omniture

High Point Aerotechnologies Menubuhkan Anak Syarikat di Singapura dengan Tujuan Menyediakan Keupayaan Kontra-Dron di Seluruh Rantau Asia Tenggara.

High Point Aerotechnologies
2024-02-05 19:00 17

SINGAPURA, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- High Point Aerotechnologies (HPA), penyedia terkemuka penyelesaian kontra-dron, dengan bangganya mengumumkan pembukaan anak syarikat serantau yang baharu, High Point Technologies Pte Ltd (HPT) yang beribu pejabat di Singapura. Langkah strategik ini menempatkan HPA sebagai kuasa dominan dalam pasaran kontra-dron yang sedang pesat berkembang di Asia Tenggara. Penubuhan anak syarikat ini turut membolehkan syarikat menyediakan sokongan yang diperkukuh kepada kerajaan, pihak berkuasa penerbangan awam, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pembekal infrastruktur kritikal di seluruh rantau tersebut.

Lokasi Strategik untuk Pertumbuhan yang Diperluaskan
Singapura adalah pangkalan yang ideal untuk operasi serantau HPA kerana lokasinya di tengah-tengah Asia Tenggara, mempunyai infrastruktur bertaraf dunia dan komitmen kepada inovasi teknologi. Pejabat baharu ini akan berfungsi sebagai pusat untuk aktiviti jualan, pemasaran, sokongan pelanggan dan latihan HPA. Justeru, ia membolehkan syarikat membina hubungan yang lebih kukuh dengan pemegang kepentingan serantau.

Al White, Ketua Eksekutif High Point Aerotechnologies, menyatakan, "Kami sangat gembira kerana dapat membuka pintu kami di Singapura, sebuah negara dinamik dan berfikiran progresif berada di barisan hadapan kemajuan teknologi. Peluasan ini menekankan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian kontra-dron yang menyeluruh kepada kerajaan dan organisasi di seluruh Asia Tenggara, seperti yang kami ada di rantau ini selama lebih 10 tahun. Dengan pasukan pakar berdedikasi kami yang berpangkalan di Singapura, kami yakin dengan keupayaan kami untuk menangani ancaman dron yang semakin berkembang di rantau ini dan memastikan keselamatan dan ketenangan rakan kongsi kami." White menyatakan bahawa Syarikat tersebut merancang untuk menganjurkan majlis perasmian semasa Pertunjukan Udara Singapura akan datang, dan menjangkakan pengumuman tambahan berkaitan dengan kakitangan utama tidak lama lagi.

Sokongan yang Dipertingkatkan untuk Kerajaan Serantau
Kehadiran HPA yang diperluaskan di Singapura akan membolehkan Syarikat tersebut menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh kepada kerajaan serantau. Ini termasuk:

  • Perkongsian kerjasama: Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa penerbangan awam dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membangun dan melaksanakan strategi kontra-dron yang berkesan.
  • Pemindahan teknologi: Menyediakan akses untuk teknologi kontra-dron termaju HPA dan program latihan kepada kerajaan.
  • Kepakaran serantau: Memanfaatkan pemahaman mendalam HPA tentang ancaman dron unik di Asia Tenggara untuk menyesuaikan penyelesaian kepada keperluan khusus.

Walaupun butiran kepimpinan pejabat anak syarikat tersebut masih belum diumumkan, syarikat tersebut mendedahkan rancangannya untuk mengadakan temuduga di tapak untuk pelbagai jawatan semasa Pertunjukan Udara Singapura yang akan datang.

Perihal High Point Aerotechnologies  
High Point Aerotechnologies ialah peneraju global dalam pembangunan penyelesaian menangani sistem berautonomi tanpa kru (CUxS / CUAS) di udara, darat dan domain maritim. Penyelesaian fizikalnya yang inovatif dan persekitaran perisian seni bina terbuka DefenseOS membolehkan operasi pada kelajuan mesin untuk mengesan, mengenal pasti, menjejak dan mengalahkan UAS serta ancaman konvensional dan autonomi yang lain. High Point menawarkan pelbagai penyelesaian bersepadu dan saling kendali untuk menyediakan keupayaan C-UAS yang tetap, mudah alih dan teragih kepada orang awam, tentera dan pelanggan infrastruktur kritikal. High Point mempunyai penggunaan penyelesaian C-UAS yang aktif di lebih 15 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di highpointaerotech.com.

HPA launch party in the USA with subsidiaries in U.K. and now Singapore
HPA launch party in the USA with subsidiaries in U.K. and now Singapore

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2331576/High_Point_Aerotechnologies_Logo.jpg?p=medium600 
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2331577/HPA_launch_party_in_the_USA.jpg?p=medium600

Source: High Point Aerotechnologies
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Homeland Security Corporate Expansion