omniture

FBS Raikan 15 Tahun Kepercayaan Pedagang dan Rafel iPhone 15 Pro Max antara Pelanggan

FBS
2024-02-16 15:59 3

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2024 /PRNewswire/ -- FBS, broker global yang terkemuka, meraikan 15 tahun sejak pendaftaran pedagang pertama. Bagi memberi penghormatan kepada peristiwa penting ini dan menyatakan terima kasih kepada pedagangnya, broker global ini dengan gembiranya melancarkan FBS 15 Anniversary Raffle (Rafel Ulang Tahun 15 FBS) dengan lima belas iPhone 15 Pro Max sebagai hadiah menarik.

FBS Marks 15 Years Since First Trader Registration
FBS Marks 15 Years Since First Trader Registration

"Ditubuhkan pada tahun 2009, FBS berkembang menjadi penyedia perkhidmatan kewangan berlesen yang dipercayai oleh berjuta-juta pedagang di seluruh dunia. Kami bermatlamat untuk memperkukuh keyakinan pelanggan kami dalam perdagangan dan menyampaikan perkhidmatan kewangan yang andal secara konsisten," ulas Alexandra Zaitseva, Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Acara di FBS.

FBS terkenal dengan gerbangnya yang telus dan lancar ke pasaran kewangan. Dengan lebih 550 instrumen dagangan, pelaksanaan pesanan yang pantas dan tepat, lebih 200 kaedah pembayaran untuk deposit dan pengeluaran serta sokongan pelanggan berbilang bahasa 24/7, FBS sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada pedagang. Di samping itu, jenama ini turut memenuhi keperluan pelanggannya, menawarkan sumber yang berbeza-beza kepada mereka untuk pendidikan perdagangan dan analitis kewangan. Sebagai contoh, matlamat pasaran FBS melalui strim langsung, webinar, e-shot dan media sosial baru-baru ini membantu pelanggannya memperoleh sebanyak lebih $1,000,000 secara kolektif melalui dagangan emas CFD dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Alexandra menyambung dengan berkata, "Kami bukan sahaja menawarkan syarat-syarat dagangan terbaik, bahkan turut berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kami secara berterusan. Terkini, FBS memperkenalkan kemas kini utama kepada proses pengesahan pelanggan. Teknologi pengimbasan wajah atau semakan hidup yang dilaksanakan mengurangkan purata masa pengesahan sebanyak 40%. Kini, pelanggan kami mendapat tempat yang lebih cekap untuk rangkaian perkhidmatan kewangan yang luas yang ditawarkan oleh FBS."

Setakat akhir tahun 2023, FBS memiliki lebih 27,000,000 pedagang di seluruh dunia dan mempunyai pasukan IB Partners mencatat rekod yang melebihi 680,000 anggota. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS melangkaui $543 bilion menjelang akhir tahun.

Bagi menyambut ulang tahun ke-15nya, FBS mengadakan peraduan Instagram selama dua minggu, bermula pada 14 Februari 2024. Para peserta diundang untuk menghasilkan hantaran bagi berkongsi perjalanan perdagangan mereka bersama FBS dan menggunakan tanda pagar #HappyBirthdayFBS. Mereka yang ingin bersaing untuk mendapatkan iPhone 15 Pro Max harus berinteraksi sebelum 04:59 (GMT+2), 28 Februari 2024.

Pada 29 Februari 2024, lima belas iPhones 15 Pro Max akan dihadiahkan secara rafel antara para peserta semasa strim hari jadi istimewa bersama Andreas Thalassinos, seorang pendidik veteran FX. 

Latar Belakang FBS

FBS ialah broker global berlesen dengan pengalaman selama lebih 14 tahun dan menerima lebih daripada 90 anugerah antarabangsa. FBS berkembang secara berterusan sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27,000,000 dan rakan kongsinya melebihi 680,000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion. FBS juga merupakan Rakan Kongsi Rasmi Leicester City Football Club.

Source: FBS
Keywords: Banking/Financial Service New products/services