omniture

McGraw Hill Mengumumkan All Sorts, Kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Baharu Untuk Pelajar Muda

McGraw Hill
2024-02-05 22:05 26

Tersedia sekarang di Mexico, Colombia, Asia dan Timur Tengah, All Sorts ialah tawaran terbaharu peneraju pendidikan global dalam memperluaskan pasaran Pengajaran Bahasa Inggeris

COLUMBUS, Ohio, 5 Februari  2024 /PRNewswire/ -- McGraw Hill hari ini mengumumkan pelancaran kursus Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) baharu yang direka untuk membantu pelajar muda di seluruh dunia mengambil langkah pertama untuk belajar Bahasa Inggeris. Kursus enam-tahap inovatif ini All Sorts, direka untuk mencapai standard tinggi yang sekolah harapkan daripada McGraw Hill, boleh didapati oleh sekolah di Mexico, Colombia, Asia dan Timur Tengah.

"Minat dalam pembelajaran bahasa Inggeris berkembang dengan pesat seiring dengan dunia yang semakin terhubung dan permintaan untuk kemashiran bahasa Inggeris meningkat di tempat kerja," kata Anthony Lorin, Presiden kumpulan antarabangsa McGraw Hills. "Sebagai peneraju global dalam pendidikan dengan pengalaman lebih lebih 135 tahun menyediakan kandungan pendidikan dan penyelesaian kurikulum untuk pelajar dan pendidik, kami rasa kami amat sesuai untuk menyokong pasaran yang semakin berkembang ini."

All Sorts membantu pelajar muda Bahasa Inggeris Amerika memulakan perjalanan pembelajaran sepanjang hayat melalui sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang merangkumi pelbagai topik dan gaya pembelajaran. Dikaji, dirancang dan dibangunkan oleh pakar yang boleh dipercayai dalam kandungan, teknologi dan pedagogi di McGraw Hill, All Sorts menyediakan:

  • Aktiviti menarik yang direka untuk mengenal pasti dan menyokong pelbagai gaya pembelajaran.
  • Pembelajaran bahasa dibangunkan dan disampaikan pada mengikut kesesuaian umur.
  • Silibus kemahiran tatabahasa, perbendaharaan kata dan fungsi yang menyeluruh merentasi semua tahap.
  • Maskot yang menghiburkan, setiap satunya dengan fungsi sokongan pembelajarannya sendiri, untuk menarik minat pelajar muda.
  • Ciri pembelajaran sosial dan emosi sepanjang kursus untuk membantu pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat dan warga dunia yang baik.
  • Ciri pembelajaran mengikut umur disepadukan dalam setiap unit untuk menggalakkan penerokaan pelajar terhadap subjek kurikulum lain melalui medium Bahasa Inggeris.
  • Sokongan menyeluruh untuk guru melalui Panduan Guru bercetak dan boleh dimuat turun.
  • Pelbagai permainan, teka teki dan projek yang menyampaikan bahasa dengan cara yang positif, boleh dikaitkan dan mudah diingati.

Untuk maklumat lanjut tentang All Sorts dan ketersediaannya di negara anda, lawati:

McGraw Hill

McGraw Hill ialah syarikat pendidikan global terkemuka yang bekerjasama dengan jutaan pendidik, pelajar dan golongan profesional di seluruh dunia. Mengiktiraf keperluan mereka yang pelbagai, kami membina kandungan yang boleh dipercayai, alat fleksibel dan platform digital yang mantap untuk membantu mereka mencapai kejayaan dengan cara mereka sendiri. Melalui komitmen kami kepada ekuiti, kebolehan akses dan penyertaan, kami memupuk budaya kekitaan yang menghormati dan mencerminkan kepelbagaian komuniti, pelajar dan pendidik yang menerima perkhidmatan kami. McGraw Hill mempunyai lebih 40 pejabat merentasi Amerika Utara, Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Selatan, dan menyediakan penyelesaian pembelajaran untuk PreK-12, pendidikan tinggi, golongan profesional dan lain-lain dalam lebih 80 bahasa. Lawati kami di mheducation.com atau temui kami di FacebookInstagramLinkedIn atau Twitter.

Butiran Hubungan:
Tyler Reed
McGraw Hill
(914) 512-4853
tyler.reed@mheducation.co 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1305952/McGraw_Hill_Logo.jpg?p=medium600 

Source: McGraw Hill
Keywords: Computer/Electronics Education Retail New products/services