omniture

Next Level Aviation® Berkembang ke Ibu Pejabat Baharu di Florida.

Next Level Aviation
2024-02-14 22:28 86

DANIA BEACH, Florida, 14 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Pengedar bahan boleh guna terpakai (USM) terkemuka Next Level Aviation® (NLA) dengan gembira mengumumkan bahawa mereka baru-baru ini berpindah ke fasiliti gudang yang lebih besar seluas 16,000 kaki persegi di Dania Beach, Florida. Fasiliti ini terletak dengan strategik hanya 5 minit dari bagahian selatan lapangan terbang Ft. Lauderdale dan dalam masa 40 minit dari lapangan terbang antarabangsa Miami. Next Level Aviation® menjangka bahawa fasiliti baru ini akan menyokong pertumbuhan pesatnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, sambil membantu NLA untuk terus menjadi salah satu pengendali yang paling efisien dalam industri bahan boleh guna terpakai (USM).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Jack Gordon, mengulas, "Dari segi operasi, matlamat kami di Next Level Aviation® sejak penubuhan lagi adalah untuk menjadi salah satu organisasi yang paling efisien dalam industri ini agar kami dapat menyampaikan sebarang penjimatan kepada pelanggan kami di seluruh dunia iaitu syarikat penerbangan, syarikat pajakan, dan pelanggan MRO untuk membantu mengurangkan kos penyelenggaraan mereka yang semakin meningkat. Perpindahan Next Level Aviation ke fasiliti baru di Dania Beach membantu kami mencapai matlamat tersebut dan merupakan langkah seterusnya yang diperlukan dan logik apabila kami berhasrat untuk menggandakan atau malah menggandakan tiga perniagaan pengedaran USM global kami dalam tahun-tahun mendatang." 

Sambung Gordon lagi, "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada EVP Rantaian Bekalan kami, Matt Dreyer, dan pasukan operasi kami atas peralihan yang lancar ke fasiliti baru kami di Dania Beach."

EVP Rantaian Bekalan, Matt Dreyer mengulas, "Fasiliti baharu kami yang berteknologi tinggi akan membolehkan kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami di seluruh dunia dengan lancar. Kami mengalu-alukan rakan industri kami untuk melawat, meneroka dan menyaksikan kecemerlangan bukan sahaja lokasi yang kami kembangkan, tetapi juga pasukan berpengalaman kami. Kami berharap untuk meneruskan perjalanan pertumbuhan ini dan menyokong klien kami dalam memenuhi keperluan perniagaan unik mereka."

Bersama-sama dengan 6,600 kaki persegi ruang gudang di Next Level Aviation-Ireland, Ltd. di Dublin, fasiliti gudang baru di Selatan Florida ini meningkatkan ruang gudang global NLA kepada 22,600 kaki persegi. NLA akan menggunakannya untuk memperluaskan perniagaan pengedaran USM tradisional, perniagaan pembelian enjin yang baru berkembang, dan perniagaan pecahan bahagian, serta mendapatkan perjanjian konsainan tambahan.

Tentang Next Level Aviation® 
Next Level Aviation® pembekal yang diiktiraf ASA-100 dan mematuhi Pekeliling Penasihat FAA 00-56B, yang menyediakan stok bahan boleh guna terpakai (USM) untuk pesawat komersial/jet enjin, melibatkan semua platform pesawat Boeing dan Airbus serta enjin jet yang berkaitan. Next Level secara khusus memberi tumpuan kepada penyediaan stok bahagian ganti untuk keluarga pesawat Boeing 737 dan Airbus A320 serta enjin jet yang berkaitan. Pesawat-pesawat ini kini menyumbang kira-kira 70% daripada armada komersial global.

Ditubuhkan pada bulan Mac 2013 oleh Jack Gordon, Mike Dreyer dan Matt Dreyer, Next Level Aviation® telah berkembang menjadi salah satu pembekal terkemuka secara global untuk bahan boleh guna terpakai pesawat komersial/jet enjin. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jack Gordon (jack@nextlevelaviation.net), Matt Dreyer (matt@nextlevelaviation.net) atau layari nextlevelaviation.net

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2339697/Next_Level_Aviation_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Next Level Aviation
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Transportation Travel Corporate Expansion Supply Chain/Logistics