omniture

Handshakes Manfaatkan Set Data Hubungan Perniagaan S&P Global Market Intelligence Yang Membantu Syarikat Mempertingkatkan Pengurusan Risiko

Handshakes
2024-02-07 08:21 4

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Handshakes, penyedia data korporat yang terkemuka di Singapura, hari ini mengumumkan bahawa set data Hubungan Perniagaan S&P Global Market Intelligence kini boleh diakses melalui platform visualisasi rangkaiannya yang telah memenangi pelbagai anugerah, Handshakes APP, untuk membantu perniagaan memahami sepenuhnya seluruh ekosistem hubungan komersial rasmi demi pengurusan risiko yang dipertingkat.

Merangkumi lebih 780,000 entiti global, set data Hubungan Perniagaan ini mengenal pasti perkaitan jenis hubungan utama sesebuah syarikat seperti pembekal, pengedar, pemegang francais, pemberi pajak, pemegang lesen, pemberi kredit, rakan usaha sama, perunding dan lain-lain antara rangkaian pihak berkepentingannya. Liputan termasuk lebih 2.75 juta hubungan komersial di negara-negara dan wilayah-wilayah sumber utama seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Asia dan banyak lagi. Selain daripada menggambarkan hubungan perniagaan pada peta jejari (Radial Map) dan saling hubungan(Interconnection) melalui Handshakes APP, nilai terbesar untuk golongan profesional risiko dan pematuhan terletak pada keupayaan untuk mendalami rangkaian hubungan perniagaan yang komprehensif merentasi pelbagai set data, termasuk data Pendaftaran Korporat Singapura dan Malaysia serta data Pasaran Modal, dengan sepintas lalu, melalui ciri OneWorld pada platform ini. Ini memberikan gambaran penuh kepada pengguna terhadap kedua-dua portfolio sasaran mereka, huluan dan hiliran, yang menawarkan pandangan lebih besar terhadap peluang perniagaan yang berpotensi atau mengupayakan kawalan dan pengurusan risiko yang lebih tinggi. Satu lagi ciri ketara Handshakes APP ialah keupayaannya untuk memberi perhatian kepada entiti yang menghadapi tindakan kawal selia, penguatkuasaan dan tatatertib yang mana pengguna boleh memuat turun laporan senarai RED tertentu syarikat-syarikat berkenaan untuk pemeriksaan penyiasatan yang menyeluruh.

"Bekerjasama dengan S&P Global Market Intelligence merupakan satu pencapaian besar untuk Handshakes dalam misi kami untuk membantu syarikat-syarikat menjalankan perniagaan dengan selamat. Kemasukan set data Hubungan Perniagaan mereka meluaskan liputan kami melangkaui Asia Tenggara bagi membantu pelanggan kami yang dihargai, mendapat lebih banyak pandangan di peringkat global," tegas Charles Poon, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Produk di Handshakes.

Set data Hubungan Perniagaan S&P Global Market Intelligence tersedia melalui produk Handshakes APP, Handshakes XPERT dan Handshakes FUSE. Untuk maklumat lanjut atau permintaan percubaan secara percuma, kunjungi www.handshakes.com.sg.

Latar Belakang Handshakes

Handshakes ialah sebuah syarikat teknologi pemenang anugerah yang dipercayai oleh pengawal selia dan FI di seluruh dunia. Produk unggulan Handshakes, Handshakes APP, mengkhusus dalam penyelesaian kecerdasan korporat yang menyediakan kepada golongan profesional dengan peranan Risiko dan Pematuhan akses masa sebenar kepada data Pendaftaran Korporat, Pasaran Modal dan Litigasi rasmi. Digabungkan dengan teknologi pemetaan rangkaian visual proprietarinya, Handshakes membantu organisasi-organisasi mengurangkan risiko perniagaan dan membuat keputusan yang lebih selamat.

Kunjungi www.handshakes.com.sg.

Source: Handshakes
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Data Analytics