omniture

CGS International Umum Pemenang Cabaran Pelaburan Serantau untuk Pelajar

CGS International Holdings Limited
2024-02-16 09:53 49

Cabaran Pelaburan ASEAN ialah Cabaran Pelaburan pertama dan satu-satunya untuk pelajar yang disokong oleh empat bursa saham di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand

SINGAPURA, 16 Februari 2024 /PRNewswire/ -- CGS International Securities (CGS International) mengumumkan Juara Utama bagi Cabaran Pelaburan ASEAN (AIC) 2023 sulungnya. Muhammad Zulfakar Aiman Bin Zulkarnain dari Malaysia membawa pulang sejumlah lebih S$21,400 untuk memulakan perjalanan kewangan beliau.

Finalists of the ASEAN Investment Challenge 2023 with judges and event organisers
Finalists of the ASEAN Investment Challenge 2023 with judges and event organisers

CGS International melancarkan AIC dalam Julai 2023 untuk memperkasa pelajar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand (MIST) dengan ilmu dalam pelaburan mampan dan menyumbang kepada pembinaan pasaran modal yang kukuh. Lebih 5,000 pelajar dari lebih 500 Institut Pengajian Tinggi mengambil bahagian dalam AIC, yang merupakan satu-satunya cabaran pelaburan yang disokong oleh keempat-empat bursa saham tempatan (Bursa Malaysia, Indonesia Stock Exchange, Singapore Exchange dan Stock Exchange of Thailand).

Cabaran selama lapan bulan ini menyaksikan para peserta menerima pengalaman bilik darjah dan amali yang holistik untuk melabur dalam sekuriti berkaitan ESG daripada pakar-pakar pelaburan dan kewangan. Menggunakan platform simulasi dengan data langsung, mereka terlebih dahulu mempertandingkan kemahiran pelaburan baharu mereka terhadap pasukan-pasukan lain di peringkat tempatan. Pelajar terbaik dari setiap negara mara ke peringkat pembentangan akhir di hadapan sekumpulan hakim yang disegani di Singapura pada 2 Februari 2024.

Cik Carol Fong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi CGS International, berkata: "Saya berasa sangat gembira dengan kejayaan AIC sulung ini. CGS International didorong oleh tujuan kami untuk memperkasa individu dan komuniti bagi membuat keputusan pelaburan yang lebih baik demi masa depan yang mampan. AIC memberi impak baik di peringkat individu mahupun industri; Ia memperkasa belia dengan kemahiran pengurusan kewangan sepanjang hayat dan ilmu pelaburan mampan, yang diharapkan akan menyumbang kepada pembinaan pasaran modal yang kukuh di rantau ini. Kami akan berusaha ke arah membina AIC menjadi panduan utama untuk masa depan kewangan dan memupuk generasi pelabur yang bertanggungjawab dan berpengetahuan yang seterusnya."

Para pemenang cabaran peringkat tempatan dan serantau menerima wang tunai berjumlah S$75,000. Antara kriteria penilaian ialah pengurusan risiko, penggabungan faktor ESG dan kemahiran pembentangan.

"Menyertai AIC benar-benar membuka mata saya kepada dunia pelaburan dan menunjukkan kepada saya bahawa saya mampu untuk mengurus masa depan kewangan saya. CGS International memberikan ilmu pengetahuan dan alatan kepada kami untuk membangunkan kemahiran pelaburan yang tidak akan kami terima dari bilik darjah kami. Saya benar-benar bersyukur atas peluang ini dan akan cuba memanfaatkan kemahiran ini untuk memperbaiki kehidupan saya serta untuk membantu orang lain," kata Muhammad Zulfakar Aiman.

Maklumat lanjut mengenai AIC dan hakim 2024 boleh ditemui di sini.

Latar Belakang CGS International Securities

CGS International Securities Pte. Ltd. (CGS International) ialah penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu pemenang anugerah dan peneraju pasaran, menduduki kedudukan antara syarikat sekuriti terunggul di Asia.

CGS International memanfaatkan pandangan global dan ASEAN kami yang luas untuk menawarkan perdagangan ekuiti, produk berleveraj, pengurusan kekayaan, perbankan pelaburan, penyelidikan ekuiti, pembiayaan patuh Syariah, pendapatan tetap, mata wang dan komoditi, produk berstruktur dan perkhidmatan pembrokeran utama di lebih 15 negara dan wilayah.

Ketahui lebih lanjut di www.cgsi.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Low Chiew Leng
Komunikasi Kumpulan
CGS International Securities
DID: +65 6210 8642
Mudah Alih: +65 9128 8024
Emel: chiewleng.low@cgsi.com

Source: CGS International Holdings Limited
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Awards Cision Influencer List - ESG