omniture

Casio Bakal Sambut Ulang Tahun Jam Tangan ke-50 menerusi Jam Tangan Kenang-kenangan

CASIO COMPUTER CO., LTD
2024-02-15 09:00 81

Mencipta-semula 1974 Casiotron dengan Spesifikasi dan Ciri-ciri Dikemas Kini

TOKYO, 15 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran jam tangan baharu yang mencipta-semula Casiotron QW02, barisan jam tangan digital pertama di dunia dengan fungsi kalendar automatik, bagi menyambut ulang tahun ke-50 jam tangan Casio. TRN-50 baharu ini tersedia melalui edisi terhad dengan 4,000 utas jam tangan di seluruh dunia.

TRN-50
TRN-50

Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mempelopori jam tangan digital yang diilhamkan oleh pandangan bahawa "jam tangan hanya menambah saat." Jam tangan ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital asal yang dibangunkan oleh Casio dalam perniagaan kalkulatornya, menghidupkan konsep jam tangan automatik sepenuhnya. Casiotron bukan sekadar memaparkan masa, tetapi juga bulan, tarikh* dan hari dalam minggu yang betul — melaraskan secara automatik bulan yang lebih panjang dan lebih singkat menerusi fungsi kalendar automatiknya.

*Kecuali pada 29 Februari semasa tahun lompat.

TRN-50 baharu ini berpegang teguh kepada konsep jam tangan automatik sepenuhnya Casiotron, memanfaatkan semua kemajuan dalam pembangunan jam tangan Casio sepanjang setengah abad sejak model asalnya muncul. Selain mencipta-semula reka bentuk Casiotron, jam tangan baharu ini menggabungkan ciri-ciri terkini termasuk pelarasan masa dikawal radio, pengecasan solar dan fungsi Mobile Link untuk digandingkan dengan telefon pintar.

Bahagian luar jam tangan asal, termasuk saiznya, dicipta-semula dengan teliti melalui reka bentuk yang memenuhi standard kualiti masa kini. Banyak perincian termasuk tekstur yang sofistikated pada bekas jam dan tali jam, muka jam berwarna biru gelap dan logo CASIOTRON dihasilkan semula seperti asalnya.

Jam tangan baharu ini turut membawakan praktikaliti dengan LCD nematik berpintal super (STN) yang amat boleh dibaca dan sistem pengecasan Tough Solar. Selain daripada menerima isyarat penentukuran masa yang dipancarkan dari enam stesen di seluruh dunia, jam tangan ini dilengkapi dengan fungsian Mobile Link untuk digandingkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth® bagi menjamin penjagaan masa yang jitu. Visi Casiotron asal diteruskan dengan TRN-50 baharu, kini dengan ciri-ciri termasuk pengemaskinian automatik zon waktu dunia/maklumat perbezaan waktu.

Updated specs
Updated specs

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services