omniture

Windpower Monthly Namakan SI-230100 SANY Renewable Energy antara 10 Turbin Angin Pesisir Terunggul 2023

SANY Group
2024-02-06 09:07 87

SHANGHAI, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Windpower Monthly, media yang terkemuka di peringkat global dalam industri kuasa angin, menamakan turbin angin SI-230100 SANY Renewable Energy sebagai salah satu daripada 10 Turbin Angin Pesisir Terunggul bagi tahun 2023 dan menganugerahkannya hadiah emas dalam kategori salah satu turbin angin pesisir 5.6MW-Plus.

SANY's 131-meter SY1310A onshore wind turbine blade
SANY's 131-meter SY1310A onshore wind turbine blade

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut SANY Renewable Energy diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia dan ia merupakan bukti kepada kualiti dan prestasi model ini yang cemerlang, kelebihan kompetitif dalam pasaran serta kedudukan utama syarikat ini dalam inovasi teknologi.

Turbin angin SI-230100 mencapai pelbagai kejayaan dari segi prestasi dan keandalan penjanaan kuasa. Dengan roda angin berdiameter 230 meter dan ruang sapu yang bersamaan dengan enam padang bola sepak standard, unit ini memiliki keupayaan penangkapan angin dan penjanaan kuasa yang unggul. Ia turut mengguna pakai teknologi pelekap transformer dwi-kotak bagi mengoptimumkan kawalan beban dengan berkesan.

Di samping itu, reka bentuk yang ringan mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan kecekapan penghantaran dengan ketara. Dalam November 2023, SI-230100 berjaya memenangi bidaan untuk projek kuasa angin Fengshuishan di Ning'an, Heilongjiang oleh Huadian Energy Company yang merupakan kuasa angin pesisir pertama di China yang melaksanakan turbin angin dengan kapasiti 10MW secara berkelompok.

Dalam pada itu, bilah turbin angin pesisir SY1310A 131-meter berjaya dikeluarkan daripada barisan pemasangan SANY Renewable Energy pada 21 Januari di taman industri pintar karbon sifarnya di Bayannur, Mongolia Dalam, mencatatkan rekod dunia baharu untuk bilah turbin angin pesisir yang terpanjang.

Panjang bilah yang bertambah mempunyai keperluan yang lebih tinggi terhadap kekukuhan serta kekuatan dan bilah ini mengaplikasikan pelbagai inovasi teknologi termaju termasuk aerofil berprestasi tinggi dengan tepi belakang tumpul yang tebal, susun atur aerofil dioptimumkan dan peningkatan ketebalan keseluruhan, digandingkan dengan beberapa proses pembuatan baharu seperti pragegebar potongan lengan gentian kaca autonomi dan teknologi infusi dalam talian jarak jauh untuk bilah komposit bersaiz besar bagi mencapai pembuatan pintar dan meningkatkan kejituan.

Walaupun kekukuhan serta kestabilan untuk bilah lebih panjang meningkat dengan ketara, beratnya juga lebih ringan berbanding produk-produk lain dalam kelas yang sama. SANY Renewable Energy menyesuaikan penyelesaian antipetir bagi menjamin keandalan dalam keadaan cuaca melampau. Bilah SY1310A akan diaplikasikan kepada unit turbin angin 15MW yang telahpun dilancarkan semasa pameran China Wind Power 2023 di Beijing dan merupakan turbin angin terbesar di dunia ketika itu. Unit ini mengguna pakai sistem pacuan bersepadu bahagian depan dengan kotak gear disambungkan terus ke tempat duduk aci untuk mempermudah struktur dan mengurangkan titik kegagalan serta reka bentuk bearing utama TRB berganda dan struktur sokongan empat-titik untuk meningkatkan keandalan. Bilah dan penjana kedua-duanya direka bentuk oleh SANY Renewable Energy sendiri bagi mencapai reka bentuk yang amat bersinergi demi prestasi optimum.

"Sebagai peneraju industri, SANY Renewable Energy akan terus mencapai lebih banyak kejayaan dalam inovasi teknologi, mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan kami dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menerajui masa depan hijau dengan pembuatan pintar," kata Zhou Fugui, Pengerusi SANY Renewable Energy.

Mematuhi strategi pembangunan yang memfokuskan kepada "penaikan, pengembangan, jangkauan, keringanan dan kecerdasan," SANY Renewable Energy meningkatkan kehebatannya yang inovatif secara konsisten unuk menyediakan produk dan penyelesaian berkualiti tertinggi. Komitmen mereka menyokong kemajuan ladang angin, menjamin tenaga yang berkesan kos, melindungi pelaburan pelanggan dan menyumbang kepada pembangunan sektor kuasa angin China yang berkualiti tinggi. Usaha ini sejajar dengan usaha negara ini untuk mencapai matlamat "Dwi Karbon".

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards General Manufacturing