omniture

ZTE termasuk 'A List' CDP untuk tindakan iklim utamanya

ZTE Corporation
2024-02-07 21:33 82
  • ZTE diiktiraf atas tindakan cemerlangnya terhadap perubahan iklim oleh CDP, memperoleh kedudukan dalam 'A List' CDP 2023
  • Kemasukan ZTE dalam 'A List' menonjolkan komitmen dan kepimpinan syarikat dalam ketelusan alam sekitar serta pembangunan mampan

SHENZHEN, China, 7 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, baru-baru ini diiktiraf atas kepimpinan dalam ketelusan korporat serta prestasi dalam perubahan iklim oleh badan bukan untung alam sekitar global CDP (Carbon Disclosure Project), memperoleh kedudukan dalam 'A List' CDP 2023. Berdasarkan kepada data yang dilaporkan melalui borang soal selidik Perubahan Iklim 2023 CDP, ZTE merupakan salah satu daripada 346 syarikat yang mencapai 'A' daripada lebih 21,000 syarikat yang mendapat skor.

ZTE makes CDP A List for its leading climate action
ZTE makes CDP A List for its leading climate action

CDP ialah sebuah badan bukan untung yang mengendalikan sistem pendedahan alam sekitar dunia untuk syarikat, bandar, negeri dan wilayah. Pangkalan data dan skor alam sekitar CDP digunakan secara meluas untuk mendorong keputusan pelaburan dan perolehan ke arah ekonomi karbon sifar, mampan dan bingkas. 'A List' CDP mengiktiraf syarikat-syarikat yang memainkan peranan penting di seluruh dunia dalam mengurangkan perubahan iklim dengan merangka strategi yang mantap dan mengambil tindakan yang berani. Kemasukan ZTE ke dalam 'A List' menonjolkan komitmen dan kepimpinan syarikat ini dalam ketelusan alam sekitar serta pembangunan mampan.

Mengamalkan falsafah pembangunan hijau secara proaktif, ZTE terlibat secara aktif dalam peralihan global kepada ekonomi nyahkarbon. Syarikat ini komited untuk melangkah ke arah hijau dengan inovasi digital merentas empat dimensi utama: operasi hijau, rantaian bekalan hijau, infrastruktur digital hijau dan pemerkasaan hijau, seterusnya mempermudah peralihan pantas pelbagai industri menuju jalan pembangunan hijau. ZTE terutamanya mengumumkan penyertaannya dalam 'inisiatif Sasaran Berasaskan-Sains' (SBTi) dalam Mei 2023, merangkumkan usaha syarikat untuk memberi sumbangan besar bagi memacu pertumbuhan ekonomi global menuju masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan.

Pada masa ini, ZTE memegang lebih daripada 650 paten inovasi hijau. Dalam tahun 2023, syarikat ini menambah 22MW kapasiti penjanaan kuasa fotovolta, menandakan pertumbuhan 700% berbanding tahun sebelumnya (YoY) yang luar biasa. Berkolaborasi dengan lebih 1000 rakan kongsi utama global, ZTE terlibat secara aktif dalam inovasi 5G+ dan inisiatif hijau. Di samping itu, syarikat ini mewujudkan 'Rantaian Bekalan Hijau' melalui kerjasama yang erat dengan rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran. Pada tahun 2023, ia menyelesaikan audit karbon ke atas 150 pembekal dan diiktiraf sebagai perusahaan pengurusan rantaian bekalan hijau peringkat kebangsaan.

Melalui kolaborasi dengan Sinotrans dan Lufthansa Cargo, ZTE mempelopori pembangunan penyelesaian peneutralan karbon hujung-ke-hujung dalam lingkungan logistik hijau pada tahun 2023, menandakan pencapaian yang luar biasa dalam rantaian ekologi logistik antarabangsa. Dengan memastikan pengangkutan hijau peneutralan karbon yang lengkap terhadap keluaran siapnya, bermula dari Pangkalan Pembuatan Pintar 5G Global ZTE di Nanjing, China dan mencapai kemuncak setibanya di gudang Madrid, Sepanyol, syarikat ini telahpun merealisasikan proses yang lancar dan mesra alam. Tambahan pula, pendekatan ini menjamin pengiraan yang tepat, pengesahan dan pensijilan jejak karbon dalam seluruh perjalanan pengangkutan.

Memandang ke hadapan, ZTE akan tetap tidak berbelah bahagi dalam komitmennya untuk mendukung prinsip-prinsip pembangunan mampan. Memberi penekanan kukuh kepada operasi hijau sebagai bahagian penting dalam etos korporatnya, ZTE menyasarkan untuk mengintegrasikan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam seluruh rantaian industri, menyumbang dengan aktif kepada pembangunan yang berkualiti tinggi melalui inisiatif alam sekitar dan mampannya.

LATAR BELAKANG ZTE: 

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, manakala portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian wayar, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Transportation Utilities Awards Corporate Social Responsibility Not for profit Cision Influencer List - ESG