omniture

Sands China Terima Penarafan Lima-Bintang daripada Forbes Travel Guide 2024 untuk Lima Hartanah Mewahnya

Sands China Ltd.
2024-02-10 01:15 21

 Termasuk penerima anugerah kali pertama Paiza Lofts The Parisian Macao, 
The Londoner Hotel, Londoner Court dan dua hotel Four Seasons

MACAU, 10 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Sands China Ltd. dengan sukacitanya mengumumkan penambahan baharu kepada portfolio bertaraf Lima-Bintang Forbes Travel Guide, Paiza Lofts di The Parisian Macao, menerima anugerah berprestij dalam tahun penarafan pertamanya. Penerima-penerima Lima-Bintang yang lain dalam Star Awards 2024 Forbes Travel Guide termasuk The Londoner Hotel dan Londoner Court The Londoner® Macao, Four Seasons Hotel Macao dan TheGrand Suites at Four Seasons.

Grant Chum, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Sands China Ltd. berkata, "Kami berasa teruja kerana Paiza Lofts at The Parisian Macao telahpun diiktiraf sebagai hartanah Lima-Bintang buat julung kalinya sementara The Londoner Hotel, Londoner Court, Four Seasons Hotel Macao dan The Grand Suites at Four Seasons sekali lagi mencapai pengiktirafan yang benar-benar luar biasa ini. Sebagai pengendali pusat peranginan bersepadu dengan kebanyakan hotel Lima-Bintang di Macau, keputusan ini meningkatkan lagi reputasi kami sebagai peneraju dalam hospitaliti yang bertaraf dunia."

Kris Kaminsky, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Sands China Ltd. menambah, "Kami berbesar hati menerima penarafan Lima-Bintang untuk lima hotel mewah kami daripada Forbes Travel Guide yang berprestij, standard emas untuk hospitaliti mewah global. Pengiktirafan ini merupakan bukti sebenar dedikasi pasukan kami dan kecemerlangan yang mereka sampaikan. Ahli-ahli pasukan kami yang setia dan bersemangat, yang amat kami banggakan, akan terus menyediakan tahap perkhidmatan tertinggi, meningkatkan penglibatan tetamu dan mencipta pengalaman Gaya Hidup Sand yang unik."

Paiza Lofts: Keanggunan Perancis Kontemporari
Terletak di dalam The Parisian Macao, Paiza Lofts suite yang serba lengkap dengan perabot merupakan tempat menginap untuk pengembara arif yang mencari pengalaman yang ditempah terlebih dahulu. 208 suite gaya pangsapuri yang dilimpahi cahaya mempunyai suasana kediaman kontemporari dan dilengkapi dengan ciri-ciri serta kemudahan yang boleh dicontohi. Yang terbesar ialah Versailles Suite (4,300 kaki persegi) tiga bilik tidur besar agam yang mempunyai pelbagai bilik gaya hidup mewah termasuk media, urutan dan gimnasium.

Salah satu faktor kejayaan penentu Paiza Lofts ialah perkhidmatan pekerja rencam diperibadikan 24-jam untuk memanjakan tetamunya. Pasukan yang berdedikasi ini memenuhi sebarang keperluan tetamu atau permintaan khas dengan proaktif dan intuitif, bagi memastikan pengalaman terpilih yang lancar dan tiada tandingan, sebelum dan semasa menginap.

The Londoner Hotel: Klasik dengan Contoh Unggul
The Londoner Hotel ialah hotel semua suite yang elegan dengan kira-kira 600 suite yang menampilkan interpretasi moden reka bentuk British dengan contoh unggul. Para tetamu dapat menikmati gaya dan kemudahan suite mewah serta sentuhan artistik limpah ria. Salah satu lokasi kegemaran mereka di luar suite mereka ialah kelab gaya-British yang eksklusif The Residence. Tempat untuk para tetamu berasa asyik dengan gaya hidup London yang glamor, termasuk sarapan pagi gourmet serta koktel malam yang elegan.

Hotel mewah ini turut menempatkan Suites by David Beckham yang sofistikated dan berdasarkan jemputan sahaja. Suite rekaan selebriti pertama di Macau, ia mencerminkan gaya arif David Beckham, duta global Sands. Melalui program 'Be My Guest', tetamu VIP melangkah ke dalam gaya hidup pemain bola sepak legenda dan ikon gaya ini apabila mereka menikmati hidangan, wiski dan koktel kegemaran Beckham di pelbagai restoran terkenal.

Londoner Court: Hospitaliti British Tersendiri
Londoner Court ialah hotel 368-suite yang menawarkan ekspresi unik kecanggihan dan hospitaliti British di The Londoner Macao. Para tetamu dimanjakan 24-7 oleh perkhidmatan Londoner Court Butler, yang diketuai oleh Paul Vincent Benedict Brown, yang pernah bekerja dengan ramai VIP berprofil tinggi, selebriti yang terkenal di dunia dan Kerabat Diraja British. Brown dan pasukan profesional beliau memastikan agar semua tetamu yang menginap di hotel yang berprestij ini dipenuhi segala keperluan mereka, membolehkan mereka berasa seperti di rumah yang benar-benar selesa digabungkan dengan kemewahan yang memanjakan.

Penerima-penerima Lima-Bintang Sands China yang lain termasuk Four Seasons Hotel Macao, TheGrand Suites at Four Seasons, The Spa at Four Seasons Hotel Macao dan restoran Kantonis yang terkenal Zi Yat Heen.

Forbes Travel Guide ialah satu-satunya sistem penarafan global bebas untuk hotel mewah, restoran dan spa, yang dinilai melalui 900 kriteria yang objektif. Penarafan Lima-Bintang merupakan kemuncak yang dihasratkan oleh semua hotel dan disifatkan oleh Forbes Travel Guide sebagai memberikan pengalaman yang luar basa dan menawarkan secara konsisten tahap perkhidmatan yang amat boleh disesuaikan.

Untuk imej resolusi tinggi, sila akses yang berikut:
https://sfs.sands.com.mo/w/f-dda97176-9e52-4a11-a576-c339f528801f
(Pautan sah sehingga 21 Februari 2024)
Nama pengguna:  Sands.PR@sands.com.mo
Kata laluan: SRMacao!@202402
     (sensitif huruf)

 

Source: Sands China Ltd.
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel