omniture

Collabera Digital melantik Kaushik Sarkar sebagai Presiden.

Collabera Digital
2024-02-08 20:06 20

BENGALURU, India dan LONDON, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Collabera Digital, penyedia utama perkhidmatan kejuruteraan digital, pada hari ini dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Kaushik Sarkar sebagai Presiden syarikat tersebut. Dalam peranan sebagai Presiden syarikat, Kaushik bakal mengawasi semua aspek pasaran, amalan dan penyampaian Collabera Digital, termasuk strategi, pemasaran, usaha sama dan penggabungan dan pemerolehan di peringkat global.

Kaushik Sarkar, President, Collabera Digital
Kaushik Sarkar, President, Collabera Digital

Dengan pengalaman kerjaya yang hampir tiga puluh tahun, Kaushik pernah memegang pelbagai peranan pengurusan di seluruh dunia dalam syarikat multinasional besar seperti Cognizant, TCS dan IBM. Sebelum menyertai Collabera Digital, Kaushik telah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kumpulan di Global Logic (sebuah syarikat Hitachi), mengawasi semua operasi bagi rantau EMEA dan APAC.

"Saya dengan berbesar hati menyambut Kaushik sebagai Presiden Collabera Digital. Kaushik dikenali kerana kecemerlangannya dalam memimpin pasukan berkualiti tinggi secara global, dengan pencapaian cemerlang dalam menavigasi pasaran yang kompleks serta kemampuan yang terbukti dalam peningkatan dan transformasi perniagaan. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dalam usaha beliau memimpin Collabera Digital ke hadapan, menuju kecemerlangan," kata Hiten Patel, Pengerusi Kumpulan Collabera.

Mengulas tentang pelantikan beliau, Kaushik Sarkar berkata, "Kami sedang memulakan perjalanan kemajuan yang menarik bersama pelanggan kami, dalam landskap yang sentiasa berubah oleh inovasi dan gangguan yang dipacu oleh teknologi. Saya sangat gembira dan berasa beruntung menjadi sebahagian daripada syarikat yang komited sepenuhnya untuk mencipta nilai dengan pantas bagi pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan pemegang kepentingan." 

Tentang Collabera Digital:

Collabera Digital ialah sebuah syarikat kejuruteraan digital era baharu yang menyediakan pengalaman yang unik, wawasan yang boleh diambil tindakan dan produk serta platform yang pintar di persekitaran bakat dan teknologi. Kami berada di barisan hadapan inovasi, mengabungkan kreativiti manusia dengan teknologi pintar untuk memacu penyelesaian yang membawa perubahan besar. Pendekatan kami yang berorientasikan pelanggan dan sangat kolaboratif membolehkan organisasi mempercepat perjalanan digital mereka dengan kecekapan dan kelajuan pada skala yang besar.

Sejak penubuhan syarikat ini pada tahun 2010, Collabera Digital telah mencapai pencapaian yang tiada tandingannya. Dengan jejak global merentasi 11 buah negara di kedua-dua rantau APAC dan EMEA, rangkaian pejabat kami yang meluas lebih daripada 25 buah berfungsi sebagai titik fokus untuk inovasi digital. Dengan bangganya, kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan berprestij, termasuk syarikat Fortune 500 di kalangan lebih daripada 300 pelanggan kami yang dihormati.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2336146/Kaushik_Sarkar.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2336147/COLLABERA_DIGITAL_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Collabera Digital
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Personnel announcements