CHANGZHOU, China, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, mengumumkan bahawa Vertex S+ 505W (NEG18R.28) pertama telahpun dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di kilangnya di Changzhou, wilayah Jiangsu pada 25 Januari, menandakan permulaan pengeluaran besar-besaran.
Sebagai sebahagian daripada siri Vertex S+ yang direka khusus untuk bumbung komersial dan industri, Vertex S+ 505W baru sahaja diperkenalkan buat julung kalinya di Eropah di reruai Trina Solar bertempat di Genera, Sepanyol pada 6 Februari.
Vertex S+ 505W, berpandukan kuasa lebih tinggi namun BOS dan LCOE lebih rendah, disesuaikan untuk memenuhi keperluan teras pelanggan bagi tempoh bayar balik yang lebih singkat. Menggabungkan teknologi i-TOPCon jenis-n dengan teknologi sel wafer silikon segi empat tepat 210mm (210R), modul dwikaca ini akan menghasilkan kuasa sehingga 505W dan menyampaikan kecekapan tinggi 22.7%, menikmati jangka hayat lebih panjang, mengalami degradasi teraruh-cahaya yang sedikit dan menyampaikan kecekapan penukaran yang lebih tinggi berbanding dengan modul jenis-p.
Dengan dimensi 1961mm kali 1134mm dan lebar tipis 30mm, modul dwi-kaca 1.6 + 1.6mm ini hanya seberat 23.5kg. Saiz yang optimum menjadikan pemasangan jelas dan mudah serta memastikan panel cukup teguh untuk pemasangan komersial berskala lebih besar. Modul ini menawarkan pelbagai penyelesaian pemasangan yang fleksibel untuk penggunaan sistem. Hasil daripada arus litar pintas 15.86A, ia amat serasi dengan kebanyakan penyongsang, pengoptimum dan sistem pemasangan arus perdana dalam pasaran.
Reka bentuk dwikaca 1.6+1.6mm memberikan peningkatan rintangan calar, retak dan hentakan serta memastikan rintangan melampau panel ini terhadap semburan garam, asid, alkali, suhu tinggi dan kelembapan, membantu panel melepasi ujian hujan batu 35mm dan memenuhi penarafan kebakaran IEC (Kelas A+C).
Keandalan ultra-tinggi sistem PV yang dibina dengan Vertex S+ 505W akan menjamin output kuasa sepanjang hayat dalam jaminan prestasi 30 tahun dan jaminan produk 25 tahun yang amat panjang, lantas menekankan keyakinan Trina Solar terhadap teknologi dwikacanya dan pada prestasi jangka panjang sel i-TOPCon jenis-n.
Selain itu, kadar degradasi ultra rendah modul Vertex S+ 505W, termasuk degradasi 1% tahun pertama dan 0.4% tahunan yang amat rendah, memberi jaminan lebih tinggi kepada pemilik hartanah komersial serta industri dan pengurus berusaha untuk meningkatkan kecekapan tenaga lapangannya dalam tempoh jangka panjang.
Modul siri Vertex S+ daripada Trina Solar benar-benar diiktiraf dalam pasaran bukan-utiliti oleh rakan kongsi industri dan pelanggan. Pengeluaran besar-besaran Vertex S+ 505W akan menjamin penyerahan penuh yang seterusnya ke Eropah, Australia, Asia-Pasifik dan wilayah-wilayah lain.