omniture

GoAERO Melancarkan Pertandingan $2+ Juta untuk Menginspirasikan Ciptaan Penerbang Tindakan Kecemasan Serba Boleh

GoAERO Prize
2024-02-07 13:37 33

Tiga tahun, Pertandingan Global Akan Memberi Ganjaran kepada Pasukan kerana Mereka Bentuk, Membangun dan Membina Penyelesaian Udara yang Bermanfaat kepada Orang Awam

SANTA CLARA, Calif., 7 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, di persidangan Penerbangan Menegak Transformatif 2024 Vertical Flight SocietyGoAERO mengumumkan pelancaran pertandingan global yang berlangsung selama tiga tahun – GoAERO Prize, yang bertujuan untuk menginspirasikan ciptaan Penerbang Tindakan Kecemasan mudah alih, serba boleh dan berdaya autonomi. Sepanjang pertandingan, pasukan akan bersaing untuk sejumlah hadiah yang bernilai lebih daripada $2 juta.

 
GoAERO Launches $2+ Million Competition to Inspire Creation of Versatile Emergency Response Flyers

Pertandingan ini ialah seruan global kepada usahawan, jurutera, pelajar dan badan perniagaan untuk mencipta penyelesaian udara yang menyelamatkan mangsa dalam bahaya dan bertindak terhadap cabaran yang timbul daripada kecemasan perubatan, krisis kemanusiaan, perubahan iklim dan bencana alam. Pasukan akan dicabar untuk mereka bentuk, membangun dan membina teknologi udara tindakan kecemasan yang menyelamatkan mangsa, menghantar penyelamat pertama, menyediakan bekalan kecemasan dan bantuan dalam usaha kemanusiaan.

"Penyelamat kecemasan mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu mangsa yang memerlukan bantuan," kata Gwen Lighter, CEO GoAERO. "Mereka seharusnya dapat menggunakan teknologi terbaik dan tercanggih yang boleh melakukan pelbagai misi menyelamat. GoAERO Prize berharap akan dapat menginspirasikan dan memangkin ciptaan Penerbang Tindakan Kecemasan yang mampu milik, mudah alih, serba boleh dan berdaya autonomi yang akan membantu merapatkan jurang kritikal dalam teknologi tindakan kecemasan."

GoAERO Prize di sokong oleh rangkaian peneraju menyeluruh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam aeroangkasa termasuk Boeing, NASA, RTXIridium, Xwing dan organisasi aeroangkasa lain. Sebagai sebahagian daripada pertandingan, pasukan akan ada akses kepada mentor dan pakar teknikal di banyak organisasi ini, serta latihan, kuliah dan perisian.

Bercakap di samping Lighter di persidangan ini, Bob Pearce, Pentadbir Bersama, Aeronautics Research Mission, NASA ARMD, berkata, "NASA mempunyai sejarah panjang dalam meneroka teknologi baharu yang menambah baik kehidupan harian dan menyokong tindakan bencana. GoAERO berkongsi visi kami bahawa penerbangan boleh dimanfaatkan untuk meneroka, menemui dan membina masa hadapan yang lebih baik untuk kemanusiaan."

Pertandingan ini terdiri daripada tiga peringkat. Peringkat pertama – "peringkat kertas kerja" – memerlukan penghantaran digital kertas kerja teknikal. Peringkat 2 ialah fasa pembinaan, yang memerlukan pengesahan konsep melalui penerbang subskala atau skala penuh. Peringkat 3 ialah peringkat terakhir dan menampilkan Penerbangan Terakhir, yang mewajibkan pasukan melengkapkan lima misi tindakan kecemasan dunia nyata dengan penerbang mereka.

Semasa Penerbangan Terakhir, penerbang akan dihakimi berdasarkan ketepatan, produktiviti, kesukaran, adaptasi dan pengendalian. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi merentasi setiap kategori akan memenangi Hadiah Utama $750,000. Pasukan juga berpeluang untuk memenangi Hadiah Pengganggu $100,000 daripada RTX dan Hadiah Autonomi $100,000. Hadiah lain yang berbentuk wang akan diberikan sepanjang pertandingan.

Perihal GoAERO

GoAERO ditubuhkan untuk mencipta teknologi penerbangan transformatif yang menyelamatkan nyawa. Misi kami adalah untuk memulakan penyelesaian udara inovatif yang bertindak terhadap cabaran yang timbul daripada bencana alam, kecemasan perubatan, perubahan iklim dan krisis kemanusiaan---dan untuk mencipta rangkaian kolaboratif merentasi industri, kerajaan dan penerbangan dan organisasi penyelamat utama untuk memastikan pesawat penyelamat nyawa diatur gerak dengan berkesan pada masa hadapan.

Pada tahun 2024, GoAERO telah melancarkan GoAERO Prize, yang merupakan pertandingan global yang komited untuk menginspirasikan Penerbang Tindakan Kecemasan yang menyelamatkan mangsa dalam bahaya dan bertindak terhadap bencana di mana sahaja. Dengan hadiah lebih daripada $2 juta, pertandingan ini akan mencipta penerbang yang selamat, mudah alih, mantap, berdaya autonomi. Pasukan yang bersaing dalam GoAERO Prize akan bersaing sepanjang tempoh tiga tahun dan mendapat manfaat daripada pementoran pakar, pendedahan global, akses kepada perisian, produk dan perkhidmatan, dan hadiah berbentuk wang. Untuk mendaftarkan pasukan atau mengetahui lebih lanjut tentang GoAERO Prize, sila lawati: GoAEROprize.com.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/2334613/GoAERO_video_final.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2334612/GoAERO_Prize_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: GoAERO Prize
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Travel Awards Broadcast feed announcements New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)