omniture

Artmarket.com: Artprice mengulas mengenai pelancaran dana pelaburan FrenchArtFund, dikawal selia oleh AMF

Artmarket.com
2024-02-07 00:57 15

PARIS, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Artprice oleh Artmarket telah membaca artikel oleh Martine Robert dan Anne-Sophie Vion yang diterbitkan pada 25 Januari 2024 dalam akhbar kewangan Perancis, LES ECHOS bertajuk "Eksklusif: FrenchArtFund, dana pelaburan seni pertama yang dikawal selia oleh AMF", apabila Artprice disebut sebagai nilai khusus yang dicari oleh Dana Seni Profesional Khusus campuran:
https://www.lesechos.fr/industrie-services/services-conseils/exclusif-frenchartfund-le-premier-fonds-dinvestissement-dans-lart-agree-par-lamf-2071367

Artprice100© vs. S&P 500 vs. STOXX Europe 50 – Base 100in January 2000
Artprice100© vs. S&P 500 vs. STOXX Europe 50 – Base 100in January 2000

 

Artikel itu membangkit banyak persoalan yang mendorong kami menghubungi pengasas Inocap Gestion dan dana pelaburan FrenchArtFund, Olivier Bourdelas, untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul dana ini serta terma dan objektifnya. Dana tersebut dilancarkan pada hari ini (1 Februari 2024).

Selepas perbincangan yang panjang, kami bersetuju bahawa visi kami berkenaan pasaran seni mempunyai persamaan yang besar dan jelas bahawa motif Olivier Bourdelas untuk pelancaran FrenchArtFund adalah amat sejajar dengan penghargaan kami sendiri terhadap perkara yang diperlukan oleh pasaran seni Perancis.

Artikel LES ECHOS menghuraikan mengenai Olivier Bourdelas seperti berikut: "Seorang pengumpul seni selama dua puluh tahun, tetapi juga pengasas Inocap Gestion pada tahun 2007, syarikat yang telah menyokong institusi kebudayaan Perancis dan terlibat dalam program pemerolehan hasil karya oleh pengkarya muda.[…], Olivier Bourdelas – juga berfungsi sebagai pentadbir Rumah Fotografi Eropah (European House of Photography) dan Yayasan Neuflize OBC untuk Seni Visual, telah membina hubungan antara profesion dan minat beliau."

Pasaran seni dan pasaran kewangan

Dalam perbincangan kami, Olivier Bourdelas mengesahkan pandangan beliau bahawa pasaran seni mempunyai banyak persamaan dengan pasaran kewangan, lalu mengatakan bahawa terdapat "banyak simetri antara kedua-dua dunia." Pemerhatian ini betul-betul menggambarkan hasil Artprice oleh penyelidikan sejarah Artmarket dan kebanyakan karya serta penerbitan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Alatan ekonometrik dan indeks Artprice adalah penting untuk membina dana pelaburan di Pasaran Seni.

Setelah mengesahkan pemerhatian bersama kami, maka kami tidak begitu terkejut apabila mendapati unjuran kami untuk masa depan juga amat serupa.

Melabur dalam Seni

Olivier Bourdelas: "Dalam dunia yang tidak dapat diduga ini apabila nilai sebenar sukar ditemui, penyimpan semakin mencari sesuatu yang cukup bermakna untuk dilaburkan. Pelaburan jangka panjang dalam seni menghasilkan dan menyokong nilai budaya dan pendidikan yang berbeza berbanding pelaburan tradisional. Oleh itu, pelaburan dalam seni bukan sekadar pelaburan dalam aset 'ketara', malah ini juga merupakan pelaburan yang menyeronokkan dan 'boleh ditunjukkan' pada masa depan kolektif kita."

Artprice: "Pada hari ini, seni secara meluas dianggap sebagai pelaburan alternatif yang bukan sahaja menawarkan pulangan tinggi tetapi juga mempunyai hubung kait yang rendah kepada aset kewangan biasa. Melabur dalam hasil karya pengkarya terbaik (sebagai contoh, seperti Pablo Picasso, Claude Monet, atau Georgia O'Keeffe) boleh memperkaya secara peribadi dan kewangan, selagi kita memberikan perhatian kepada kekhususan pasaran seni dan terutamanya, masa yang diperlukan untuk menjual karya seni yang unik."

Olivier Bourdelas: "Minat cinta kami dengan seni Kontemporari bermula sepuluh tahun yang lalu. Sejak tahun 2013, kami telah menyokong pengkaryaan kreatif Perancis dengan mendapatkan satu karya pada setiap suku tahun. Serta kami menyokong beberapa institusi seperti The Maison Européenne de la Photographie di Paris dan projek Franciscaines di Dauville.
Pada peringkat peribadi, saya telah mengumpul hasil karya pengkarya dari semua asal usul selama 20 tahun. Tetapi saya juga menyumbang wang kepada Centre Georges Pompidou dan saya ialah ahli lembaga pengarah untuk pelbagai badan kebudayaan seperti Maison Européenne de la Photographie dan Yayasan Korporat Neuflize OBC, malahan isteri saya pula seorang jurugambar.
Untuk penciptaan FrenchArtFund, kami menubuhkan pasukan lima individu yang berkelayakan tinggi, termasuk dua pengurus, seorang pengarah operasi dan seorang pengurus pemasaran dan komunikasi, bersama diri saya sebagai sokongan. Kami telah merekrut pasukan yang cukup terkemuka untuk menyediakan dana bagi setiap peluang untuk berjaya.
Dua pengurus kami masing-masing mempunyai pengalaman hampir dua puluh tahun dalam pasaran seni, mereka telah bekerja dengan rumah lelongan antarabangsa terbesar, serta mempunyai reputasi yang amat baik. Berkongsi nilai bersama dan pengetahuan luar biasa, pasukan ini akan bertanggungjawab dalam jangka masa panjang di samping saya.
Kami akan memberikan tumpuan terutamanya kepada pengkarya daripada 500 Senarai Terbaik Global Artprice (dari segi perolehan lelongan tahunan). Karya ini sebahagian besar ialah lukisan yang dihasilkan oleh pengkarya Pascaperang dan Kontemporari dalam julat harga antara €150 dan €500,000.
Bagi meminimumkan risiko, kami akan menumpukan pembelian kami kepada karya yang dicipta pada abad ke-20 dan ke-21 oleh pengkarya terkenal, yang diwakili oleh galeri antarabangsa yang besar, dengan rekod prestasi yang kukuh dalam pasaran sekunder melalui rumah lelongan antarabangsa.
Bagi memaksimumkan potensi nilai dana, kami juga akan melabur dalam pengkarya baharu muncul yang diwakili oleh galeri yang cukup berpengaruh dan kerap mendapat reputasi melalui berita muzium.
Kami akan mengelak daripada melabur dalam hasil karya pengkarya muda yang masih belum popular di pasaran sekunder dan belum lagi menjadi sebahagian daripada koleksi institusi utama.
Semua pelaburan akan dikendalikan selepas analisis menyeluruh yang melibatkan penelitian terperinci hasil lelongan untuk karya yang setanding oleh pengkarya dan menggunakan matriks penilaian berbilang kriteria proprietari, mengintegrasikan sekitar dua puluh parameter.
Karya itu akan disimpan di lokasi penyimpanan yang amat selamat dan sulit dengan satu daripada pemain utama dalam pasaran seni Perancis.
Sekali atau dua kali setahun, pelanggan dan rakan kongsi kami akan berpeluang menemui sebahagian daripada koleksi ini di tempat yang bersesuaian apabila mereka akan dijemput bersama keluarga dan rakan. Pada majlis ini, penceramah, pengarah muzium, atau kurator pameran, akan berucap untuk menerangkan amalan pengkarya, atau malah mengetuai perbahasan atau persidangan berkenaan gerakan seni misalnya. Ruang kemungkinan sangat luas di bahagian ini, sehinggakan kita akan menjadi rambang mata.
Memandangkan terdapat kekhususan dalam kelas aset ini, kami ingin mewujudkan hubungan istimewa dengan penyumbang dana kami. Sebagai sebahagian daripada objektif kami, diharapkan kami dapat mewujudkan pendekatan pendidikan, serta permulaan dengan sebahagian daripada mereka, memberikan mereka akses kepada maklumat dan acara yang mereka belum pernah hadiri tanpa kami."

Seni sebagai aset selamat

Olivier Bourdelas melihat seni sebagai "aset selamat semasa tempoh krisis dan inflasi". Artprice oleh Artmarket amat menyokong pendekatan ini yang dengan kerap telah dinyatakan dalam komunikasi dan Laporan Pasaran Seni Tahunan, seperti yang diterbitkan pada tahun 2023: "Sepanjang 22 tahun yang lalu, pasaran seni telah menunjukkan kemampuan membuat pembetulan yang menyelamatkan bidang seni daripada berkubur dengan mengelakkan kerentanan dalam menghadapi krisis kewangan, ekonomi, kesihatan awam dan geopolitik."

Pasaran yang amat besar

Olivier Bourdelas: "Bersama 53 juta jutawan dan 2,153 bilionair di dunia (meningkat sebanyak 53% dalam tempoh 5 tahun), tidak pernah ada begitu banyak modal yang dilaburkan dalam pasaran seni. Seni dan terutamanya Seni Kontemporari, membolehkan anda membezakan diri anda sambil mempelbagaikan warisan anda.
"Sejak tahun 2007, hampir 750 muzium telah diwujudkan setiap tahun di seluruh dunia. Dalam tempoh tujuh belas tahun, itu melebihi daripada 10,000."

thierry Ehrmann, Pengasas Artprice dan Presiden Artmarket.com: "Pada tahun 2017, semasa kajian berkonsepkan industri muzium global, kami mendapati lebih banyak muzium diwujudkan di dunia antara 2000 dan 2014 berbanding sepanjang abad ke-20 dan abad ke-21 akan menyaksikan pembukaan 700 muzium seni baharu yang mempunyai ciri antarabangsa pada setiap tahun yang secara semula jadi akan mengesahkan dan menyerap karya seni, yang seterusnya, dengan terus berada dalam koleksi muzium akan mengukuhkan lagi pasaran seni."

Prestasi Pasaran Seni

Olivier Bourdelas, pengasas FrenchArtFund, dana pelaburan pertama dalam Seni yang dikawal selia oleh AMF, amat bergantung pada data daripada Artprice oleh Artmarket dan terutamanya pada prestasi indeks Artprice100© yang dilancarkan lima tahun lalu pada 02/02/2018. Misi Artprice100® ialah memerhati dan mengukur pertambahan nilai pasaran seni, menumpukan kepada segmen dana yang paling stabil. Indeks saintifik baharu ini menyertai semua alatan membuat keputusan lain yang dibangunkan oleh Artprice. Artprice100® membentuk penanda aras baharu dan penting untuk dunia kewangan yang sedang mencari pelaburan baharu dalam pasaran yang cekap.

Penciptaan indeks Artprice100® ialah respons kepada permintaan daripada pelanggan kewangan dan perbankan Artprice, khususnya dalam Perbankan Persendirian, yang mahukan indeks andal dan bertahan lama.

FrenchArtfund yang dikawal selia oleh AMF kelihatan bersedia mengatasi pesaing (dana pelaburan seni lain) di pasaran Paris.

Strategi pelaburan

Olivier Bourdelas telah memberitahu Artprice oleh Artmarket bahawa Dana Seni Profesional Khusus campuran ini akan melaburkan 60% dalam karya seni yang dicipta semasa abad ke-20 dan ke-21 oleh pengkarya yang berada dalam kedudukan 500 Terbaik dunia. Dana ini juga akan melaburkan 30% dalam saham syarikat antarabangsa yang tersenarai, dipilih dengan teliti dan menjana semua atau sebahagian daripada perolehan syarikat masing-masing dalam seni. Dwistrategi ini akan mengoptimumkan kecairan dana. Untuk ini akan ditambah jumlah maksimum sebanyak 10% dalam UCITS bon dan pelaburan kewangan.

Data yang dikumpul dan dikeluarkan melalui Artprice oleh Artmarket akan memainkan peranan penting dalam strategi pelaburan FrenchArtFund dengan, sebagai contoh, perkembangan harga mengikut segmen pasaran seni dari tahun 1998 hingga tahun 2022 berdasarkan Indeks Harga Seni Kontemporari kami berbanding Indeks Global Artprice (Asas 100 dalam bulan Januari 1998).

Akhir sekali, Olivier Bourdelas telah mengesahkan perkara yang diumumkan dalam artikel LES ECHOS oleh Martine Robert dan Anne-Sophie Vion, iaitu, FrenchArtFund akan memperuntukkan sebahagian daripada dana itu untuk pemerolehan saham dalam syarikat yang dikaitkan dengan seni seperti Artprice, LVMH dan Groupe Chargeurs.

Olivier Bourdelas:
"Kami banyak memikirkan tentang semua ini selama empat tahun dan kami tidak nampak apa-apa ketidakserasian dengan perniagaan sejarah kami. Tambahan pula, kami tidak menghadapi apa-apa kesulitan khusus yang dikaitkan dengan peningkatan sejak tahun 2015 aktiviti Pengurusan Persendirian kami. Secara beransur-ansur, perkara ini diintegrasikan ke dalam syarikat, terima kasih kepada banyak sinergi yang memperkaya keseluruhannya. Ini akan menjadi sama dengan aktiviti "Seni", percayalah!
Lagipun, lima pengambilan pekerja baharu kami untuk dana ini mempunyai semua kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan misi ini dengan jayanya. Semua individu akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan aktiviti baharu ini."

Olivier Bourdelas dibantu oleh KPMG dan Oddo Bank.
"Jika kami beroleh kejayaan besar – dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan ini tercapai – kami mungkin mempertimbang untuk memisahkan aktiviti kami dan mencipta struktur yang didedikasikan sepenuhnya untuk pelaburan seni ini. Inocap Gestion sudah tentu akan kekal sebagai pemegang saham rujukan, tetapi kami belum mencapai sasaran itu lagi."

thierry Ehrmann:
"Saya mengucapkan tahniah kepada Olivier Bourdelas atas penciptaan FrenchArtFund, dana Pelaburan Seni pertama yang dikawal selia oleh AMF. Pelancaran ini menyokong pemerhatian dan ramalan kami dalam semua aspek: kewangan pasaran seni, pelaburan dalam seni sebagai pelaburan alternatif dan aset selamat, serta kepentingan institusi kewangan. Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa penyeragaman pasaran seni dan pengeluaran indeks yang andal dan jangka panjang yang dihasilkan oleh Artprice oleh Artmarket sejak tahun 1997, serta kini menyediakan data & indeks nilai tambah kepada FrenchArtFund.
Kami akan memantau dengan teliti kemajuan FrenchArtFund dengan penuh minat. Memandangkan pengetahuan luas pengasas tentang Pasaran Seni dan kejayaan luar biasa dalam dunia kewangan melalui Inocap Gestion, yang menyelia €700 juta dalam bentuk aset, pelancaran yang mengagumkan itu hanya mengesahkan jangkaan kami."

Pasaran kewangan Paris seharusnya mengalu-alukan inisiatif pintar ini yang mengesahkan peningkatan Perancis dalam Pasaran Seni global sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berada pada kedudukan nombor 1 dalam kalangan negara Eropah pada tahun 2023 dengan perolehan lebih daripada satu bilion dolar. Selain itu, Christie's dan Sotheby's dimiliki oleh orang Perancis, masing-masing oleh François Pinault dan Patrick Drahi.

Maklumat dan kajian ekonometrik yang dikeluarkan oleh Artmarket.com dibentangkan secara unik untuk tujuan menganalisis dan memahami realiti statistik pasaran seni dan perlu dalam apa jua cara dianggap sebagai nasihat atau cadangan atau permintaan untuk melabur dalam pasaran seni.

Imej:
[https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2024/02/image1-Artprice100copyright-vs-SP500-vsSTOXX50-2000-2023.png]
[https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2024/02/image2-FRENCH-art-FUND-by-INOCAP-Gestion.jpg]

Hak Cipta 1987-2024 thierry Ehrmann www.artprice.com - www.artmarket.com

Maklumat Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD pembelian sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Temui Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice diasaskan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutif, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur, yang dicipta pada tahun 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:
https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2023/04/2023_2_Biographie-thierry-Ehrmann_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket ialah pemain global dalam Pasaran Seni bersama, antara struktur lain ialah jabatan Artprice, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan eksploitasi maklumat pasaran seni sejarah dan semasa (arkib dokumentari asal, manuskrip kodeks, buku beranotasi dan katalog lelongan yang diperoleh selama bertahun-tahun) dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan, merangkumi lebih daripada 825,000 pengkarya.

Artprice oleh Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat mengenai pasaran seni, telah menetapkan sendiri cita-cita melalui Pasaran Standard Global untuk menjadi platform NFT Seni Halus terkemuka di dunia.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had ke bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital gambar atau penghasilan semula karya seni yang diukir dari tahun 1700 sehingga hari ini, diulas oleh ahli sejarah seni kami.

Artmarket dengan jabatan Artprice mengumpul data secara tetap daripada 7200 Rumah Lelongan dan mengeluarkan maklumat penting Pasaran Seni untuk akhbar dan agensi media utama (7,200 penerbitan). 7.2 juta pengguna ('ahli log masuk'+media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, rangkaian yang pada hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® (Pasaran Standard Global) terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau bidaan (lelongan dikawal selia mengikut perenggan 2 dan 3 Perkara L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket, dengan jabatan Artprice, telah dua kali dianugerahkan label Negeri "Syarikat Berinovatif" oleh Bank Pelaburan Awam (Public Investment Bank - BPI), yang telah menyokong projek syarikat itu untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Artprice oleh Artmarket menerbitkan Laporan Pasaran Seni Kontemporari 2023:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2023

Artprice oleh Laporan Pasaran Seni Global Artmarket, "Pasaran Seni pada Tahun 2022", diterbitkan dalam bulan Mac 2023:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2022

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice:
https://serveur.serveur.com/artmarket/press-release/en/

Ikuti semua berita Pasaran Seni dalam masa nyata dengan Artmarket dan jabatan Artprice dalam Facebook dan Twitter:
www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 6.5 juta pengikut)
twitter.com/artmarketdotcom
twitter.com/artpricedotcom

Temui keajaiban dan dunia Artmarket dan jabatan artprice di https://www.artprice.com/video beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal "The Abode of Chaos" (seperti dinyatakan oleh The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

La Demeure du Chaos / Abode of Chaos (Kediaman yang Huru-hara)
GESAMTKUNSTWERK & SENI BINA TUNGGAL
 Kerja dwibahasa sulit kini terbuka kepada umum:
https://ftp1.serveur.com/abodeofchaos_singular_architecture.pdf

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333811/Artprice100.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333812/FRENCHartFUND.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2260897/Artmarket_logo.jpg?p=medium600

FRENCHartFUND by INOCAP Gestion
FRENCHartFUND by INOCAP Gestion

 

Butiran Hubungan Artmarket.com dan jabatan Artprice - Sila hubungi: Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Euroclear:7478 EuronextParis:PRC RICS:ARTF.PA
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Retail Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research