LAVERSTOKE, England, 18 September 2014 /PRNewswire/ --
Sekilas pandangan kediaman baharu jenama global itu sebelum dibuka kepada khalayak umum pada 1 Oktober
BOMBAY SAPPHIRE®, gin premium nombor satu dunia daripada segi nilai dan juga gin premium yang paling pesat berkembang[1], dengan bangganya mengumumkan pembukaan Laverstoke Mill – kilang penapisan gin, pengalaman pengunjung serta kediaman jenamanya – kepada orang ramai pada 1 Oktober 2014.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140918/706183-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140918/706183-b)
Tinggal hanya kurang dua minggu lagi sebelum pembukaan besar-besarannya yang bersejarah, namun keraian telah dimulakan awal semalam dengan lebih 200 tetamu jemputan khas menikmati pertunjukan pertama tapak yang baru diubah suai itu secara eksklusif serta pendedahan luar biasa rumah kaca tersendiri yang di dalamnya 10 tumbuh-tumbuhan – juniper, kulit limau, bijirin syurga, ketumbar, beri cubeb, akar orris, badam, kulit gelenggang, likuoris, anjalika – yang dipilih bagi menghasilkan rasa tersendiri Bombay Sapphire, telah ditanam untuk dipamerkan.
Tapak yang baru dibaik pulih itu menyediakan peluang bagi orang ramai untuk menerokai Laverstoke Mill sebagai kilang penapisan gin canggih dan pengalaman pengunjung bertaraf dunia yang menggabungkan sejarah dan keindahan tapak itu dengan piawai tertinggi daripada segi reka bentuk, fungsi serta kemampanan.
Selama lebih 200 tahun, kilang penapisan itu telah menghasilkan kertas berkualiti tinggi untuk mata wang kertas England. Kilang penapisan itu diperluas lagi dengan perkembangan Empayar British. Semasa pemerintahan Ratu Victoria, ia berkembang pesat dan Laverstoke Mill mula menghasilkan mata wang kertas untuk tanah yang baru dijajah oleh England, termasuk India. Warisan yang berakar umbi ini menghubungkan kisah England, Laverstoke Mill, India serta resipi British tahun 1761 untuk Bombay Sapphire.
Tapak seluas dua hektar yang dahulunya merupakan tapak terabai, hanya sejauh 60 batu dari London, mempunyai koleksi 40 bangunan yang mengagumkan – mempamerkan banyak contoh seni bina zaman Victoria dan Edward yang cantik. Penjagaan rapi telah diambil agar bangunan yang asal boleh dikekalkan sebanyak mungkin, diseimbangkan dengan kemodenan jenama minuman keras buatan British itu.
Ketika beliau bercakap tentang projek pemuliharaan itu, Pengarah Kategori Global untuk Bombay Sapphire Ben Farlow berkata, "Kami menghormati sepenuhnya kepentingan warisan dan kami telah berusaha selama empat tahun lepas untuk memastikan Laverstoke Mill menjadi tempat yang mencerminkan kegemilangan lampaunya, dan mengekalkan prinsip asas kreativiti, integriti dan juga keindahan pada terasnya. Memang sangat hebat apabila dapat menyaksikan pembukaan Laverstoke Mill dan menunjukkan rekaannya yang luar biasa dan keagungan tapak itu yang menjadi kebanggaan kami sebagai kediaman kami kerana ia menyediakan tapak yang sempurna untuk menunjukkan jenama yang seanggun Bombay Sapphire."
Laverstoke Mill telah diiktiraf sebagai kilang penapisan pertama dan pengubahsuaian pertama yang menerima akreditasi peringkat rekaan 'Cemerlang' bagi Kaedah Penilaian Alam Sekitar Pembentukan Penyelidikan Bangunan (BREEAM) [2] bagi bangunan proses penapisannya.
"Ini menandakan permulaan warisan baharu untuk gin Bombay Sapphire. Buat julung kalinya, kami membuka pintu kami kepada orang ramai dan menjemput mereka untuk menerokai kisah Bombay Sapphire," kata Nik Fordham, Pakar Penapis Bombay Sapphire. "Kami sangat bangga dengan cara kami menghasilkan setiap botol Bombay Sapphire di tapak ini dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi semangat dan keghairahan itu dengan orang ramai."
Diacarakan oleh Duta Jenama Global Bombay Sapphire Raj Nagra, tetamu semasa acara malam semalam disajikan dengan malam penuh hiburan dengan persembahan muzik langsung daripada Britten Sinfonia – Orkestra Kamar paling rintis di Britain. Sambutan kemuncaknya ialah pertunjukan cahaya kontemporari gilang-gemilang, yang mendedahkan dua rumah kaca botani yang berjalin – satu rumah kaca tropika, satu rumah kaca iklim sederhana – yang telah direka dengan kolaborasi bersama pereka terkemuka London Thomas Heatherwick dan pasukan beliau di Heatherwick Studio agar dapat melengkapi keindahan semula jadi dan fungsi tapak itu.
Dalam penerokaan penemuan kendiri bagi pengalaman kilang penapisan yang moden dan mengasyikkan itu, tetamu yang dijemput telah digalakkan untuk menggunakan peta interaktif bagi menerokai kilang penapisan itu dan mempelajari seni buatan dan warisan di sebalik Bombay Sapphire. Tetamu menelusuri rumah kaca botani itu dan Bilik Kering Botani, melihat Dakin Stills yang bersejarah, menemui sejarah Laverstoke Mill yang kaya di dalam Bilik Warisan, dan pengalaman itu ditamatkan dengan koktel Bombay Sapphire klasik di dalam Mill Bar yang direka indah di tebing River Test.
Orang yang paling rapat dengan projek itu bertindak sebagai hos bagi menjelaskan pengalaman yang berbeza daripada tapak itu termasuk Pakar Botani Ivano Tonutti, Pakar Penapis Laverstoke Mill Nik Fordham, Pengurus Harta Tanah Will Brix, dan pereka Thomas Heatherwick. Tetamu belajar tentang kaedah Seduhan Wasap gin itu yang tersendiri – proses penyulingan sensitif yang mengabadikan perisa semula jadi tumbuh-tumbuhan itu bagi menghasilkan gin dengan rasa yang lancar dan rumit.
"Hebat rasanya apabila melihat wawasan akhirnya menjadi kenyataan. Projek ini telah menguasai tumpuan saya sejak Bombay Sapphire mula-mula mengusulkan projek ini kepada saya semasa tahun 2010, dan saya serta pasukan saya rasa berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan yang sangat mengagumkan ini," Heatherwick berkata lagi. "Proses penyulingan yang tersendiri ini, di samping kekayaan warisan yang berkaitan dengan tapak ini, memukau saya dan memberikan inspirasi yang sempurna untuk mencipta hiasan tumpuan yang layak digandingkan dengan projek sehebat ini."
Kilang Penapisan Bombay Sapphire di Laverstoke Mill juga mempunyai Bilik Empayar, pusat sokongan dan latihan baharu bagi mendidik pengadun minuman terbaik di dunia. Kelas pengajaran pakar jenama disuai khusus akan diadakan di sini bagi tetamu perdagangan dan media dari seluruh dunia, menawarkan pengalaman pembelajaran yang hebat serta peluang untuk memahami dan berkongsi nilai teras yang menjadi pegangan Bombay Sapphire.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Kilang Penapisan Bombay Sapphire di Laverstoke Mill dan untuk menempah tiket, layari http://www.distillery.bombaysapphire.com.
[1]Data disumberkan daripada IWSR (Penyelidikan Wain dan Minuman Keras Antarabangsa*), bagi 12 bulan sehingga hujung bulan Disember 2013.
[2]Pemeringkatan diberikan sejajar dengan kriteria BREEAM 2008.
Nota Editor
Latar belakang BOMBAY SAPPHIRE®
Bombay Sapphire ialah jenama gin premium utama yang paling pesat berkembang dan gin premium nombor satu dunia berdasarkan nilai. Berdasarkan resipi rahsia tahun 1761, gin Bombay Sapphire dihasilkan melalui keseimbangan sempurna kombinasi tersendiri 10 tumbuh-tumbuhan eksotik terpilih khusus dari seluruh dunia. Perisa semula jadi bagi tumbuh-tumbuhan itu digarap melalui proses penyulingan sensitif bernama Seduhan Wasap yang menghasilkan rasa Bombay Sapphire yang lancar, rumit dan menawan deria.
Jenama Bombay Sapphire merupakan sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, yang beribu pejabat di Hamilton, Bermuda. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.
http://www.bombaysapphire.com
http://www.facebook.com/BombaySapphire
https://twitter.com/BombaySapphire
Nikmati Bombay Sapphire secara berhemah.
BOMBAY SAPPHIRE IALAH TANDA DAGANGAN.
SUMBER Bombay Sapphire