WILLEMSTAD, Curacao, 18 September 2014 /PRNewswire/ --
Jutaan surat berita dan suapan RSS tersedia dalam masa sebenar, dalam 26 bahasa, secara percuma
Dunia digital padat dengan maklumat, namun kebanyakannya tidak boleh ditemui melalui enjin gelintar ataupun hanya boleh didapati setelah beberapa jam bersusah-payah melayari Internet. Syarikat inovatif Fuuzle mengisi kekosongan ini. Fuuzle mengumpul pilih dan menyediakan kandungan jutaan surat berita dan suapan RSS dari seluruh dunia dan menterjemahkannya ke dalam 26 bahasa pada kadar ketepatan yang munasabah. Ini melibatkan maklumat – biasanya yang menarik minat tinggi – yang sukar ditemui atau tidak boleh dijumpai langsung melalui enjin gelintar. Fuuzle menyasarkan untuk mempunyai 15 ke 90 juta pengguna tetap pada masa terdekat.
Laman Fuuzle telah diaktifkan pada 2 September (versi Beta). Ini bermakna, sejak tarikh itu, syarikat, pihak berkuasa, organisasi serta pengguna telah mendapat akses kepada pangkalan data yang sangat besar yang mengandungi maklumat tertentu, berasal daripada jutaan surat berita dan suapan RSS dari seluruh dunia. Penjejakan dan pemberkasan surat berita secara khususnya dan penyiaran maklumat itu merupakan beberapa ciri inovatifnya.
Perisian penterjemahan pintar
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat ini melalui Fuuzle dan menapisnya berdasarkan subjek yang menarik minat orang itu. Apa yang akan tinggal ialah mesej berita semasa dan berkaitan yang boleh dibekalkan dalam lebih 26 bahasa, yang meliputi 92 peratus daripada semua bahasa dalam Internet. Fuuzle bekerjasama dengan perisian yang menterjemah berdasarkan setiap perkataan serta setiap frasa, lalu menghasilkan teks yang boleh dibaca dalam makna yang sama seperti bahasa asal. Walaupun ia masih jauh daripada memenuhi piawai yang dipenuhi oleh jurubahasa profesional, orang ramai bekerja keras setiap hari untuk memperbaiki mutu perkhidmatan ini.
2.75 bilion dokumen
Selama lebih 18 bulan, sekumpulan pakar IT dan pemasar di Fuuzle telah bekerja bagi membangunkan sistem yang dapat menjejaki jutaan surat berita dan suapan RSS. Setiap bulan, kerana Pasukan Petugas Khas Fuuzle, lebih 100 juta suapan RSS tersendiri dan lebih 5 juta surat berita disediakan. Jika terjemahan semua maklumat itu diambil kira sekali, pangkalan data Fuuzle telah bertumbuh sebanyak kira-kira 2.75 bilion dokumen setiap bulan sejak musim bunga ini.
Pembaca suapan
Fuuzle menawarkan lebih lagi jika dibandingkan dengan para pembaca suapan sedia ada. Pertama sekali, kombinasi dengan surat berita dan terjemahannya dalam bahasa sasaran berbeza merupakan ciri inovatif. Ini sama juga dengan pencarian perkataan khusus dan kombinasinya dalam suapan dan surat berita. Fuuzle menawarkan perkhidmatan pemberitahuan, yang mengarahkan maklumat berkaitan kepada para pengguna pada masa yang dikhususkan oleh mereka. Fuuzle bukan setakat 'pembaca suapan dengan bilangan URL terhad'. Setiap selang masa beberapa minit, jutaan suapan diperiksa, diterjemah dan dihantar dalam masa sebenar.
Maklumat serba boleh
Maklumat yang kini disediakan oleh Fuuzle adalah sangat serba guna, termasuklah akaun saintifik dari Universiti Harvard sehinggalah berita terkini tentang tawaran oleh kedai web. Tidak lama lagi, para pengguna Fuuzle tidak akan perlu membazir masa lagi: dengan memasukkan kata pencarian atau mencari gabungan perkataan (pemberitahuan Fuuzle), berbilion dokumen akan diimbas dan ditapis untuk maklumat yang diperlukan secara tepat dan ditawarkan dalam bahasa yang bersesuaian.
Pejabat di AS dan Eropah
Fuuzle ditawarkan secara percuma. Syarikat itu akan menjana pendapatannya melalui pengiklanan. Melalui Fuuzle AdMaster, setiap pengiklan akan memberitahu di manakah kawasan geografi yang dia mahu iklannya disiarkan, apakah kata pencarian yang ingin dia tekankan serta apakah belanjawan maksimumnya. Para pengguna tidak perlu gusar skrin mereka akan dipenuhi dengan lambakan iklan. Agar dapat menjamin sifat mesra pengguna Fuuzle, iklan yang disiarkan adalah kecil, dengan maksimum 35 aksara. Fuuzle menjangkakan pertumbuhan utamanya akan berlaku dalam bidang ekonomi berasaskan pengetahuan: AS, tetapi juga di Eropah (Great Britain), Jepun dan juga Korea Selatan. Ibu pejabat syarikat itu terletak di Willemstad (Curacao), tetapi tidak lama lagi ia akan membuka cawangan di AS dan Eropah (Belanda).
SUMBER Fuuzle