omniture

Kajian Detecon: Kawal Selia Rangkaian Perlu Beri Pertimbangan Lebih Terhadap Pengaruh Perkhidmatan OTT

Detecon International GmbH
2014-09-18 16:54 124

COLOGNE dan ESCHBORN, Jerman, 18 September 2014 /PRNewswire/ -- Pertambahan kehadiran penyedia over-the-top (OTT) dalam beberapa pasaran seluruh dunia menuntut suatu penyesuaian rangka kerja kawal selia umum di pelbagai negara. Ini adalah perlu bagi menjamin daya saing penyedia telekomunikasi tradisi selain melindungi kepentingan jangka panjang para pelanggan. Golongan pakar di syarikat perundingan pengurusan Detecon Consulting telah mengenal pasti persekitaran daya saing dan menyenaraikan beberapa cadangan tindakan untuk ahli politik, pihak berkuasa kawal selia dan juga pengendali rangkaian.

"Walaupun syarikat telekomunikasi melabur sejumlah besar wang dalam perkembangan jalur lebar, pada masa yang sama secara beransur-ansur mereka kehilangan bidang perniagaan yang memberi keuntungan paling besar buat mereka," jelas Dr. Markus Steingröver, Rakan Kongsi Pengurusan di Detecon. "Syarikat telekomunikasi perlu diberi peluang untuk menyesuaikan model perniagaan mereka secara fleksibel bagi memenuhi permintaan pasaran." Menurut kajian tersebut, syarat kawal selia umum yang berkuat kuasa di kebanyakan negara pada masa kini tidak membenarkan syarikat untuk menetapkan harga mengikut budi bicara mereka sendiri. Di luar EU (Kesatuan Eropah), kadar pelanggan akhir sering dikawal selia secara langsung, seterusnya mengekalkan struktur kadar yang ketinggalan zaman.

Cadangan paling penting:

  • Mengkaji kawal selia sedia ada untuk para pengendali rangkaian. Detecon mencadangkan kajian terperinci terhadap tanggungjawab kawal selia yang dihadapi oleh para pengendali dan penyesuaian mereka seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian.
  • Menentukan kesan perkhidmatan OTT dalam pasaran. Detecon menyarankan galakan penciptaan model perniagaan alternatif untuk para penyedia OTT seperti kolaborasi dengan ISP tempatan untuk menyediakan perkhidmatan.
  • Menentukan rangka kerja untuk kawal selia berkecuali bersih. Detecon menyarankan agar negara GCC membangunkan garis panduan berkecuali yang asas untuk melindungi kepentingan para pengguna.

Dapatkan analisis lengkap "Dasar dan Rangka Kerja Kawal Selia untuk Aplikasi Internet Pentadbir" di http://www.detecon.com/policyframework.

Maklumat Perhubungan Akhbar
Detecon International GmbH
Gerhard Auer
Telefon: +49-(221)9161-1013
E-mel: gerhard.auer@detecon.com
Laman web: http://www.detecon.com

Sumber: Detecon International GmbH

Source: Detecon International GmbH
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research