SYDNEY, 17 September 2014 /PRNewswire/ --
Kolaborasi SAINT antara Pierre Toussaint dan AM Eyewear berlaku atas keinginan bersama terhadap optik yang lebih unggul. Sebagai jurugambar fesyen terkemuka, Pierre memahami keperluan terhadap kanta yang jitu, maka beliau memilih untuk menangkap gambar menggunakan kanta fotografi ZEISS.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705753-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705753-b )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705753-c )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705753-d )
Setelah mengasah bakat mereka dalam industri optik lebih 10 tahun lalu, AM Eyewear tetap berusaha untuk menghasilkan bingkai berkualiti tinggi, yang membawa mereka untuk bekerjasama dengan jenama Carl Zeiss Vision Sunlens, bagi menggunakan kanta ZEISS buatan Itali yang unggul pada cermin mata hitam mereka.
Sebaik sahaja tercetusnya idea Pierre Toussaint untuk mencipta pelbagai jenis cermin mata hitam untuk menjana wang bagi penyelidikan mata, beliau yang pernah bekerja dengan jenama itu sebelum ini dengan pantas memikirkan AM Eyewear sebagai rakan kongsi paling sesuai untuk membantu usaha reka bentuk dan penghasilan koleksi tersebut.
Menerusi sokongan daripada Carl Zeiss Vision Sunlens, kolaborasi SAINT / AM EYEWEAR telah diwujudkan.
Tiga bentuk edisi terhad, tersendiri serta feminin yang dinamakan bersempena dengan lokasi indah St Barts, St Tropez dan juga St Lucia telah berjaya dicipta dan setiap satu daripadanya boleh didapati dalam pelbagai warna. Koleksi aspirasi ini mencerminkan estetika premium dan kualiti yang amat penting untuk amalan Pierre & AM Eyewear.
Dengan sokongan ramai selebriti dan model berprofil tinggi, sumbangan yang dermawan kesemua kanta bagi kolaborasi ini daripada Carl Zeiss Vision Sunlens, dan juga tambahan 10 peratus daripada kesemua jualan yang akan disumbangkan kepada Optometry Giving Sight, kolaborasi SAINT / AM EYEWEAR berharap dapat menyediakan sokongan yang amat diperlukan untuk jutaan individu di serata dunia yang buta atau mempunyai masalah penglihatan – hanya kerana mereka tidak berjaya mendapatkan pemeriksaan mata dan juga kaca mata pembetulan penglihatan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Optometry Giving Sight dan usaha hebat yang mereka lakukan dalam memobilisasikan sokongan bagi membiayai program penjagaan mata dan penglihatan yang mampan untuk masyarakat yang kurang berkemampuan di serata dunia, selain jenama lain yang turut sama dalam kolaborasi ini, lihat di bawah:
AM Eyewear http://www.ameyewear.com
Pierre Toussaint http://www.pierretoussaint.com
Optometry Giving Sight http://www.givingsight.org
ZEISS http://www.zeiss.com/sunlens
Sumber: AM Eyewear