omniture

PERINTIS PERTUKARAN PERCUTIAN KONGSI MASA, RCI, MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50

RCI India
2024-02-08 12:17 24

Syarikat pertukaran percutian pertama di dunia meraikan pencapaian penting mereka dengan  penjenamaan khas dan promosi perjalanan untuk ahli dengan lebih daripada 50,000 pilihan percutian sepanjang tahun 2024.

ORLANDO, Florida, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- RCI®, syarikat pertukaran percutian terkemuka di dunia, hari ini menyambut Ulang Tahun ke-50, menandakan 50 tahun sejak syarikat ini menjadi perintis dalam ekonomi perkongsian dengan mengubah industri percutian kongsi masa melalui pengenalan platform pertukaran percutian pertama. Untuk meraikan pencapaian ini, syarikat ini memperkenalkan penjenamaan khas 'RCI 50' dan hab laman web khusus, serta menawarkan promosi perjalanan sepanjang tahun ke atas lebih daripada 50,000 destinasi kepada 3.5 juta ahlinya di seluruh dunia.

Dalam penghormatan terhadap lima dekad sebagai peneraju dalam industri pertukaran percutian kongsi masa, RCI memperkenalkan pelbagai promosi untuk ahli mereka serta menyampaikan dan mesej yang direka khas untuk meraikan sejarah lampau, pada masa yang sama, menginspirasi kegembiraan untuk masa depan. Daripada satu garis masa yang berinteraktif, video sejarah peringatan dan testimoni ahli serta rakan kongsi, dengan promosi perjalanan hingga ke satu keluaran digital istimewa Majalah RCI, bahan-bahan ini dan banyak lagi boleh diakses di satu tempat yang mudah. www.RCI.com

"Kami sangat berbesar hati untuk meraikan ulang tahun ke-50 RCI pada tahun 2024. Sebagai peneraju dalam pertukaran percutian, RCI terus berkembang untuk memenuhi keperluan ahli dan menyokong rakan kongsi kami sepanjang tahun," kata Paul Mulcahy, pengarah pengurusan untuk RCI North America. "Tatkala kami memasuki usia dekad keenam, kami berjanji untuk memberikan lebih banyak lagi – lebih banyak manfaat, fleksibiliti, nilai dan peluang perjalanan. Semoga kita menjejak ke pelbagai destinasi bersama untuk 50 tahun lagi!"

RCI memperkenalkan konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, membolehkan pemilik percutian kongsi masa 'menyimpan' minggu atau mata tetap mereka sebagai pertukaran untuk penginapan di resort yang berbeza dalam rangkaian RCI. Fleksibiliti ini menjadikan pemilikan percutian lebih mudah diakses oleh segmen yang lebih luas daripada pelancong percutian, membantu industri percutian kongsi masa berkembang. Sejak itu, RCI telah memperkenalkan pelbagai produk percutian dan perkhidmatan lain, menjadi rakan percutian utama untuk perancangan perjalanan ahli dan sumber yang berharga untuk rakan kongsi. Syarikat ini kini menyediakan mata wang fleksibel yang ahli boleh gunakan untuk tempahan penginapan di lebih daripada 600,000 buah resort dan hotel di seluruh dunia, bersama dengan faedah perpercutian lain.

Pencapaian penting Sempena Ulang Tahun Ke-50 RCI termasuklah:

•  Memudahkan perjalanan untuk kira-kira  250 juta orang

•  Mengendalikan kira-kira 62 juta pertukaran di platform RCI

•  Mencapai pangkalan ahli sebanyak 3.5 juta pelancong

•  Menyambut lebih daripada 4,100 resort di 110 negara  sebagai bahagian daripada rangkaian resort yang  bekerjasama dengan RCI

Sila layari www.RCI.com.

Tentang RCI

RCI® adalah bentuk perjalanan yang baharu™. Sebagai peneraju dunia dalam perkhidmatan perjalanan keahlian kepada industri pemilikan percutian, syarikat ini menawarkan platform pertukaran percutian terkemuka dalam industri ini kepada 3.5 juta ahli di seluruh dunia, memberikan akses kepada 4,100 buah resort yang berkaitan di kira-kira 110 buah negara. RCI Travel menawarkan perkhidmatan perjalanan yang ditingkatkan, membolehkan ahlinya melancong secara fleksibel sepanjang tahun. RCI merupakan sebahagian daripada keluarga jenama perjalanan di Travel + Leisure Co. (NYSE: TNL). Untuk maklumat selanjutnya sila layari rci.com. Perkembangan tentang RCI juga boleh diikuti melalui  Facebook, YouTube dan Twitter.

Hubungan Media: 

Melissa Landy
(407) 626-3830   
Media@wyn.com 

Haq Mohammed
+91 9886001590 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2335101/RCI_Logo.jpg?p=medium600

Source: RCI India
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services