PRINCETON, N.J., 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ETS pada hari ini mengumumkan platform persediaan ujian yang inovatif dan pertama seumpamanya untuk pelajar yang bersedia untuk ujian TOEFL iBT®. Dengan matlamat untuk meningkatkan calon ujian kepada kecekapan tertinggi mereka, TOEFL® TestReady™ mengukuhkan ciri platform tersebut sebagai satu-satunya tempat persediaan ujian komprehensif yang tersedia pada masa ini yang memanfaatkan kebolehan AI untuk menawarkan cerapan yang diperibadikan dan pengesyoran yang disasarkan bagi ujian bahasa Inggeris yang penting untuk mereka yang bakal belajar atau bekerja di luar negara.
TOEFL TestReady menggabungkan tawar persediaan TOEFL iBT rasmi sedia ada dengan pelbagai produk dan ciri baharu dalam sebuah portal yang padu.
Ciri-ciri baharu yang percuma termasuk:
Ciri-cir baharu yang berbayar termasuk:
Platform ini direka secara unik untuk menyatukan semua metrik prestasi calon ujian dan menawarkan pengesyoran dan cerapan yang disasarkan yang membantu mereka merapatkan jurang kemahiran individu mereka, sambil menjejaki kemajuan mereka. Cerapan yang disasarkan membantu pelajar memfokuskan masa mereka dan membuat persediaan dengan lebih berkesan dan cekap – membolehkan mereka mencapai matlamat mereka dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Di samping itu, penyelidikan awal mendapati semakin baik prestasi seseorang dalam TOEFL TestReady, semakin besar kemungkinan mereka akan mencapai markah tinggi dalam TOEFL iBT.
"Pengenalan TOEFL TestReady adalah penting bukan hanya kerana ia memenuhi keperluan yang kami terima secara langsung daripada calon ujian, tetapi juga kerana kami telah merancangnya bersama mereka," kata Rohit Sharma, Naib Presiden Kanan Pendidikan Tinggi Global dan Kemahiran Pekerjaan, ETS. "Berdasarkan maklum balas yang sangat positif dan data yang telah kami kumpulkan sejauh ini, kami yakin bahawa para pelajar akan mendapati platform ini menjadi bahagian yang sangat berharga dalam pengalaman ujian mereka."
Calon ujian yang telah membuat akaun TOEFL iBT untuk mendaftar ujian atau yang telah menggunakan aplikasi TOEFL Go! boleh menggunakan kelayakan log masuk mereka di www.testready.ets.org untuk mengakses portal tersebut. Para calon ujian yang masih baru dengan TOEFL boleh membuat akaun di pautan yang sama untuk memulakan perjalanan persediaan ujian mereka. Untuk maklumat umum tentang ciri yang ditawarkan oleh TOEFL TestReady, sila layari https://www.ets.org/toefl-testready.
Tentang ujian TOEFL iBT
Ujian TOEFL iBT, yang dicipta oleh ETS, ialah ujian kecekapan bahasa Inggeris akademik yang paling dihormati, diterima dan diutamakan, digunakan untuk pengajian, kerja dan imigresen. Lebih daripada 12,500 buah institusi di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia menggunakan markah TOEFL iBT untuk membuat keputusan yang sangat penting. Ujian ini mempunyai 100% penerimaan di destinasi berbahasa Inggeris yang popular termasuk Amerika Syarikat, Kanada, U.K., Ireland, Australia dan New Zealand. Ujian ini disokong oleh puluhan tahun penyelidikan dan telah membantu berjuta-juta pelajar dalam perjalanan pengajian mereka di luar negara. Ia merupakan sebahagian penting daripada Keluarga Penilaian TOEFL, yang memuatkan ujian TOEFL untuk setiap peringkat kecekapan bahasa Inggeris, bermula dengan pelajar berusia 8 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ets.org/toefl.