omniture

Huawei Cloud Lancar Pelayan khusus-Palworld dengan Persediaan Satu-minit

HUAWEI CLOUD
2024-02-06 09:59 33

SHENZHEN, China, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Palworld, permainan penciptaan ikhtiar hidup dunia terbuka berbilang pemain, telahpun tular sejak ia dilancarkan melalui Steam pada 19 Januari. Dalam tempoh lapan jam pelancarannya, Palworld telah terjual sebanyak lebih satu juta salinan dan menjelang 1 Februari, angka ini meningkat kepada 12 juta, memperlihatkan popularitinya yang besar di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, lonjakan pemain secara serentak ini telah mencetuskan cabaran yang signifikan kepada pelayan rasmi, mengakibatkan pembekuan bingkai sekali-sekala dan terputus sambungan yang memberi kesan ke atas pengalaman pemain. Bagi menyelesaikan isu-isu ini, pilihan untuk bermain dengan pemain-pemain lain pada pelayan khusus telahpun ditambah pada halaman log masuk, bagi membolehkan pemain menyediakan pelayan mereka sendiri dan mengundang rakan-rakan untuk menyertai mereka dalam talian.

Namun begitu, menyediakan pelayan khusus boleh menjadi sesuatu yang menakutkan untuk ramai pemain. Di sinilah Huawei Cloud benar-benar memainkan peranannya menerusi Elastic Cloud Server (ECS) (Ketahui lebih lanjut). Model-model seperti S6 dan S7n menyediakan konfigurasi atas permintaan dan prestasi luar biasa, memastikan kependaman rendah dan lebar jalur tinggi bagi meminimumkan pembekuan bingkai untuk lebih 100 pemain dalam talian serentak.

Huawei Cloud Launches Palworld-dedicated Servers with One-minute Setup
Huawei Cloud Launches Palworld-dedicated Servers with One-minute Setup

Ketahui lebih lanjut: https://activity.huaweicloud.com/intl/en-us/beginner-discount.html

Kini, pemain boleh menikmati Palworld pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan storan dan perlindungan data yang kukuh. Pasukan SRE kami menjaga perkhidmatan awan kami, bagi memastikan ia sentiasa tersedia sepanjang masa bagi menyokong pengoperasian permainan. Lebih 10 penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan melindungi Palworld, meliputi keselamatan hos, Anti-DDoS, WAF dan anti-perisian tebusan. Berbilang penyelesaian pemulihan bencana (DR) memastikan sandaran yang fleksibel, selamat untuk data pemain dan permainan yang disimpan.

Huawei Cloud turut menyediakan tutorial amali (Ketahui lebih lanjut) yang membimbing pengguna melalui proses pemasangan pelayan yang kurang daripada seminit.

 
Huawei Cloud Launches Palworld-dedicated Servers with One-minute Setup

Tutorial: Pasang pelayan Palworld anda kurang daripada seminit
https://developer.huaweicloud.com/intl/en-us/forum/topic/0274142246299442007 

Di samping itu, pemain boleh mendapat manfaat daripada diskaun yang besar pada bahagian Diskaun untuk Pendatang Baru pada laman web Huawei Cloud. Harga bagi S6 atau S7n ECS boleh ditetapkan hanya pada $4.99 USD atau $10.99 USD di CN-Hong Kong, Asia Pasifik dan wilayah Türkiye. Pengguna yang tidak meluangkan banyak masa dalam talian boleh memilih bil bayar-setiap-penggunaan, manakala portfolio produk juga boleh disesuaikan mengikut keutamaan setiap pemain.

Dengan kumpulan pemain Palworld melangkaui 19 juta di seluruh dunia, menyenaraikannya sebagai permainan kedua paling banyak dimainkan dalam sejarah pada Steam, permintaan terhadap awan ringan dan pelayan spesifikasi rendah dijangka melonjak, seterusnya membawa peluang baharu untuk vendor awan dalam pasaran awan awam.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Telecommunications Cloud Computing / Internet of Things