omniture

PR Newswire Perkukuh Rangkaian Pengedarannya dengan penambahan 325 Rakan Kongsi Kandungan Baharu di Asia Pasifik

PR Newswire
2024-02-06 10:34 89
  • 325 rakan kongsi kandungan ditambah dalam tahun 2023, menjadikan jumlah keseluruhan mencapai 2.2K+ yang luar biasa banyaknya di APAC
  • 13K wartawan tambahan memilih untuk menerima siaran akhbar daripada penyedia perkhidmatan kawat pada masa sebenar, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 100K orang hubungan aktif di APAC

HONG KONG, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita dan perkhidmatan liputan media diperolehi, kekal di barisan hadapan dalam industri berita PR dengan himpunan rakan kongsi kandungan, wartawan dan pempengaruh yang semakin berkembang di Rantau Asia-Pasifik. Pencapaian yang luar biasa telah dapat dijayakan melalui sokongan daripada lebih 2.2K rakan kongsi kandungan dan 100K wartawan di seluruh rantau ini, seterusnya memupuk pertumbuhan yang tiada tandingan dan akses yang dipertingkat kepada sumber berita.

Pengembangan berterusan portfolio rakan kongsi kandungan PR Newswire pada tahun 2023 menunjukkan komitmen organisasi ini untuk menghubungkan pelanggan dengan khalayak yang lebih luas, seterusnya membolehkan mereka mencetuskan penglibatan dan capaian yang memberi impak melalui saluran pengedaran yang dipercayai.

Sorotan Perkongsian Kandungan PR Newswire di APAC

  • Perkongsian kandungan utama telah dijalin dalam pasaran-pasaran berbeza:
    • Rantau Besar China: PR Newswire menjalin 179 perkongsian, termasuk 124 di tanah besar China, 25 di Hong Kong, 6 di Macau dan 25 di Taiwan. Beberapa kemenangan penting melibatkan China Daily, China Energy, FT Chinese, China.com, China Reports, Macau News Agency, LINE TODAY, ESGN, Blockchain News, Economic Daily News (Taiwan), The News Lens, DigiTimes dan Quament.

    • Jepun: Tahun 2023 menyaksikan perkongsian kandungan dua kali ganda lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. Rentetan kejayaan ini diteruskan apabila PR Newswire menyambung semula kerjasama dengan Kyodo, agensi berita yang terbesar di Jepun. Puzzlepiece Inc., Iwate Nippo dan Pacific Bridge Media & Consulting, Inc. merupakan beberapa rakan kongsi kami yang baru ditambah pada tahun ini.

    • Korea Selatan: Ia juga merupakan tahun pertumbuhan yang bermakna untuk rantau ini kerana ia menyaksikan tambahan 31 outlet media berpengaruh ditambah pada tahun 2023, seperti ZUM, Newstong dan Blockchain Today.

    • Australia dan New Zealand: Kolaborasi berharga antara PR Newswire dengan Australian Associated Press (AAP) terus berkembang, seterusnya meningkatkan lagi liputan media tempatan ANZ.

    • Asia Tenggara: Sejumlah 94 laman web ditambah dalam pasaran Asia Tenggara, termasuk The Manila Times, The Malaysian Reserve, Vulcan Post dan Vietnam Plus, yang berada di bawah agensi berita nasional VNA. Antara di Indonesia, sebuah agensi berita nasional merupakan antara sebahagian daripada rakan kongsi kandungan penting yang baru ditambah pada tahun 2023. Kesemuanya mencerminkan komitmen syarikat ini untuk menyampaikan liputan yang memberi impak dan meluas merentas wilayah-wilayah yang penting ini.

Di samping itu, PR Newswire melakar pencapaian penting pada tahun 2023 dengan menambah 13K wartawan ke pangkalan datanya di rantau Asia Pasifik, menjadikan jumlah keseluruhan wartawan dalam rangkaiannya mencapai angka 100K yang mengagumkan, menonjolkan pertumbuhan berterusan dan jangkauan yang semakin meluas oleh platform ini di seluruh rantau ini.

