omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi S4 dan TF2023

Coway Co., Ltd.
2024-02-14 10:25 25
  • Hasil S4 2023 Coway mencapai KRW 1,004.4 bilion (+2.5% YoY) dengan keuntungan kendalian berjumlah KRW 166.2 bilion (+1.5% YoY)
  • Hasil tahunan bagi TF2023 berjumlah KRW 3,966.5 bilion (+2.9% YoY) dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 731.3 bilion (+8.0% YoY)
  • Coway merancang untuk mendorong jenama tidur & kesejahteraan BEREX sebagai enjin pertumbuhan dan daya kompetitif dalam pasaran global

SEOUL, Korea Selatan, 14 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," telahpun mengeluarkan keputusan kewangannya bagi suku keempat dan tahun fiskal 2023.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Kami berasa bangga dapat mencapai tahun 2023 yang begitu berjaya, walaupun dalam menghadapi cabaran signifikan yang terdapat dalam kedua-dua pasaran domestik dan antarabangsa. Prestasi kami yang stabil boleh dikaitkan dengan melabur secara aktif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, IT, pemasaran dan memanfaatkan pertumbuhan jenama tidur dan kesejahteraan BEREX," ujar Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway. "Tahun ini, ketika kami menyempurnakan transformasi kami untuk menjadi 'New Coway' yang diperluaskan oleh inovasi dan memperkukuh kedudukan Coway sebagai peneraju global, kami akan terus mengeluarkan barisan produk perintis dan dalam masa yang sama memfokuskan kepada BEREX sebagai enjin pertumbuhan baharu."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

  • Hasil suku keempat: KRW 1,004.4 bilion (+2.5% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku keempat: KRW 166.2 bilion (+1.5% YoY)
  • Hasil tahunan: KRW 3,966.5 bilion (+2.9% YoY)
  • Keuntungan kendalian tahunan: KRW 731.3 bilion (+8.0% YoY)

*Angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Dalam TF2023, jualan perkakas rumah domestik yang kukuh disebabkan terutamanya oleh prestasi kukuh dalam kategori-kategori produk teras seperti penulen air, serta pengembangan pasaran dan pertumbuhan jualan jenama BEREX yang berjaya. Faktor-faktor ini menyumbang secara kolektif kepada hasil sebanyak KRW 2,373.5 bilion (+4.2% YoY).

Pada tahun 2023, subsidiari-subsidiari luar negara Coway mencapai hasil tahunan sebanyak KRW 1,430.7 bilion, menandakan peningkatan sebanyak 2.1% berbanding tahun sebelumnya. Hasil tahunan khususnya daripada subsidiari-subsidiari di Amerika Syarikat dan Thailand menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, masing-masing dengan peningkatan sebanyak 2.8% dan 27.6%, berbanding tahun sebelumnya, mencapai hasil sebanyak KRW 205.3 bilion dan KRW 101.1 bilion.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga terkini syarikat, jenama BEREX, bermatlamat untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings Earnings projections or forecasts