omniture

Program Tahunan Honeywell Tawar Peluang untuk Guru Sekolah Menengah Sertai Program Pembangunan & Latihan Angkasawan

Program Pendidik Honeywell @ Akademi Angkasa Memberi Teknik Mengajar Berkesan yang Direka untuk Memberi Inspirasi kepada Pelajar agar Berminat dengan Sains dan Matematik
Honeywell
2014-09-17 12:01 126

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 September 2014 /PRNewswire/ -- Para guru matematik dan sains dari serata dunia, termasuk Vietnam, dijemput untuk membuat permohonan bagi program Pendidik Honeywell @ Akademi Angkasa (HESA), latihan angkasawan simulasi dan program pembangunan profesional Honeywell (NYSE: HON) di Pusat Angkasa & Roket A.S., Huntsville, Alabama.

Setelah diwujudkan melalui perkongsian dengan Pusat Angkasa & Roket A.S. pada tahun 2004, HESA direka khas untuk menangani arah aliran pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik (STEM) dengan menyediakan kemahiran teknikal dan teknik mengajar baharu kepada para guru yang dapat memotivasikan para pelajar di seluruh dunia. Sejak program tersebut dimulakan, lebih 2 juta pelajar telah dapat dicapai dan mendapat inspirasi daripada 2,176 alumni HESA dari 55 negara serta 52 negeri dan wilayah di A.S.

Jim Bujold, presiden Honeywell Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina), berkata, "Teknologi merupakan pendorong kemajuan perniagaan Honeywell. Sebagai seorang yang yakin dengan teknologi, Honeywell bermatlamat untuk memanfaatkan program ini bagi membantu mewujudkan saluran yang terdiri daripada golongan lelaki dan wanita muda berbakat yang akan menjadi ahli sains, jurutera dan juga ahli matematik pada masa hadapan."

Setiap pemohon yang berjaya akan menerima biasiswa penuh setelah melalui proses permohonan dan pemilihan yang ketat serta panjang melibatkan guru yang bersaing dari serata dunia. Biasiswa termasuklah yuran untuk program lima hari tersebut, tiket penerbangan, makanan, penginapan, bahan program serta sut untuk penerbangan, kesemuanya ditaja oleh Honeywell dan sumbangan daripada para pekerja Honeywell.

Para Pendidik Honeywell akan terlibat dalam pembangunan profesional selama 45 jam, serta kurikulum pendidik intensif yang bertumpu pada sains angkasa dan penerokaan. Aktivitinya merangkumi bilik darjah, makmal serta senaman latihan lapangan yang berkaitan dengan piawai pengajaran sains dan matematik antarabangsa. Setiap guru akan turut menjalani latihan angkasawan simulasi termasuklah:

  • Simulasi jet berprestasi tinggi
  • Misi angkasa berasaskan senario
  • Latihan kelangsungan hidup di darat dan air
  • Program dinamik penerbangan interaktif

Tarikh tutup permohonan program Pendidik Honeywell @ Akademi Angkasa 2014 adalah pada hari Isnin, 20 Oktober 2014. Para pemohon akan diberikan salah satu daripada dua sesi: 10 Jun – 16 Jun 2014 atau 17 Jun – 23 Jun 2015. Pemberitahuan penerimaan akan dibuat menjelang 30 November 2014.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program tersebut dan butiran permohonan, sila layari http://educators.honeywell.com.

Latar Belakang Honeywell

Honeywell (www.honeywell.com) ialah peneraju teknologi dan pembuatan yang pelbagai dalam senarai Fortune 100, yang menyediakan perkhidmatan untuk para pelanggan di serata dunia melalui produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan, kediaman dan juga industri; pengecas turbo; serta bahan prestasi. Operasi Honeywell di Malaysia telah bermula pada tahun 1985 dan ia kini mempunyai lebih 1,450 pekerja di enam bandar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Penang, Kemaman dan juga Johor Bahru. Teknologi dan penyelesaian Honeywell telah membantu Malaysia dalam pembangunannya ke arah masyarakat yang lebih selamat, lebih terjamin serta cekap tenaga. Bagi mendapatkan lebih banyak berita dan maklumat tentang Honeywell, sila layari http://www.honeywellnow.com/.

Latar Belakang Honeywell Hometown Solutions

Pendidik Honeywell @ Akademi Angkasa adalah sebahagian daripada Honeywell Hometown Solutions, inisiatif kewarganegaraan korporat syarikat itu, yang bertumpu pada lima bidang yang amat penting: Pendidikan Sains & Matematik, Keselamatan & Sekuriti Keluarga, Perumahan & Tempat Perlindungan, Habitat & Pemuliharaan, serta Bantuan Kemanusiaan. Bersama institusi awam dan institusi bukan keuntungan yang terkemuka, Honeywell telah membangunkan beberapa program hebat bagi menangani keperluan ini dalam komuniti yang menerima perkhidmatannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.honeywell.com/citizenship.

Source: Honeywell
Keywords: