DUBLIN, 17 September 2014 /PRNewswire/ --
Syarikat angin dan suria peringkat global Mainstream Renewable Power hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bersama pembangun ladang angin dari Switzerland NEK Umwelttechnik bagi membeli Ladang Angin Ayitepa 225 megawatt (MW), terletak 40 kilometer dari Accra di pantai timur Ghana. Projek tersebut, yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak USD525 juta, dijangka mencapai penutupan kewangan tahun hadapan dan akan mula menjana kuasa pada awal tahun 2016.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )
Syarikat tersebut akan membangunkan bersama ladang angin itu sehingga penutupan kewangan. Mainstream akan mengurus pembinaan serta pengendalian dan juga penyelenggaraan ladang angin tersebut sepanjang kitar hayatnya. Projek itu kini berada pada peringkat akhir pembangunan dengan kesemua permit utama telah diperoleh. Perjanjian grid dan hantaran sedang dimuktamadkan.
Apabila dikendalikan sepenuhnya ladang angin tersebut akan menjana kira-kira 10 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga elektrik keseluruhan Ghana yang kini berjumlah 2,000MW.
Ketika mengulas tentang inisiatif ini, En. Wisdom Ahiataku-Togobo, Pengarah Tenaga Boleh Diperbaharui di Kementerian Tenaga dan Petroleum, Ghana berkata: "Saya berharap perjanjian antara NEK dan Mainstream ini akan mempercepat proses ke arah merealisasikan ladang angin di Ghana dan mereka boleh meyakini sokongan penuh daripada Kementerian Tenaga & Petroleum. Projek ini adalah konsisten dengan dasar kerajaan bagi meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran penjanaan elektrik. Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 (Akta) menyediakan insentif undang-undang dan fiskal yang diperlukan termasuklah tarif galakan (jaminan secukupnya) bagi memastikan pulangan pelaburan oleh Pengeluar Kuasa Bebas. Kerajaan mempunyai data tenaga angin selama lebih dua tahun yang boleh diterima bank sepanjang koridor tenggara negara dengan prospek tenaga angin yang amat menggalakkan."
Ketika mengulas tentang perjanjian tersebut, Ketua Eksekutif Mainstream, Eddie O'Connor berkata: "Ladang angin ini merupakan penyelesaian ideal untuk Ghana kerana kuasa angin dan suria adalah satu-satunya teknologi terbukti di dunia yang dapat mencapai dua objektif, yakni kelajuan pengerahan dan skala. Ladang Angin Ayitepa adalah canggih dan mampu menjana tenaga elektrik dalam tempoh kurang 18 bulan dari sekarang. Tiada teknologi penjanaan lain yang dapat menandinginya daripada segi kepantasan pengerahan."
Beliau turut berkata: "Mainstream telah pun membangunkan dan membina ladang angin beroperasi yang terbesar di benua itu di Jeffreys Bay, Afrika Selatan. Di situ, kami mempunyai tiga ladang angin dan suria yang beroperasi serta tambahan tiga ladang angin yang akan dibina tahun ini."
Ketika menandatangani perjanjian tersebut, Dr. Christoph Kapp, Ketua Eksekutif NEK mengulas: "Berikutan kehadirannya selama lebih lima belas tahun di Ghana, NEK dengan sukacitanya mengumumkan Mainstream Renewable Power merupakan rakan kongsi yang amat berpengalaman dan profesional untuk kami bersama-sama melaksanakan projek angin berskala besar pertama di Afrika Barat. Projek ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada penghasilan tenaga elektrik yang mampan, bersih dan juga bebas, malahan akan turut disertai dengan pelbagai manfaat sosial serta penambahbaikan untuk populasi tempatan seperti pekerjaan, pendidikan yang lebih baik, bekalan air dan juga elektrik untuk kampung serta bandar berdekatan."
Emmet Curley - +27-(0)21-657-4071 - emmet.curley@mainstreamrp.com
Sumber: Mainstream Renewable Power