omniture

Venture Global dan Grain LNG menandatangani perjanjian baharu untuk mengukuhkan lagi keterjaminan pembekalan gas asli ke United Kingdom

Venture Global LNG
2024-02-06 16:02 27

ARLINGTON, Va., 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Grain LNG dan Venture Global telah mengumumkan pelaksanaan perjanjian penggunaan terminal (TUA) jangka panjang yang mengikat dan mendayakan regasifikasi dan jualan LNG daripada semua terminal Venture Global di Louisiana, termasuk CP2 LNG, tertakluk kepada perolehan permit persekutuan yang diperlukan. Di bawah perjanjian ini, Venture Global akan berkeupayaan untuk mengakses 3 juta tan setahun (3MTPA) kapasiti storan dan regasifikasi di terminal penerimaan LNG Isle of Grain selama enam belas tahun mulai 2029-setara dengan purata permintaan gas UK sebanyak sehingga 5%.

Grain LNG
Grain LNG

Ini ialah perjanjian kedua daripada proses lelongan kompetitif Grain LNG yang dilancarkan pada bulan September 2023. Keputusan lelongan yang berjaya ini seterusnya menjamin masa hadapan terminat import LNG yang terbesar di Eropah sehingga pertengahan 2040an.

Grain LNG yang sedang diperbesarkan, akan mempunyai kapasiti regasifikasi yang mencukupi dalam masa terdekat untuk memenuhi kira-kira satu pertiga daripada permintaan gas UK, berperanan sebagai pintu masuk ke pasaran tenaga UK serta rantau Eropah yang lebih luas. UK telah baru-baru ini menyaksikan peningkatan besar dalam import LNG apabila Eropah mempelbagaikan sumber LNG mereka.

Dengan isi padu merentasi projeknya - Calcasieu Pass, Plaquemines LNG dan CP2 LNG - pelaburan ini akan meningkatkan status Venture Global sebagai pembekal strategik ke Eropah. Fleksibiliti ini dan akses kepada isi padu Venture Global akan menjadi kritikal kepada usaha UK dan Eropah untuk menggantikan isi padu LNG daripada pembekal lain. Setakat ini, Venture Global telah mengeksport kira-kira 75% daripada kargonya ke Eropah. 

Mike Sabel, CEO Venture Global berkata: "Venture Global gembira untuk mengumumkan pelaburan pertama kami dalam infrastruktur LNG di luar Amerika Syarikat, meningkatkan keupayaan kami untuk membekalkan LNG daripada semua projek kami. Terminal Grain LNG ialah pintu masuk penting ke pasaran Eropah yang lebih luas, dan kami teruja untuk menjadi pembekal bagi rantau ini melalui titik akses baharu ini bagi tahun-tahun akan datang." 

Katie Jackson, Presiden National Grid Ventures berkata: "Saya gembira kerana kami dapat mengumumkan hari ini keputusan kedua daripada lelongan September kami, yang memulakan kerjasama jangka panjang dengan Venture Global. Import LNG memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan seluruh UK mendapat gas yang diperlukannya, pada masa ia memerlukannya, memberikan bekalan gas yang fleksibel dan andal untuk memanaskan rumah orang.

UK telah baru-baru ini menyaksikan peningkatan besar dalam import LNG apabila Eropah mencari sumber tenaga alternatif. Penambahan pelanggan AS pertama kami mempelbagaikan lagi pangkalan pembekal kami, mengukuhkan keterjaminan tenaga pelanggan UK dan menjamin masa hadapan tapak kelas dunia kami hingga 2045."

Untuk maklumat lanjut tentang Grain LNG, pergi ke: www.grainlng.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2334035/Two_Ships_at_Night_png.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2031724/4529766/venture_Logo.jpg?p=medium600

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts