omniture

DRA Advisors selesai menjalankan kempen dana nilai tambah melebihi sasaran sebanyak $2.28 bilion

DRA Advisors LLC
2024-02-08 20:24 48

NEW YORK, 8 Februari 2024 /PRNewswire/ --  DRA Advisors yang berpangkalan di New York telah memungut $2.28 bilion dalam siri dana terunggulnya yang terkini, DRA Growth & Income Fund XI ("DRA XI") melebihi sasaran asalnya. DRA XI melakukan penutupan pertama pada bulan November 2022 dan penutupan akhir pada bulan Oktober 2023. DRA XI ialah dana terbesar yang DRA telah pungut dalam sejarah 38 tahunnya. Seperti dana terdahulu, DRA XI akan terus menyasarkan peluang hartanah nilai tambah merentasi sektor peruncitan, industri, berbilang keluarga, sains hayat dan hartanah pejabat dalam Amerika Syarikat benua.

DRA XI telah menarik lebih daripada 60 pelabur daripada Amerika Utara, Eropah dan Asia-Pasifik. Lebih 80% daripada komitmen Dana diperoleh daripada pangkalan pelabur sedia ada DRA yang diwakili oleh endowmen, yayasan, syarikat insurans, dana pelaburan milik negara, dan dana pencen korporat dan awam.

"Kami bernasib baik kerana mempunyai pangkalan pelabur yang sangat membantu yang terus percaya dengan pasukan kami, strategi kami dan keupayaan kami untuk mengatur gerak modal" kata David Luski, Presiden dan Pengasas Bersama DRA.

DRA XI hanya fokus kepada pelaburan hartanah nilai tambah dalam A.S. Dana ini telah mengatur gerak sekitar 15% daripada modalnya ke dalam 10 pelaburan berasingan, dalam industri, peruncitan dan aset berbilang keluarga.

"Kami ada tempoh pengambilalihan tiga tahun," kata Matt Shore, Ketua Pegawai Pelaburan DRA "dan semasa tempoh ini kami harap akan menyaksikan banyak peluang menarik untuk memanfaatkan situasi yang kurang memberangsangkan dan penjual yang bermotivasi."

Perihal DRA

DRA Advisors LLC ialah penasihat pelaburan berdaftar yang berpangkalan di New York dengan kira-kira 95 pekerja yang mengkhusus dalam perkhidmatan pengurusan pelaburan hartanah untuk pelabur institusi dan swasta, termasuk dana pencen, endowmen universiti, dana pelaburan milik negara, yayasan dan syarikat insurans. Sejak DRA ditubuhkan pada tahun 1986, firma ini telah membuka pejabat di Miami dan San Francisco sambil mengambil alih hartanah bernilai kira-kira $39 bilion. Pengambilalihan ini termasuk 94 juta kaki persegi industri, 65 juta kaki persegi pejabat, 87 kaki persegi peruncitan dan 85,000 unit berbilang keluarga. Setakat 30 September 2023, DRA mempunyai aset kasar bernilai $13.2 bilion di bawah pengurusan. http://draadvisors.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2336525/DRA_Advisors_rgb_Logo.jpg?p=medium600 

Source: DRA Advisors LLC
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Real estate transactions Venture Capital