omniture

Vistex mengumumkan Amos Biegun sebagai CEO Interim.

VISTEX, INC.
2024-02-07 23:00 34

HOFFMAN ESTATES, Ill., 7 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Vistex mengumumkan pada hari ini bahawa Amos Biegun telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim syarikat tersebut.

Berikutan kematian tragis Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Vistex, Sanjay Shah baru-baru ini, Vistex telah melantik Amos untuk menerajui syarikat tersebut. Sebelum ini, Amos telah menerajui barisan perniagaan Hak & Royalti dan berkhidmat sebagai Pengarah Urusan untuk pejabat Vistex di UK selama sepuluh tahun. Amos merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Counterpoint Systems, penyedia terkemuka perisian Hak & Royalti, selama hampir 20 tahun sebelum Vistex memperoleh syarikat tersebut pada 2014. Pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan usahawan sebelum ini, serta penglibatan lama beliau dalam Pasukan Kepimpinan Global Vistex, menjadikan Amos calon yang ideal untuk memimpin syarikat ini untuk melalui fasa seterusnya.

"Sanjay adalah seorang yang berwawasan dan usahawan yang luar biasa, pemergian beliau membuatkan kami semua sedih. Saya berbesar hati kerana telah dipilih untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Vistex, ketika kami beralih ke fasa seterusnya. Vistex akan terus menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan perisian bertaraf dunia untuk pelanggannya," kata Biegun. "Bersama-sama dengan pasukan kepimpinan eksekutif kami dan semua rakan sekerja kami di Vistex, saya akn tetap komited terhadap visi yang Sanjay telah sampaikan, dan akan terus melaksanakan visi beliau, sekarang dan pada masa akan datang."

Tentang Vistex
Penyelesaian Vistex membantu perniagaan mengawal proses-proses penting misi mereka. Dengan pelbagai program yang melibatkan harga, perdagangan, royalti dan insentif, arah aliran wang boleh kelihatan rumit, apatah lagi untuk mengetahui sejauh mana perbezaannya kepada pendapatan kasar dan bersih. Dengan Vistex, pihak berkepentingan perniagaan dapat melihat data, melihat perkara yang benar-benar berfungsi, dan melihat langkah seterusnya untuk memastikan setiap dolar yang dihabiskan atau diperoleh benar-benar mendorong pertumbuhan, dan bukan sekadar kos tambahan. Perusahaan terkemuka dunia merentasi spektrum industri bergantung pada Vistex setiap hari untuk memacu perniagaan mereka. Layari www.vistex.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/510323/Vistex_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: VISTEX, INC.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements