omniture

Fasoo Manfaatkan Kelebihan K-Keselamatan Susulan Kejayaan K-Pop dan K-Drama di Asia Tenggara

Fasoo
2024-02-20 09:00 14

SEOUL, Korea Selatan, 20 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Fasoo, peneraju bagi keselamatan berpusatkan data, secara rasmi memulakan rancangan pengembangan yang komprehensif ke pasaran Asia Tenggara bersama rakan-rakan kongsi tempatannya yang cemerlang susulan kejayaan K-Pop dan K-Drama.

"Pelbagai agensi kewangan, pembuatan dan kerajaan telahpun menggunakan Fasoo untuk memperkasa perlindungan dan keterlihatan yang lebih baik untuk data sensitif. Mereka menghargai Fasoo yang membantu mereka mengekalkan penyulitan semua data bukan awam secara berterusan, membolehkan mereka mengupayakan perlindungan terhadap harta intelek dan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia dalam pelbagai keadaan penggunaan," kata Jason Sohn, Pengarah Urusan Eksekutif di Fasoo.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Fasoo bekerjasama secara strategik dengan pengedar bernilai tambah dan penjual semula di Vietnam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, memberi kedudukan kepada mereka untuk meningkatkan bahagian pasaran global mereka dalam rantau Asia-Pasifik (APAC).

Sebagai respons kepada cara Asia Tenggara menggunakan kaedah Pencegahan Kehilangan Data (DLP) tradisional, Fasoo membawakan penyelesaian keselamatan berpusatkan data termaju, Fasoo Enterprise DRM (FED). Penyelesaian ini menjamin keselamatan data tanpa mengira lokasinya, walaupun apabila dihantar ke luar sesebuah organisasi. Pemasukan tera air skrin dan tera air cetak yang dinamik meningkatkan daya saing Fasoo, membezakannya daripada pesaing yang masih belum melaksanakan ciri-ciri canggih ini.

Mengiktiraf landskap kawal selia yang semakin berkembang di Asia Tenggara, sama seperti GDPR dan CCPA di Barat, Fasoo menyepadukan Fasoo Enterprise DRM secara lancar dengan penyelesaian penemuan dan pengelasan datanya, Fasoo Data Radar. Penyepaduan ini memudahkan pematuhan dengan pelbagai undang-undang privasi data, seperti DPA dan PDPA, memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan dalam melindungi maklumat pelanggan dan mematuhi peraturan privasi.

Fasoo mengadakan sebuah acara dalam talian yang berjaya pada Januari 2024, berinteraksi dengan pelanggan di Indonesia. Mereka merancang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai acara keselamatan sepanjang tahun 2024, memantapkan peranan mereka sebagai pengusaha utama dalam pasaran Pengurusan Hak Digital (DRM). Untuk maklumat lanjut mengenai pengembangan dan penyelesaian inovatif Fasoo, kunjungi www.fasoo.com.

Latar Belakang Fasoo: 

Fasoo menyediakan platform kandungan keselamatan data tak berstruktur, privasi dan perusahaan yang melindungi, mengawal, mengesan, menganalisis dan berkongsi dengan selamat maklumat perniagaan yang kritikal sekali gus meningkatkan produktiviti. Fokus Fasoo yang berterusan ke atas inovasi dan kreativiti pelanggan menyediakan penyelesaian yang utama dalam pasaran untuk cabaran yang dihadapi oleh organisasi-organisasi daripada semua saiz dan industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.fasoo.com atau hubungi Jung Yeon, PR untuk Fasoo di jungyeon@fasoo.com.

Hubungan Media

Jung Yeon Lim
Perhubungan Awam
jungyeon@fasoo.com

Source: Fasoo
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Corporate Expansion Data Analytics Artificial Intelligence