Gambaran Keseluruhan Rangkaian PR Newswire di Asia Pasifik
Gambaran Keseluruhan Rangkaian PR Newswire di Asia Pasifik

Peningkatan Rangkaian Global
PR Newswire bekerjasama dengan dua agensi berita nasional yang terbesar di India, PTI dan ANI, bagi meningkatkan kitaran India Premium kami. Penambahan ini bukan sahaja akan menjamin pengedaran kepada rangkaian kedua-dua agensi ini, bahkan kepada 10-20 portal berita tambahan di India.

Dua rakan kongsi penting telahpun menandatangani perjanjian di peringkat global, termasuk Associated Press (AP), yang telah mula menyalurkan kandungan PR Newswire kepada 1.2K outlet media antarabangsanya di seluruh Amerika Utara, LATAM, EMEIA dan APAC. PR Newswire turut menambah laman web Yahoo yang baharu kepada rangkaiannya dan mendapat akses lanjutan ke beberapa laman web antarabangsa Yahoo di negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza, termasuk Brazil, Perancis, Jerman, Hong Kong, Amerika Latin, Singapura dan Taiwan.

Menghubungkan Perniagaan dengan Media
Pada tahun 2023, PR Newswire mengadakan beberapa acara di tanah besar China, Bandar Raya Ho Chi Minh, Hong Kong, Taipei, Singapura, Sydney dan Jakarta bagi menghubungkan golongan profesional PR dan Media.

Acara jelajah media bertujuan untuk memberi gambaran di sebalik tabir kepada golongan profesional PR berhubung proses yang dijalani oleh penyunting & wartawan dengan melawat pejabat serta studio mereka. Acara perhimpunan media telahpun diadakan di beberapa buah bandar yang bertujuan untuk menghubungkan industri media dan berkongsi penemuan terkini.

Klien dan kakitangan PR Newswire ketika lawatan media.
Klien dan kakitangan PR Newswire ketika lawatan media.

Acara perjumpaan media yang di anjurkan oleh PR Newswire.
Acara perjumpaan media yang di anjurkan oleh PR Newswire.

Pandangan dan Komitmen bagi tahun 2024
"Penambahan rakan kongsi kandungan pada tahun 2023 merupakan bukti merendah hati terhadap usaha berterusan PR Newswire dalam mengejar kecemerlangan untuk produk dan perkhidmatan kami, sekali gus mengekalkan pertumbuhan rangkaian kandungan dan wartawan kami," kata Lynn Liu, Naib Presiden Perkhidmatan Pembangunan Khalayak dan Pengedaran di PR Newswire. Beliau menambah, "Tatkala kami memandang menuju tahun 2024, kami komited sepenuhnya untuk meningkatkan keupayaan rangkaian kami secara berterusan di rantau Asia Pasifik."

Terdapat juga rancangan yang menarik bagi tahun 2024 menerusi pengenalan kepada produk baharu, termasuk APAC Premium English Circuit yang amat dinanti-nantikan. Kitaran ini akan mencakupi rangkaian luas dengan 230 titik media, meliputi pasaran-pasaran utama seperti China, India, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

Memperoleh rangkaian rakan kongsi kandungan yang luas membolehkan pelanggan PR Newswire memupuk lebih banyak hubungan jangka panjang dan peluang rangkaian pada masa akan datang. Perkongsian yang lebih menguntungkan antara satu sama lain dapat membuka jalan kepada lebih banyak kolaborasi, yang sememangnya akan memacu pertumbuhan dan penukaran untuk golongan profesional komunikasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian PR Newswire, kunjungi www.prnewswire.com/apac

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire ialah rakan kongsi pengedaran siaran akhbar yang terkemuka dalam industri ini dengan capaian global tiada tandingan melibatkan lebih daripada 440,000 bilik berita, laman web, suapan langsung, wartawan serta pempengaruh dan tersedia di lebih daripada 170 negara dan 40 bahasa. Bermula daripada tawaran Perkhidmatan Kandungan kami yang memenangi anugerah, bilik berita media bersepadu dan produk laman mikro, rangkaian perkhidmatan Hubungan Pelabur, penempatan berbayar dan alatan perkongsian sosial, PR Newswire memiliki katalog penyelesaian yang komprehensif untuk mengatasi cabaran zaman moden yang dihadapi oleh pasukan PR dan komunikasi. Selama 70 tahun, PR Newswire menjadi destinasi pilihan untuk jenama-jenama berkongsi kisah berita yang paling penting di seluruh dunia.

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services