKL serta pemimpin masyarakat, diadakan untuk menyusuri perjalanan dan memperlihatkan wawasan masa depan PHKL.  Satu sorotan penting dalam atur cara majlis ialah pelancaran rancangan penambahbaikan bagi PHKL. Projek bercita-cita tinggi ini, yang bakal dijayakan dalam tempoh 5 tahun, termasuk kerja naik taraf menyeluruh kepada kemudahan, pengukuhan teknologi perubatan dan peluasan ruang perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PHKL, Erica Lam, bekata, "Kami sedang menjalani proses transformasi, untuk mengukuhkan teknologi perubatan kami dan meluaskan ruang bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat."

Pemodelan semula ini bertujuan mengubah (memartabatkan?) PHKL sebagai sebuah hospital pintar yang terkemuka, menggandakan ruang bahagian Kemalangan & Kecemasan, menambah bilangan katil dengan 90% adalah bilik satu katil, menyediakan sejumlah 12 bilik pembedahan, termasuk bilik hibrid, dan meluaskan kemudahan kepada 200 klinik. Penambahbaikan ini mencerminkan dedikasi PHKL untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan luar biasa dan membuat penyesuaian mengikut keperluan perubatan yang kian berubah.

Majlis gilang-gemilang ini juga menekankan komitmen PHKL kepada kelestarian dan perhubungan masyarakat. Satu inisiatif penting yang diumumkan ialah sumbangan 500 anak pokok kepada tapak-tapak penamaan APE Malaysia di sepanjang Sungai Kinabatangan, Sabah. Kerjasama selama tiga bulan mulai 1 Februari 2024 ini mencerminkan dedikasi PHKL terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kesannya kepada penduduk tempatan.

Erica Lam, dalam ucapannya, mengimbas kembali pencapaian PHKL dengan penuh bangga dan membayangkan hala tuju masa depannya. "Sepanjang tempoh 50 tahun yang sungguh luar biasa, PHKL telah menjadi nadi kecemerlangan, sentiasa mempelopori inovasi dan berusaha mencapai piawaian tertinggi dalam penjagaan kesihatan.  Sambil kami melangkah maju, tumpuan kami adalah untuk terus menyediakan khidmat penjagaan yang bersifat peribadi, lestari dan berkualiti tinggi. Inisiatif kami untuk menggembleng tenaga pasukan dan sumber terkhusus untuk menjalankan kajian klinikal sesungguhnya membanggakan, kerana bukan selalu kita dapat melihat hospital swasta melibatkan diri dalam usaha bertumpukan penyelidikan. Ini jelas menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi kami untuk mempelopori bidang sains perubatan dan menawarkan pilihan rawatan baharu kepada para pesakit kami."

"Tambahan lagi, pelaksanaan program Keputusan Berasaskan Nilai (VDO) adalah satu langkah penting untuk mengubah sama sekali kaedah penyampaian penjagaan kesihatan. VDO dirangka untuk menawarkan khidmat penjagaan berkualiti tinggi yang bukan sahaja selamat, sesuai  dan berkesan tetapi juga cekap dari segi kos.  Inisiatif ini memberi tumpuan menjimatkan kos penjagaan kesihatan, sambil menjamin hasil optimum bagi pesakit, memperlihatkan dedikasi kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan luar biasa yang mudah didapati. Inisiatif Penjagaan Antimikrob (AMS), sebuah program terselaras kami yang menggalakkan penggunaan antibiotik dengan sewajarnya, penting untuk meningkatkan keberhasilan kesihatan pesakit dan mencegah penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan ubat-ubatan penting ini.  Secara tergabung, program-program ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi kami untuk memajukan sains perubatan dan menambah baik penjagaan kesihatan."

Sambil PHKL membuka lembaran baharu, hospital ini meneruskan misi untuk menawarkan penjagaan kesihatan terkini yang bertumpukan insan, lantas meneruskan warisan kecemerlangan demi manfaat generasi akan datang. Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 ini bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga membayangkan masa depan di mana PHKL terus menetapkan penanda aras dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur
Sepanjang tempoh lima dekad, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) kekal sebagai nadi Kuala Lumpur, dengan kegigihan dan kesungguhan untuk menyediakan khidmat penjagaan luar biasa dan teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh pesakit dari segenap lapisan hidup.  Perjalanan kami bermula pada 1974 dengan kemudahan 68 katil dan sepasukan 20 pakar perubatan. Kini, kami berdiri megah sebagai ikon penjagaan kesihatan, menguruskan kemudahan 380 katil dan menjadi pangkalan bagi lebih 200 doktor pakar, yang mengkhusus dalam pelbagai disiplin perubatan dan pembedahan.

Di Pantai Hospital Kuala Lumpur, kami memberikan komitmen kukuh untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti sambil menggalakkan penyelidikan dan ujian klinikal. Kami berbangga untuk memperjuangkan kecemerlangan klinikal, kualiti perkhidmatan dan kecekapan operasi. Usaha kami mengejar kecemerlangan telah membolehkan kami mencapai akreditasi daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI). Di samping itu, kami berbangga untuk memiliki pentauliahan sebagai hospital Mesra Bayi dan hospital pilihan utama di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sambil kami meraikan ulang tahun ke-50, Pantai Hospital Kuala Lumpur mengukuhkan peranannya sebagai tunggak bandar raya, menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, rawatan inovatif dan warisan kecemerlangan.

Source: Pantai Hospital Kuala Lumpur
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility