omniture

CGTN: Apabila cerita bertemu puisi: Simfoni 'Poetry Sans Frontiers'

CGTN
2024-02-06 14:14 21

BEIJING, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Dalam dakapan satu lagi musim bunga, tatkala Tahun Naga semakin menghampiri, siri dokumentari CGTN "Poetry Sans Frontiers" kembali dengan musim ketiganya, mempersembahkan simfoni visual prosa yang puitis.

Official poster of CGTN's documentary series "Poetry Sans Frontiers" season three. /CGTN
Official poster of CGTN's documentary series "Poetry Sans Frontiers" season three. /CGTN

Siri dokumentari ini merangkumkan konsep kreatif dan gaya "apabila cerita bertemu sajak" secara berterusan. Program ini menghimpunkan sembilan orang tetamu dari pelbagai negara, termasuk Duta Turkiye ke China İsmail Hakkı Musa, Duta Iran ke China Mohsen Bakhtiar, Duta Colombia yang dilantik ke China Sergio Cabrera, penyanyi Senegal Big Makhou Djolof, penyajak Argentina Guillermo Bravo, pelakon teater Syria Abeer Bitar, penyajak Cina Zhai Yongming, pemain piano buta Cina Mou Xingshui dan penyajak Rusia Chudnova Irina, setiap seorang memiliki latar belakang budaya dan trajektori hidup yang tersendiri. Dengarkan mereka melakar kisah yang jelas mengenai kehidupan mereka. Siri ini menggabungjalinkan intipati sajak secara sistematik, sesuai dengan setiap watak protagonis dan perjalanan hidup yang tersendiri.

Episod sulung dalam siri dokumentari ini, "Home" menjemput penonton untuk melihat kenangan berkisarkan kepada konsep tempat tinggal, meneroka definisinya dari perspektif yang berbeza. Kediaman boleh menjadi sebuah buku istimewa atau lukisan unik yang dibawa dari tanah air oleh seorang penyajak Argentina. Ia mungkin juga tangisan hiba seorang belia Senegal, yang jauh dari tempat asal-usulnya, merenung tentang punca berlakunya imigrasi tanpa izin dan kemiskinan serta berusaha untuk membina semula kehidupan di atas tanah asalnya kerana cinta kepada kediamannya. Kediaman bukan sekadar tempat tinggal untuk tubuh badan semata-mata, tetapi tempat berteduh untuk jiwa.

Episod kedua, "Life," memfokuskan kepada kasih sayang dan kepercayaan dalam kehidupan, memerhatikan bagaimana individu berusaha gigih dalam mencapai kejayaan dan lonjakan dalam jalan kehidupan yang berliku-liku. Anda akan mengikuti naratif oleh seorang pelakon teater di kawasan runtuhan Syria yang dimusnahkan oleh peperangan, yang berusaha untuk terus hidup. Biarpun beraksi di atas pentas yang hampir musnah, mata beliau sentiasa penuh dengan sinar harapan.

Penonton juga akan menyaksikan perjalanan seorang penyajak wanita, yang terpikat dengan sajak dari saat beliau belajar membaca, menghabiskan masa selama 40 tahun dengan sentiasa meluaskan batas lingkungan alam puisi beliau. Dengan kata-kata yang tenang lagi tajam, beliau berkongsi tentang sastera dan seni avant-garde, merenung masa depan, memikirkan kematian dan mengamati kelangsungan hidup.

Episod ketiga, "Dreams," membimbing penonton menelusuri warna-warni kehidupan yang unik, menyaksikan bagaimana seorang penyajak Rusia menemui intipati impian yang puitis dalam 24 istilah solar tradisional Cina melalui aliran masa serta impian yang digambarkan dengan keindahan bait oleh penyajak itu. Episod ketiga turut membawa anda untuk mengalami perjalanan seorang pemain piano buta dari Xiamen, yang menemui impian hidup yang cerah, melalui muzik. 

Melalui deklamasi oleh duta Iran, saksikan resonans antara bait-bait sajak oleh penyajak Dinasti Tang Cina (618-907) Du Fu dan penyajak Iran abad ke-13 yang terkenal Saadi Shirazi, apabila sajak dan iramanya menganyam benang yang berwarna-warni, menghubungkan impian yang tidak terhitung banyaknya dalam sungai purba tamadun manusia.

Disiarkan mulai 5 hingga 7 Februari, "Poetry Sans Frontiers" menjemput anda untuk mengembara dalam alam puisi. Tiga episod akan diedarkan secara global pada kesemua platform CGTN, platform media baharu China Media Group dan platform antarabangsa.

Sertai kami untuk mendengar kisah yang digabungjalinkan dengan puisi, cerita yang merangkul dan berdansa bersama sajak. Biarkan sajak yang sungguh menyayat hati dan ekspresif sifatnya, menemani kita memasuki satu lagi musim bunga yang mekar.

https://news.cgtn.com/news/2024-02-05/When-tales-embrace-verses-A-Poetry-Sans-Frontiers-Symphony-1qWHGcgSL1S/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services