omniture

CGTN: Gala Festival Musim Bunga 2024: Gabungan tradisi dan inovasi menawan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia

CGTN
2024-02-13 12:23 21

BEIJING, 13 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Gala Festival Musim Bunga tahun ini, iaitu sambutan tahunan yang diterbitkan dan disiarkan oleh China Media Group (CMG), membuka tirainya menjelang malam Festival Musim Bunga pada malam Jumaat. Peristiwa ini merupakan detik yang dihargai apabila warga Cina di seluruh dunia berkumpul bersama keluarga mereka untuk menyambut Tahun Baharu Cina.


CGTN: 2024 Spring Festival Gala: A fusion of tradition and innovation captivates millions worldwide

Sebagai program TV China yang paling banyak ditonton, gala ini telahpun menjadi tradisi tahunan sejak siaran pertamanya pada tahun 1983. Gala 2023 telah memperoleh 11 bilion tontonan melalui semua saluran media CMG, menjadikannya rancangan TV yang paling banyak ditonton di dunia.  

Pada tahun ini, gala ini memaparkan pelbagai persembahan, bermula daripada persembahan muzikal, komedi dan seni tradisional seperti opera dan seni bela diri hingga aksi luar biasa seperti silap mata dan akrobatik. Ia turut menggabungkan teknologi canggih seperti realiti lanjutan (XR) dan teknologi interaksi pentas imersif bagi meningkatkan pengalaman tontonan.

Antara persembahan yang menonjol, program adat Tahun Baharu yang kreatif memaparkan kekayaan dan kepelbagaian budaya masakan Cina, menandakan penuaian yang banyak dalam Tahun Naga. Tarian gendang China muncul sebagai salah satu sorotan yang bersemangat, dengan para penari berpakaian tradisional merancakkan pentas dengan paluan gendang berirama. Koreografi, gabungan yang dinamik antara kejituan dan kespontanan, menghidupkan bentuk seni purba dalam perayaan yang kontemporari ini.

Meneruskan tema inovasi ini, acara "NEW YEAR BROCADE" menggabungkan muzik dengan teknologi sintesis maya termaju secara kreatif. Ia menukar simbol wakilan daripada China purba menjadi paparan yang menakjubkan, mempersembahkan "pertunjukan fesyen kuno" yang melaluinya karakter kelihatan bergabung secara langsung daripada lukisan. Dengan mengaitkan unsur tradisional dan moden, ia memberi nafas baharu kepada motif budaya yang telah bertahan selama beribu-ribu tahun, memukau penonton dengan persembahan estetika Oriental.

Persembahan yang memukau ini dapat dijayakan oleh gala pada tahun ini dengan menerima model penghasilan maya (VP), mengintegrasikan sistem XR dan VP yang menggabungkan elemen-elemen maya dan fizikal dalam definisi ultra-tinggi. Teknik rakaman yang inovatif, seperti pratonton papan cerita dinamik dan penyegerakan kesan pencahayaan maya dan sebenar, mewujudkan ruang realistik mengagumkan yang melaluinya dunia maya dan fizikal bergabung dengan lancar.

Buat julung kalinya, dewan studio menggunakan sistem interaksi pentas imersif yang dilengkapi dengan persediaan kamera berdefinisi ultra-tinggi pandangan-bebas. Sistem ini merakam pergerakan pelakon dari pelbagai sudut, bagi mengekalkan detik indah acara ini. Dengan memanfaatkan penghasilan AI dan realiti imbuhan untuk persembahan masa sebenar, ia mencipta pengalaman visual yang menggabungkan secara bersama antara penghibur dan pemandangan.

Satu lagi sorotan utama gala ini ialah gaya penceritaannya yang mahir, merangkumi kehidupan orang biasa, bermula daripada cabaran mereka hingga detik kegembiraan mereka dan menghidupkan suasana dalam kehidupan harian dengan jelas. Sebagai contoh, projek "Spring Festival Gala sedang menanti anda," mengundang orang biasa yang telah menjadi selebriti internet, menjadi ciri menonjol dalam Gala Festival Musim Bunga pada tahun ini.

Para individu daripada pelbagai latar belakang menjadi tumpuan utama di gala ini. Bermula daripada jurumasak mi dan juruteknik bersara hinggalah pegawai polis dan atlet, orang ramai daripada pelbagai profesion berkongsi cerita mereka dalam pembukaan filem pendek "Our Spring Festival Gala," bagi menyalakan harapan demi masa depan yang lebih cerah.

Dalam menyambut Tahun Naga ini, CGTN memulakan cabaran Tarian Loong Year Loong pada 8 Januari, mendekati khalayak melalui platform media sosial di seluruh dunia. Memandangkan tarian tidak mengenal sempadan negara, cabaran ini mengundang khalayak global untuk berinteraksi dengan budaya ini dan semangat perayaan Festival Musim Bunga, mencipta jambatan antara pelbagai komuniti melalui bahasa pergerakan sejagat.

CGTN menyiarkan gala ini di peringkat global dalam saluran berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia serta melalui platform media baharu yang tersedia dalam 68 bahasa, selain bekerjasama dengan lebih 2,100 outlet media di 200 negara dan wilayah.

Menggambarkan tarikan seluruh dunia ini, lebih 3,000 skrin awam di 90 bandar di enam benua menyiarkan Gala Festival Musim Bunga ini secara langsung, bagi membolehkan orang ramai di seluruh dunia mengalami daya tarikan unik Festival Musim Bunga Cina dan budaya Cina, kesemuanya sambil menikmati lagu dan gelak ketawa sempena peristiwa yang menggembirakan ini.

Klik di sini untuk menonton siaran langsung CGTN Super Night 2024.

https://news.cgtn.com/news/2024-02-09/2024-Spring-Festival-Gala-Tradition-and-innovation-charms-globe-1r3wnu6NWSI/p.html

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements